in , ,

Gambar Erra Fazira di Sidang Media Teater Badai Semalam

Erra Akui Watak Sebagai Mazni Sangat Berat

Membawa watak utama dalam naskah novel Badai Semalam iaitu Mazni adalah satu cabaran yang sangat berat dan tak mudah untuk dilakukan. Itu diakui sendiri oleh pelakon cantik, Erra Fazira semasa ditanya tentang pendapat beliau tentang watak dan karakter seorang wanita bernama Mazni.

Namun, demi tanggungjawab itu, Erra Fazira ingin membuktikan yang dia dapat lakukan dengan gayanya sendiri. Membawa isu atau tema pergolakan jiwa seorang wanita, teater Badai Semalam merungkai tentang pengorbanan cinta dan cita-cita seorang wanita. Banyak sudut perlu difikirkan terutama peralihan zaman di ketika itu dan perkembangan wanita ketika dengan masa ini. Menurut Erra, zaman ketika itu, wanita susah untuk belajar berbanding dengan hari ini.

Erra Fazira Badai Semalam

Erra Fazira di sisi pelakon Aaron Aziz sebagai Karim dan Umie Aida sebagai Cik Rohana

Kalau nak tahu, teater ini dijayakan hasil kerjasama beberapa buah syarikat dan antara syarikat itu adalah milik Erra Fazira iaitu Frensis Sdn Bhd, Datin Paduka Umie Aida dan Ziela Jalil. Syarikat Erra bergabung dan bersetuju untuk bekerjasama adalah bukan kerana syarat tapi Erra melihat ini adalah satu peluang pelaburan buat beliau. Bertambah teruja dan seronok apabila teater ini dilakonkan oleh beberapa rakan karibnya iaitu Umie Aida & Ziela Jalil.

Tarikh persembahan teater Badai Semalam iaitu 11-20 November 2011 menjadikan jadual Erra Fazira semakin padat. Sekarang Erra dah mula sibuk hafal skrip dan beberapa buah lagu. Selain itu, beliau juga akan berulang alih dari lokasi latihan dan lokasi program Vokal… Bukan Sekadar Rupa.

Sebelum ini, Erra Fazira pernah berlakon teater Muzikal Tun Mahathir 1 & Muzikal Tun Mahathir 2 membawa watak Tun Siti Hasmah juga di Istana Budaya.

Erra Fazira Badai Semalam

Apabila ditanya tentang tidakkah sukar untuk berlakon teater dengan rakan karib, Erra Fazira menjawab, segalanya perlu dibuat atas dasar profesional dan tidak perlu ada hal-hal peribadi semasa bekerja. Lagi pun, Erra Fazira percaya dengan hubungan mereka yang akrab dapat menjadikan segala urusan bertambah senang dan lancar kerana mereka saling kenal mengenali dan berkawan pun dah lama. Takkan la nak bergaduh pula.

Selain Erra Fazira, persembahan teater dari naskah novel nukilan Khadijah Hashim ini dilakonkan juga oleh pelakon popular Aaron Aziz, Fizz Fairuz, Datin Paduka Umie Aida, Ziela Jalil, Emelda Rosmila dan Iqbal Taufik.

Untuk peminat Erra Fazira, jangan lupa saksikan persembahan secara live teater Badai Semalam di Istana Budaya mulai 11-20 November 2011 dan dapatkan tiket di Box Office Istana Budaya dengan menghubungi 03-40265558.

Erra Fazira Badai Semalam

Erra Fazira Badai Semalam

Erra Fazira Badai Semalam

Erra Fazira Badai Semalam

Erra Fazira Badai Semalam

Erra Fazira Badai Semalam

Erra Fazira Badai Semalam

Erra Fazira Badai Semalam

Erra Fazira Badai Semalam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video & Gambar Percutian Bersama 8TV & Star Cruise Libra

Umie Aida Bawa Watak Rohana dalam Teater Badai Semalam