Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Gambar Erma Fatima, Faizal Ismail di Teater Aladdin

Pada 11 Disember 2007 (Selasa) yang lalu, Budiey dan Rizal berkesempatan untuk menonton sebuah teater muzikal arahan Norzizi Zulkifli, Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin.

Keseluruhannya, teater ini memang menghiburkan dengan gerak tari menarik dari kanak-kanak dan lagu-lagu muzikal dari Pak Ngah Suhaimi. Terutamanya apabila pertama kali melihat lakonan Faizal Ismail di pentas teater. Memang dia ada bakat berlakon. Faizal Ismail yang sebelum ini hanya terkenal dengan celotehnya di corong radio tapi kini saya kira mutu lakonan di pentas teater ini begitu memberangsangkan. Bravo! Congrats! Bagi Budiey, lakonan spontan yang mengundang ketawa penonton dengan watak Jin lakonan FBI ini menjadi penyelamat teater ini. Pasti ramai kanak-kanak yang hadir pada malam itu juga seronok melihat Jin bermain-main dengan anak-anaknya. Juga watak Aladdin yang pandai menyanyi dan Puteri Jasmin sangat comel, tak ketinggalan saya juga kagum dengan watak ahli sihir lakonan Erma Fatima. Suara Erma memang power… seram pun ada! Tapi ada satu scene tu, seluar Kak Erma terselak… aiyo, tak pe lah, bukan dia sengaja kan?

Menurut Faizal Ismail, dia ambil 3 minggu untuk hafal skrip, berlatih rehersal bersama pelakon lain selama 4 minggu… pengalaman bersama pelakon dan krew serta tenaga produksi sedikit sebanyak membantu untuk mengimprovisasi skrip menjadi lebih humor gelihati dan santai untuk menghiburkan penonton. Dan yang penting, Faizal kena taruk make up tebal di muka dan kepala botaknya dengan warna emas… makan masa jugakla untuk menanggal make up ni… 1 jam beb!

Faizal FBI yang juga pengacara Muzik-Muzik sebenarnya berpengalaman dalam penulisan skrip iklan radio. Pernah diiktiraf dengan menerima Anugerah Air Awards pada tahun 2005 bagi kategori Iklan Radio. Pernah dulu terkenal dengan melahirkan kumpulan duo, Khafi bersama Khairil. Dan ternyata kini, bakat Faizal Ismail dalam seni lakonan boleh dikatakan bersinar dan boleh digilap lagi.

Paparan utama teater ini mengenai kisah pengembaraan dan fantasi Aladdin bersama Puteri Jasmin yang cantik jelita. Kembara Aladdin telah menemukannya dengan Jin yang memiliki ilmu sihir yang banyak membantu Aladdin menewaskan Ahli Sihir yang jahat durjana. Teater ini akan memberikan jawapan terhadap kisah pengembaraan Aladdin dan Puteri Jasmin.

Oh ya, 3 orang pembaca bersama pasangan juga telah pun saya pilih untuk menonton persembahan cerita yang popular di timur dan barat ini pada 18 Disember nanti. Kepada pembaca yang lain, dapatkan tiket anda untuk menonton teater ini kerana ianya masih dijual di Istana Budaya.

Bersama Aladdin yang dilakonkan oleh Mohammad Ammal Shafiq Osman

Bersama Erma Fatima sebagai Ahli Sihir. Memang power suara dia.

Ini dia sang puteri yang jelita… lakonan Nur Farina Nadia

Huhu… Faizal Ismail membawa watak Jin.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Teater Kanak-Kanak Aladdin Faizal Ismail & Erma Fatima di IB
  • Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin di Istana Budaya
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Majlis Sidang Media & Pelancaran Teater Muzikal Islam “Sirah Junjungan”
  • Deejay Radio Hot FM Faizal Ismail FBI Bela Jin?
  • Teater Muzikal Sirah Junjungan: Berat Tetapi Mengesankan
  • AG Hot FM & Dira di Program Jom Ronda di TV3
  • Biodata, Profile dan Gambar Aaron Aziz
  • Anuar Zain, Ning Baizura, Faizal Tahir di Rakaman Ghazal Rock
  • TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK SINBAD LAKONAN RAJA AZURA



  • 3 Komen untuk entri “Gambar Erma Fatima, Faizal Ismail di Teater Aladdin”

    1. afham kata:

      faizal pakai baju seksi siot!!

    2. smyluv kata:

      hehhehe…faizal ismail control cun….

    3. Darlink mirar mirar kata:

      Keseluruhan bagi teater muzikal kanak kanak Aladdin yg saya tonton ini bagi saya amat saya puas hati. Dari segi jalan cerita, back drop, pelakon-pelakonnya dan paling saya sukai ialah muzik yang dipersembahkan. Memang saya amat menyukai teater ini. Terhibur apabila membawa rakan-rakan sebaya bersama walaupun saya sudah berumur 21 tahun. Syabas buat pengarah teater dan kesemua org persorangan yg terlibat di dalm teater ini.

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK