in

Gambar Erma Fatima, Faizal Ismail di Teater Aladdin

Pada 11 Disember 2007 (Selasa) yang lalu, Budiey dan Rizal berkesempatan untuk menonton sebuah teater muzikal arahan Norzizi Zulkifli, Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin.

Keseluruhannya, teater ini memang menghiburkan dengan gerak tari menarik dari kanak-kanak dan lagu-lagu muzikal dari Pak Ngah Suhaimi. Terutamanya apabila pertama kali melihat lakonan Faizal Ismail di pentas teater. Memang dia ada bakat berlakon. Faizal Ismail yang sebelum ini hanya terkenal dengan celotehnya di corong radio tapi kini saya kira mutu lakonan di pentas teater ini begitu memberangsangkan. Bravo! Congrats! Bagi Budiey, lakonan spontan yang mengundang ketawa penonton dengan watak Jin lakonan FBI ini menjadi penyelamat teater ini. Pasti ramai kanak-kanak yang hadir pada malam itu juga seronok melihat Jin bermain-main dengan anak-anaknya. Juga watak Aladdin yang pandai menyanyi dan Puteri Jasmin sangat comel, tak ketinggalan saya juga kagum dengan watak ahli sihir lakonan Erma Fatima. Suara Erma memang power… seram pun ada! Tapi ada satu scene tu, seluar Kak Erma terselak… aiyo, tak pe lah, bukan dia sengaja kan?

Menurut Faizal Ismail, dia ambil 3 minggu untuk hafal skrip, berlatih rehersal bersama pelakon lain selama 4 minggu… pengalaman bersama pelakon dan krew serta tenaga produksi sedikit sebanyak membantu untuk mengimprovisasi skrip menjadi lebih humor gelihati dan santai untuk menghiburkan penonton. Dan yang penting, Faizal kena taruk make up tebal di muka dan kepala botaknya dengan warna emas… makan masa jugakla untuk menanggal make up ni… 1 jam beb!

Faizal FBI yang juga pengacara Muzik-Muzik sebenarnya berpengalaman dalam penulisan skrip iklan radio. Pernah diiktiraf dengan menerima Anugerah Air Awards pada tahun 2005 bagi kategori Iklan Radio. Pernah dulu terkenal dengan melahirkan kumpulan duo, Khafi bersama Khairil. Dan ternyata kini, bakat Faizal Ismail dalam seni lakonan boleh dikatakan bersinar dan boleh digilap lagi.

Paparan utama teater ini mengenai kisah pengembaraan dan fantasi Aladdin bersama Puteri Jasmin yang cantik jelita. Kembara Aladdin telah menemukannya dengan Jin yang memiliki ilmu sihir yang banyak membantu Aladdin menewaskan Ahli Sihir yang jahat durjana. Teater ini akan memberikan jawapan terhadap kisah pengembaraan Aladdin dan Puteri Jasmin.

Oh ya, 3 orang pembaca bersama pasangan juga telah pun saya pilih untuk menonton persembahan cerita yang popular di timur dan barat ini pada 18 Disember nanti. Kepada pembaca yang lain, dapatkan tiket anda untuk menonton teater ini kerana ianya masih dijual di Istana Budaya.

Bersama Aladdin yang dilakonkan oleh Mohammad Ammal Shafiq Osman

Bersama Erma Fatima sebagai Ahli Sihir. Memang power suara dia.

Ini dia sang puteri yang jelita… lakonan Nur Farina Nadia

Huhu… Faizal Ismail membawa watak Jin.

[tags]faizal ismail, hot fm, norzizi zulkifli, rossa ayat-ayat cinta, mp3, gambar siti nurhaliza terbaru, sujud, kisah aladdin, sinopsis aladdin, khafi, awards air radio, sinatr fm, utusan malaysia, berita harian, sabu dipenjara, malay tribunal, the apprentice, kursus lakonan, kl, jumbo[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Estet Kisah Kaum India DiHaramkan?

Gambar Hans Isaac di Red Karpet Anugerah Skrin 2007