Gambar Erra Fazira Engku Emran Kahwin & Sekitar Wedding Erra Fazira
80Sensasi Selebriti ingin mengucapkan tahniah dan selamat berbahagia melalui satu ikatan perkahwinan buat Erra Fazira dan Engku Emran atas perkahwinan mereka.

—-
JANJI Engku Emran Engku Zainal Abidin untuk mengahwini Fazira Wan Chek akhirnya dikotakan pada malam semalam, 25 Oktober di mana upacara akad nikah dilangsungkan setelah pertunangan mereka diikat selama satu bulan lebih. Bersaksikan lebih dari 400 orang tetamu, dengan sekali lafaz Erra Fazira, 33 sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Operasi Suria FM Engku Emran, 32 tepat pada jam 9.10 malam bertempat di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail.
Majlis akad nikah dimulakan dengan sesi berbalas pantun oleh kedua belah wakil pengantin.
Dalam majlis yang berlangsung meriah itu, Emran juga melafazkan janji terhadap terhadap Erra di depan para wartawan yang menyaksikan dua insan bagai cincin dan permata ini.
“Saya akan jaga dia sebagai seorang suami dan janji lain tu biarlah antara kami berdua sahaja yang tahu,” luah Emran yang kelihatan serius menahan debaran di dada sebelum majlis akad nikah berlangsung. Manakala Erra pula berwajah tenang dan sekali sekala tersenyum manis disamping pengapitnya Umie Aida yang juga rakan karibnya.
Selepas majlis disempurnakan, suasana ceria Erra bertukar hiba ketika pelakon, model dan penyanyi ini bersalam dengan ibu serta beberapa ahli keluarganya. “Erra rasa sebak sebab dikelilingi oleh keluarga dan apa yang dihajati berlangsung dengan baik,” ucap Erra setelah berjaya diijabkabulkan buat kali keduanya.

Sebelum ini beliau pernah mendirikan rumahtangga dengan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada Jun 2003, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun. Keadaan beransur tenang kembali semasa upacara menyarung cincin bagi mempertemukan dua jiwa menjadi satu ini dan kemudiannya bergemalah lagu Suratan atau Kebetulan yang dipopularkan oleh Kenny Remy Martin.
“Erra mahu perkahwinan ini berkekalan sehingga nafas terakhir, ingin bahagia dan bina keluarga sebaik mungkin. Erra juga berharap mendapat famili normal yang mewah dengan kasih sayang dan kebahagiaan seperti yang diperkatakan oleh ibu Erra. Harap dapat bina keluarga bahagia,” ujar Erra yang cantik dalam pakaian serba putih rekaan Radzwan Radzwill dan disolek oleh Kay Azman.
Perasaan lega dan gembira bersyukur ke hadrat Ilahi jelas terpamer diwajah kedua mempelai pengantin dan keadaan cuaca yang baik bagaikan merestui sepasang ‘merpati dua sejoli’ ini. “Perancangan untuk berbulan madu memang ada dan kami sedang mencari tarikh yang sesuai yang berkemungkinan pada bulan depan dengan memilih beberapa tempat di luar negara,” kata Emran yang merancang untuk menghabiskan masa berdua dengan isteri tersayang selama seminggu.
Menurut Erra, beliau juga merancang untuk melakukan kerja yang penting sahaja lantas beransur memperlahankan kerjaya yang selama ini asyik dilaksanakan.
“Erra dalam perancangan untuk ‘tone down’ yang tak perlu dan lebihkan kepada keluarga. Maksudnya kerja yang tak perlu ada dirasakan tak payah dilakukan kerana kadang-kadang Erra ambil unnecessary job sebab nak bagi keutamaan,” kata Erra disamping Emran yang segak berbaju melayu putih.
Dalam pada itu, Emran juga menyatakan hidup berumahtangga perlu ada sokongan antara satu sama lain dan sebagai ketua keluarga beliau mungkin akan lebih memberi pendapat. Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Nasroddin Mat Daud di mana Erra diwalikan oleh bapa saudaranya sendiri, Burhanuddin Ridzuan.
Menyentuh tentang bilakah kedua pengantin ini bakal menimang anak, Emran menjawab “As soon as possible. Erra memang menanti cahaya mata,” yang diselangi oleh anggukan Erra sebagai tanda sudah bersedia untuk bergelar ibu. Langit dan bumi turut menyaksikan kemuncak majlis pernikahan Erra-Emran apabila letupan bunga api bergema setelah upacara memotong pulut kuning. Ruang makan pengantin dan keluarga kedua belah pihak dihiasi pelbagai jenis bunga mawar beserta warna jingga, hijau dan putih menjadi tema majlis yang dipilih oleh Pak Abu sendiri.
Selepas kedua mempelai menjamu selera, sesi bergambar dilakukan di pelamin indah yang berlatarkan warna emas dan putih. Pada majlis tersebut, Emran telah menghadiahkan tujuh dulang hantaran dihiasi bunga mawar berwarna krim termasuklah mas kahwin sebanyak RM80 berbalas sembilan daripada pihak perempuan yang turut dihiasi bunga mawar berwarna jingga. Antara barangan hantaran oleh pihak lelaki ialah sireh junjung, sebentuk cincin berlian, set barangan kemas, sejadah serta dua naskhah Al-Quran yang diminta sendiri oleh Erra sebagai pengganti wang hantaran bersama telekung sembahyang, sejadah, beg tangan bersama minyak wangi dan sebiji kek berwarna putih.

Manakala antara hantaran oleh pihak perempuan pula ialah sireh junjung, kek berwarna putih, kuih-muih, cincin, Al-Quran bersama kain pelikat, beg beserta dua pasang cermin mata Lindberg, set penjagaan badan jenama Dunhill, jam tangan bersama pen, kamera digital Olympus dan baju kemeja Dunhill. Majlis berlangsung sekitar jam 8.30 malam itu diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan kunjungan lebih 500 orang tetamu, terdiri daripada ahli-ahli keluarga, sanak-saudara serta rakan-rakan artis.
Antara keluarga Emran yang hadir adalah ibu bapanya Datuk Engku Zainal Abidin Engku Ngah dan Toh Puan Salmah Abu Bakar serta bapa saudaranya Mohamed Jusoh dan isteri produser filem Habsah Hassan.Turut kelihatan adalah sanak saudara Emran yang datang dari Terengganu dan Pahang. Antara rakan artis yang hadir menyerikan majlis ialah dua teman rapat Erra iaitu Umie Aida dan Zahida Rafik serta beberapa artis terkenal tanahair seperti Datuk Aziz Sattar,Vanida Imran, Azwan Ali, Nikki, Yanie dan Zul Yahya. Majlis dikendalikan oleh Richie Rachman.
Tetamu yang hadir dihadiahkan dengan sebuah kitab yang mengandungi ayat tafsir Al-Quran dan doa-doa harian. Pasangan tersebut akan melangsungkan majlis persandingan yang akan diadakan oleh pihak lelaki pada 3 November depan.
Sumber gambar dan petikan dari MStar Online.


[tags]gambar erra fazira engku emran kahwin, engku emran erra fazira kawin, erra fazira nikah kahwin, ef ee kahwin, foto kahwin erra, berita erra fazira, gossip erra fazira, gambar majlis, pernikahan erra fazira, erra fazira nikah, pelamin erra fazira, hantara erra fazira, profile Engku Emran Engku Zainal Abidin, Restoran Puteri, butik Radzwan Radzwill, rekaan fesyen kay azman, solekan pengantin, tips cara solekan pengantin, Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Nasroddin Mat Daud, hiasan pelamin, sireh junjung, kek berwarna putih, kuih-muih, cincin, Al-Quran kain pelikat, beg beserta dua pasang cermin mata Lindberg, set penjagaan badan jenama Dunhill, jam tangan bersama pen, kamera digital Olympus, baju kemeja Dunhill, erra fazira wedding photos, aishwarya wedding, gambar nikah erra fazira, marraige married marriage pictures of erra, aishwarya rai babie, hans isaac.com, hans bekas erra fazira, x-bf erra fazira[/tags]









ish..x baik memperkatakan pasal jodoh2 org lain nehhh..
apa salahnya kalau mendoakan mereka…
ahahks!!
..to erra and asben,wish u all hepi tuugeder poreber!!
buat kak erra & husband..
lantaklaa apa org nak kata,
yakin pada diri dan keputusan yang dibuat..
semoga berbahagia..
all d best for your furture..
wat pa la korg sbk2 kutu erra korg 2 bgs sngt ke,da jdh dia cam 2 mo wat cam mna..semuanya da d tentukan oleh ALLAH
..SO korg jgn la sbk2 plak t tkena ngan korg bru padan muka..wat erra smoga bhgia hingga ke hujung nyawa”’…………
jgn pisang berbuah 2x.berusahalah u kekalkn rmh tangga anda!
semoga berkelkalan sampai akhir hayat….peduli kan pe org nak kata!!!janji akak erra bahagia k jgn sedey2 lagi..bese rr kte prepuan selalu kena tipu….so lakukn yang terbaik tuk suami…hehehehe jgn spai dia pjak kpala kter…
selamat pengantin baru….doakan kebaikan utk orang lain .jangan asyik mengutuk jeee….dapat dosa..kering..
sedar-2 lahh….manusia takde yg sempurna…
utk kak erra dan abg emran……sabarlah dengan dugaan….semoga berbahagia hingga ke akhir hayat …
apa pun, jadilah seorang seorang isteri yang baik. Jaga lah hubungan itu semoga mendapat keredhaan-Nya. Cepat-cpatlah beranak. Umur pun makin meningkat.
buat korg yg suka mengutuk kak erra tuk…
farhana harap ko dapat balasan nya..
buat kak erra
peduli kata org…
hanya Tuhan yg tahu siapa KITA
buat emran
jaga lah kak erra yer…
bertolak ansur amat penting dalam rumah tangga ( suami isteri)
asslamualaikum..hai k.erra n abg emran..smoga berbahagia ke anak cucu..dan pada kawan2 yg lain, jgnlah mendoakan perkara yang x baik.. sesungguhnya doa yang tidak baik itu akan datang pd diri kita..beringatlah..k.erra dn abg emran smoga tabah mengharungi khidupan berkeluarga dan cpt2 dapat baby yg cute..
erra..tahniah..rose teringin skali tgok erra bhgia tau..bri spnuh komotment utk suami ye..u wil be bless..syg sgt kat erra tau..
ada x sapa2 tahu mana nak dapatkan tudung macam yg erra pakai waktu akad nikah ni?
kalau sapa tahu tlg ye bagitahu
Erra..semoga cekal menghadapi dugaan yg akan datang..congrats!!
erra cantik n cute..emran pon hensem!
s
e
l
a
m
a
t
p
e
n
g
a
n
t
i
n
b
a
r
u
SEDIHNYA BACA UTUSAN MALAYSIA HARI NI….BANYAK – BANYAK BERSABAR…SEMOGA ADA REZEKI AKAN DATANG UNTUK TIMANG ANAK. INSYA -ALLAH..SAYA SENTIASA DOAKAN YANG TERBAIK…..
memang lambat nk komen tp pepe pown…selamat pnganti baru pda kak erra daan abang emran..dah ader ikatan yang sah.maka,kene r slalu memahami antara 1 sama lain..ciri2 wanita yg mnjadi ahli syurga ialah mentaati perintah suami..dan pling utama jngan tinggalkan solat…moga terbuka pintu hati ntok memakai tudung kerana…1 helai rambut kak erra yngdinampakkan pada lelaki yng bkan muhrim…maka 500tahun duduk kat neraka…nak ker???jadi pakai tudung ae….amin…sayang kak erra.amin
NGO xpya tgk sapa msuk syurga n sapa yg msuk neraka…smua org msuk neraka dl br msuk syurga..tgk la sapa bnyk dosa blsn die brt jg..yg mngutuk erra kompom dpt dosa tp yg memuji pn blm tau dpt pahala o x…yg kekal d neraka cuma org yg bkn bragama islam..dorg la yg jd kayu api kt d neraka nti…bt erra,slmt brbhgia,.mmg padan…
Kejap je dah setahun Erra dan Emran nikah…teringat masa majlis di Restoran tu..Esok 25 OKTOBER 2008….SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA PERKAHWINAN ERRA & EMRAN..SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT
hepi anniversary 2 erra n emran….
hepi anniversary 2 erra n emran…. 25th oct 2008
ohh anniversary eh…tk lama lagi timang baby insyaallah…
Best la tengok DIA ERRA FAZIRA tadi di RTM 1. walaupun ulangan raya hari tu:-)
SEMOGA SENTIASA DI BERKATI….
Tahniah…pada kak erra, berkat doa dan usaha untuk mendapatkan cahayamata akhirnya berhasil…semoga Kak erra & abg Emran berbahagia HINGGA HUJUNG NYAWA. walau apepun rintangan dan dugaan yang datang didalam rumahtangga atau diluar… semoga kakak dan abang tabah menghadapinya….
sy mghrpkn kak erra sntiasa b’sbr dgn sgla dugaan yg sering dihadapi. semoga ank yg bkal ditimang nnti mnjd ank yg soleh/solehah. i pray 4 u..
korang ni akad nikah mmgla wajib tutup aurat ne pkai tudung…xtau ke hape..xkn nk nikah xpkai tudung..kalo die xpkai tudung bersanding tuh adad melayu..ni adab lam islam..beza kn…
salam…wat k era tahniah ats rzeki yg allag bri dgn chya mata pmpn..dgn ada chye mata moga k era n abg emran murah rzki dan bhgi dnia akhrt..apa pn org kte satu pn xmmbawa faedh..kte ttp dri kte..bykkn brsbr d smping brdoa..jd lh ibu dan isteri yg trbaik….amin.
salam…hey kak era n abg imran tahniah atas kelahiran aleesya yang cute sangat tu…moga akak n famly pnjanng umur n d murh kan rezki,moga berbahagia hingga ke akhir hayat mu…jadilah ibu dan isteri misali n terbaik…insya-Allah,amin
semoga malam pertama yg indah dan jangan pancut lebih sangat
hai kaera semoga sentiasa sihat dan sentiasa dimurahkan rezeki amin
love erra …always mmuah