in ,

Gambar Fara Fauzana & Faizal Ismail Bersahur Bersama Peminat

Jarang betul kita dengar selebriti nak anjurkan majlis bersahur bersama peminat. Biasanya kita selalu dengar selebriti ajak peminat berbuka bersama-sama. Minggu ini dan minggu depan, jemputan artis berbuka dengan peminat sangat banyak. Boleh dikatakan setiap hari ada jemputan berbuka puasa. Esok lak, Hafiz AF7 akan berbuka bersama peminatnya di Cheras. Juga Isma AF dan Fizz Fairuz akan meraikan peminat berbuka puasa bersama-sama di PNB Darby Park pada 4 September ini.

Pagi tadi, telah berlangsung Majlis Imarah Ramadhan Bersahur Bersama Fara Fauzana dan Faizal Ismail – AM CREW Hot FM yang diadakan di Hotel One World, Damansara Utama.

Sebenarnya, Budiey dah lama tak bersahur di luar. Seingat Budiey, ini adalah kali kedua Budiey join event bersahur bersama selebriti. Kali pertama kalau tak silap 6 tahun lalu semasa Budiey ikut serta Majlis Sahur Bersama Penyampai Era FM. Masa tu, Fara Fauzana menjadi penyampai radio di situ. Time tu, Fafau takdelah sepopular sekarang ni.

Seawal jam 3 pagi kena bangun sebab kena register sana dalam jam 4 pagi. Sebenarnya, tak sempat pun nak tidur sebab semalam Budiey kena habiskan upload gambar selebriti semasa rakaman Melodi Raya 2010. Jadi, badan sangat letih dan sangat mengantuk.

Fara Fauzana

Jam 4 pagi, peminat Fafau dan FBI dah ramai sampai. Kira-kira dalam 100 orang lebih yang hadir. Peminat yang datang dipilih menerusi satu peraduan di mana peminat perlu menghantar SMS dengan slogan kata paling kreatif. Setiap pemenang diberikan 5 jemputan dan dihadiahkan satu hamper tajaan Marigold serta wang tunai RM100.

Pastinya, Dewan Ballroom One World Hotel meriah dengan pelbagai permainan dan celoteh lawak jenaka yang spontan dari Fara Fauzana dan Faizal Ismail.

Fara Fauzana

Suka betul tengok lampu-lampu yang unik bergentayangan di atas syiling nih. Indah!

Fara Fauzana

Fara Fauzana

Pendekata, Fara Fauzana tak tidur la semalam sebab selepas habiskan tugas jadi pengacara di Melodi Raya 2010, Fafau bergegas pula ke konti untuk buat kejutan untuk Anne yang ketika itu bertugas kali terakhir di konti HotFM. Rasanya semua dah tahu yang Anne akan mengikut suaminya ke Doha. Jadi semalam adalah hari yang terakhir Anne bertugas. Sudah tentu ramai yang sedih bila dengar Anne terpaksa berhenti dan berpisah dengan pendengar. Untuk Anne, semoga semuanya selamat dan sentiasalah update berita FB untuk peminat yang sentiasa merindui dirimu.

Fara Fauzana

Tak rugi join peraduan ni sebab selain dapat bersahur bersama penyampai pujaan mereka, peminat yang hadir juga dapat memenangi hamper sumbangan Marigold menerusi pertandingan melakonkan semula aksi untuk iklan Susu Marigold. Contoh dibuat oleh Fara Fauzana dengan bersuara latar Faizal Ismail.

Sempat bertanya pada Fafau tentang persiapan rayanya. Baju raya pun masih belum beli lagi. Terlalu sibuk barangkali sehingga baju raya pun tak buat lagi. Berbeza dengan Faizal Ismail yang dah menempah 4 pasang baju raya untuk dipakai pada hari raya nanti.

Fara Fauzana

Fara Fauzana

Fara Fauzana

Fara Fauzana

Fara Fauzana

Fara Fauzana

Fara Fauzana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Baggio Damasutra & Isteri di Rakaman Melodi Raya 2010

Sinopsis Filem Senario Asam Garam