Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Erra Fazira & Engku Emran di Festival Filem Malaysia 21



Pasangan yang masih bahagia hingga kini. Engku Enram ni sempoi giler!

Tags:

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Erra Fazira Selamat Melahirkan Engku Aleesya Engku Emran
  • Gambar Anak Erra Fazira Engku Aleesya Dah Makin Besar
  • Gambar Anak Erra Fazira dan Engku Emran
  • Erra Fazira Keguguran Sebab Urut Kaki
  • Erra Fazira dan Engku Emran Bertunang Jumaat Ini
  • Gambar Erra Fazira & Engku Emran di Pra Tonton Sifu & Tongga
  • Erra Fazira Hamil Anak Pertama?
  • Gambar Erra Fazira Diraikan Erra Arts Club
  • Jawapan Trivia: Erra Fazira & Engku Emran
  • Gambar Anak Erra Fazira di Majlis Cukur Jambul



  • 38 Komen untuk entri “Gambar Erra Fazira & Engku Emran di Festival Filem Malaysia 21”

    1. heliza kata:

      suka nengok Erra sentiasa anggun menawan malah sopan gitu. harap2 bahgialah hdknya dunia akhirat

    2. titot kata:

      erra cantik sgt….emran sempoi tp aku agak mmg stail dia camtu suka sempoi2….cam laki aku jugak suka pakai sluar apek tanam sayur…. aper2 pun emran ttp hensem gitu…

    3. kaklynn kata:

      titot, akak sokong u, dia mmg sempoi tp 2 yg best. Simple tp ensem!!!! Doakan kebahagiaan mereka sampai hujung nyawa!!! Erra cam selalu ape jua yg dipakai mmg cantek, sopan dn bersederhana!!!

    4. lina kata:

      emran mmg sempoi…but he is married to a celebrity. sepatutnya beliau tampil secocok in such a big event…what do u think guys!!!

    5. Honeybee kata:

      tul tu .. msa p 1 function kosmetik antrbgsa dlu pn .. emran sempoi sgt .. tgok gmbar ni mcm nk p dusun kutip durian lak .. mmg lh suka hati dia tpi tu lah ..at least ‘kemas skit’ le kn .. erra kn fashion icon ..

    6. NUR kata:

      Okla tu….lagipun kalau korang nak tau..Emran tu baru habis seminar (baca dalam Blog Mr EE iaitu layari Between My Legs… Theres Nothing On The Road Like It. http://eeblog08.blogspot.com/ :-) patut la ..muka penat je tengok..namun demi isteri tersayang, sanggup datang ke FFM21…Walaupun Erra x menang, tapi enjoy dan baru rasa kemeriah majlis apabila muncul wat persembahan dengan Nabil & Apek…kalau tak confirm dah tido…………….sampai habis majlis….

    7. erz kata:

      erra pn cantik..
      engku emran too simple..
      kurang matching dgn erra sb erra nmpk vouge mlm tu..
      if dia pakai kot baru padan.
      simple pn cntik tp biar la sesuai pd keadaan.

    8. naNaku kata:

      erra ttp vogue cm dulu….
      emran ok jek…hehehhehe ordinary
      tp aper2 pun i love this couple…romantik..:)
      well..bile nk tgk baby erra nie… :P

    9. Imadean kata:

      gorgeous la erra…
      setiap kali anugerah mesti tampil cantik n d bomb!!!
      lain dari org lain…..

    10. abby kata:

      dulu i jompa tengku emran
      tros jatuh chenta
      huhu

      erra cntik sgt

    11. titot kata:

      bila aku bleh jumpa erra…live ni

    12. Obefiend kata:

      pregnant right? good luck

    13. tuxedo kata:

      dulu erra penah kata liki pilihanye jgn ade ciri sempoi…………….ha ha tu la .kena.tp x sempoi mane pun………………..la la

    14. Odah onasis kata:

      ok pe engku emran …sempoi!!!

    15. NUR kata:

      Ye ke tuxedo Erra kata macam tu?? Setahu la, Erra lebih suka yang ‘sederhana’ dan x mahu handsome sangat.Lebih baik ‘sempoi’ daripada ‘control macho’….Biar jadi diri sendiri…Walaupun berkedudukan, bergelar tetapi low profile….Itu lebih disenangi wanita cantik:-)

    16. titot kata:

      x pe la emran nak sempoi…..da diri dia camtu…biar dia jd diri dia yg sebenar….x kisah la aper2 pun aku ttp sokong erra & emran…selamat berjaya..

    17. NUR kata:

      Baru perasan…bila tengok pasangan EE & EF ni ala – ala pasangan Nicol Kidman & suami dia sekarang:-) Artis Hollywood ok je..Tapi memang salute le pendapat EE dalam AKHBAR KOSMO pada 18/8/08 hari tu –

      “Emran jadi diri sendiri – Bila imej suami dipertikai”

      Oleh JESSABELL SOO
      jessabell@kosmo.com.my

      SUAMI Erra Fazira selekeh, tidak kemas dan tidak sesuai dengan tema dan kemeriahan majlis. Ungkapan ini jelas menuding ke arah lelaki tampan bernama Engku Emran Engku Zainal Abidin.

      Menjadi suami bintang jelita seperti Erra Fazira, Emran bukan setakat merelakan segala kisah mereka diterokai dalam-dalam, bahkan setiap inci corak dan helaian baju dalam almarinya juga boleh diperkotak-katikkan dengan sesuka hati oleh semua pihak.

      Maka, apabila Emran berpakaian tidak sedondon serta kelihatan santai sedangkan Erra penuh perincian dengan gaun malam yang meriah pada majlis Festival Filem Malaysia 21 (FFM21), 9 Ogos lalu, banyak pihak mula memandang sinis terhadap gaya Ketua Pengawai Eksekutif Suria FM ini.

      ‘Tidak sesuai dan selekeh’ itu bisik kurang manis yang sampai ke telinga pihak yang seolah memperkecilkan penampilan Emran di majlis glamor.

      Tetapi sebagai isteri, Erra tidak mudah melatah bahkan dia tidak tertekan apabila diasak dengan persoalan sedemikian.

      “Bagi saya dia seorang yang relaks dan tidak terlalu mencuba untuk menjadi orang lain. Itu adalah perwatakan dia. Lagipun dia hadir pada majlis itu bukan sebagai selebriti.

      “Dia tampil sempoi tetapi masih ada stail tersendiri. Kalau ada orang cakap dia selekeh, itu adalah pandangan peribadi kerana fesyen adalah subjektif,” kata Erra ketika dihubungi Kosmo!.

      Memang topik ini hangat di internet tetapi Emran menganggapnya sebagai satu isu kecil. Lagipun, isterinya mempercayai cita rasanya dan berpendapat pemakaian sesuai dengan majlis.

      “Asalkan isteri saya cakap cara pemakaian saya okey, saya akan pakai. Lagipun saya menghadiri FFM21 hari itu hanya untuk menyokong dia. Lainlah kalau itu majlis untuk industri radio,” jelas Emran yang tidak merasakan pakaian terlalu ringkas.

      Tidak kisah dengan komen orang ramai, Erra sendiri berasa selesa dengan penampilan Emran selama ini. Baginya itu adalah keistimewaan Emran.

      “Saya sedikit pun tidak rasa malu kerana dia kelihatan elok sahaja. Dia tidak memakai pakaian formal untuk acara karpet merah tetapi stailnya santai dan kemas. Itu sudah cukup untuk menghormati majlis,” jelas Erra lagi.

      Sebagai orang yang menjadi tumpuan selepas bergelar suami Erra, dia tidak sedikit pun kecil hati atau marah dengan komen negatif tersebut.

      “Semua orang ada komen dan saya tidak kecil hati atau tersinggung. Saya perlu melalui semua ini kerana saya adalah suami kepada Erra Fazira, seorang artis. Tetapi ini tidak bermaksud saya akan berubah dan menjadikan diri saya sebagai selebriti. Saya masih akan memakai pakaian mengikut kesesuaian dan keselesaan diri selagi saya selesa,” tegas Emran.

      Pada pandangan Kosmo! Emran tidak mahu imej artis popular yang ada pada diri isterinya ‘membelit’ dirinya. Justeru, dia memilih untuk bergaya sama seperti zaman solonya, sebagai orang biasa.

      Jadi, sepatutnya kenyataan Emran berpakaian santai sehingga ‘merosakkan’ gaya dan penampilan isterinya tidak ditimbulkan oleh semua pihak seperti sekarang.

      Apakah dengan mengahwini seorang artis, orang seperti Emran wajar merobah keselesaannya dan menjadi lebih ‘artis daripada artis?’.

      “Saya bukan artis, tetapi suami kepada seorang artis. Jadi, saya macam orang lain, tak perlu ‘terperangkap’ dengan imej atau personaliti yang bukan menjadi diri saya yang sebenar,” kata Emran lagi.

    18. NUR kata:

      “Obefiend kata:
      August 11th, 2008 at 8:32 pm

      pregnant right? good luck”

      Patut le berseri – seri wajah Erra masa ni…rupanya seri ibu mengandung:-)

    19. comel kata:

      jylos la kat erra ni.romantik n bhgia sgt..smoga erra n engku bhgia dunia akhirat…

    20. gadis ....cs kata:

      Sesuai toll kak erra ngan suaminya….moga bahagia hendaknya……

    21. NUR kata:

      Masa FFM21 ni dah agak Erra mengandung..Muka berseri – seri je:-)

    22. mila kata:

      pasangan yang bahagia….

    23. salm0n kata:

      semp0i la gerek!
      k0rg kc0h ar bai!
      ;P

    24. azie kata:

      kak erra ni suditak primadona malaya datang umah saye ala sempoi je takde sorang pn artis sudi datang rumah saye, saye tau la saye bkn artis tp kak era datanfg kite blh share opinion ….what up ?

    25. azie kata:

      alamat no taktau jalan kristal depan jayati.please

    26. azie kata:

      alamat no taktau jalan kristal depan jayati.please

    27. NAK KOMEN kata:

      Apalah si azie ni ‘merapu’ kat sini .hehehe!! kalau nak suruh Erra datang rumah bagi lah alamat penuh yang lengkap:-)

    28. sandy kata:

      era mmg best,dia lebih tahu fesyen dr yg mengutuk suaminya,kalau tak sesui awal2 dia dah reject baju suami dia ke majlis tu,apa pun all the best 4 this couple ok

    29. NUR kata:

      Masa ni dah nampak suami Erra sangat2 take care bila Erra mengandung:) Lagi beberapa hari je…..semoga semua selamat amin…Berkat sempena Maulidul Rasul baby ni lahir;-)

    30. tadzmahal kata:

      orang hansome pakailah macam manapun tetap manarik juga. jangan jelouseeeeeeee!

    31. fatas kata:

      Emran sempoi dan hansem

      Erra cantik jelita, memang padan sangat2.. Emran lelaki baik dan erra perempuan baik, sebab tu la Tuhan temukan mereka hidup bersama.

      Tahniah atas kehadiran cahaya mata penyeri keluarga Engku Aleesya Engku Emran…

    32. SPORTY kata:

      “Resmi padi…makin berisi makin tunduk ke bumi ” .Tak semestinya bila kita berjawatan tinggi, banyak duit,kita terpaksa ‘berpura – pura’ jadi orang lain semata – mata nak ikut pandangan orang…Paling penting keselesaan diri sendiri….Apapun …respect orang macam EE & EF ni….Walaupun kaya dan glamour….tetap ‘sederhana’…..

    33. mimiy kata:

      tk kisah la org kata selekeh pun,EE ni educated,dia bkn org glamour…tk terpandang dia apa yg patot atau tk patot pakai,keje dia byk.janji jgn pelik2 dia pakai sudah.

    34. SPORTY kata:

      Tambahan….betul tu mimiy….orang yang ‘educated’ ni…nampak selekeh tapi otak ‘ bijak’….Cuba tengok orang bijak pandai – bijak pandai….tak pun nak melaram x hengat….Contoh terdekat saya macam 2 orang pensyarah saya….walaupun bergelar Dr Falsafah ….dan seorang lagi memang idea dia turut diperakui oleh NASA….tetapi hanya pakai kereta Nissan yang buruk dan kayuh basikal je datang mengajar……

    35. nana kata:

      cantik tengok kak erra dan handsome tgok bang emram pasangan sehati sejiwa btulll….

    36. ira kata:

      the perfect couple…

    37. NURUL kata:

      Apa fesyen Erra Fazira di FFM 23 ye??……………sweet je tengok pasangan ni………Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 3 esok (25/10/2010)……….Semoga Bahagia selalu……….Bila nak tambah anak lagi?? hehehe:-)

    38. SPORTY kata:

      Agaknya kenapa sekarang Engku Emran ni dah tak temankan Erra ke majlis – majlis hiburan…sebab malas nak orang tambah dosa kot ‘kutuk – mengutuk fesyen’ dia pakai nanti…yela..ada je yang tak kena…ikut salah…tak ikut salah…susah betul nak puaskan hati manusia….Apapun semoga Erra & Engku Emran ‘ cool ‘.. je..lantak p la apa orang nak kata:-)

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK