Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Siti Eja Tampil Simple di Majlis Pra Tonton Filem Sepi



Dalam keterujaan Budiey menanti filem Sepi dipertontonkan kepada media dan bloggers di Majlis Pra Tonton yang diadakan di Golden Screen Cinemas, One Utama semalam, ternampak kelibat perempuan manis nan berseri ini… Eja atau nama sebenarnya Siti Shariza.

Tampil dengan kemeja berwarna putih dengan jeans denim ketat. Dihiaskan dengan rantai mutiara dua lapis dan pinggang pula dililit dengan tali pinggang yang simple.



WATAK MARYA UJI KEMAMPUAN EJA?

Dalam filem Sepi, Eja memegang watak Marya yang bersuamikan seorang tauke penjual ikan (lakonan Riezman Khuzaimie) yang punya banyak hutang. Setelah melihat watak Marya yang digerakkan oleh Eja, sudah tentu Budiey mengharapkan sesuatu yang BOOM dan Eja seperti adanya memberi yang terbaik. Kekuatan pergerakan dan mainan dalaman untuk membawa Marya bukan satu perkara yang mudah. Ini kerana kalau diselongkar watak Marya memerlukan rasa dan sensitiviti seseorang pelakon yang bijak menggunakan bahasa badan selain menyampaikan dialog.

Kalau mahu diletakkan gelaran, Marya seharusnya digelar GADIS TAMAN atau PEREMPUAN PENJAGA TASIK dalam filem ini. Mengapa? Korang kena tengok sendiri lah.

Marya dipertemukan dengan Sufi lakonan Tony Eusoff yang menyalahkan dirinya ekoran tragedi yang mengorbankan nyawa orang tersayang. Kehadiran Marya dalam hidup Sufi sedikit sebanyak membenamkan tekanan rasa bersalah itu. Kisah kedua yang digarap Khabir Bhatia ini sedikit membosankan namun, apa yang perlu dilihat adalah sinematografi yang superb dalam kisah ini berlatarkan suasana hijau. Siapa kata hijau tidak dapat menggambarkan rasa cinta?

KISAH ADAM YANG MERUNTUN PERASAAN?
Namun, lakonan Afdlin Shauki untuk watak seorang chef masakan bernama Adam masih terasa impaknya oleh saya sehingga saat ini. Apatah lagi setelah menghayati bait-bait lagu Sepi nyanyian Yuni Shara yang menjadi antara lagu runut filem ini.

Slot ADAM adalah kisah pertama yang dipersembahkan oleh Khabir Bhatia ini sebenarnya begitu menyentuh perasaan Budiey. Apatah lagi kebolehan Vanidah Imran yang memegang watak Ilyana, seorang gadis berkerja sebagai perancang perkahwinan (wedding planner) tampil begitu sopan ala-ala Perempuan Melayu Terakhir. Macamana Adam tak terpikat, kan?

Masa dalam panggung tu, berkali-kali Budiey menahan air mata supaya tidak gugur, namun apa daya… kisah Adam ini begitu meruntun jiwa dan menyentuh hati Budiey. Budiey hanya menyelami perasaan lelaki bernama Adam yang begitu sepi walaupun dalam kemeriahan hidupnya. Kalau diselami betul-betul perasaan Adam tatkala mengetahui Ilyana yang dicintainya itu adalah hak orang lain sudah tentu penonton akan rasa… rupa-rupanya, memang betullah kata orang, tidak semua orang yang kita sayang, orang yang kita cinta itu… akan menjadi milik kita untuk selama-lamanya.

Tapi yang penting… Nasha Aziz dalam filem ini terlalu OVER! Haha! Walaupun!

Budiey kasi 3.5/5 bintang untuk filem ini.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sinopsis Filem SEPI Arahan Khabir Bhatia Skrip Mira Mustapha & Ara
  • Gambar Skirt Siti Elizad Sharifudin Seksi di Malam 20 Yang Anggun
  • Gambar Simple Plan di Sidang Media Konsert Simple Plan
  • Senarai Pemenang Tiket Wayang Majlis Pra Tonton Filem 9 September
  • Senarai Pembaca ke Majlis Pra Tonton I’m Not Single 8 Julai Ini
  • Gambar Kahwin Azharina & Suami Datuk Sukri Peguam Dari Kelantan
  • Concert Simple Plan Live in Malaysia 2012
  • Cinta Pertama Bunga Citra Lestari
  • Gambar Scha Alyahya di Majlis Prebiu Media Evolusi KL Drift 2
  • Gambar Maya Karin @ Tag Heuer Event



  • 15 Komen untuk entri “Gambar Siti Eja Tampil Simple di Majlis Pra Tonton Filem Sepi”

    1. mieroc kata:

      malasnya nk tengok wayang,,,,,huhu

    2. lady_carlorino kata:

      Macam ok je citer ni…. 2, 3 kisah dalam satu cerita…

    3. ti kata:

      Budiey,

      3.5 bintang out of 5 ke out of 10? haha..
      terima kasih dtg semalam ye..thanks for your support…

    4. JustAName kata:

      hi budiey..untuk pengetahuan budiey dah rakan2 pembaca setia semua..nama pelakon manis ini bukan syarifah shariza..tapi SITI Shariza..harap lebih sensitif terhadap nama sebenar artis..just my 2cents..hehe

      Sekian..

      Ikhlas,
      Peminat Eja… =D

    5. JustAName kata:

      maaf,saya juga kurang pasti ejaan sebenar kerana jarang digunakan… SITI SHAHRIZAH atau shariza…walau bagaimana pun..tidak pernah wujud Sharifah utk beliau..

    6. obefiend kata:

      for an old bird she is still quite shaggable isn’t it?

    7. Miss Bimbo kata:

      Eja ni kuruslah. tak makan ke?

    8. gem kata:

      lawa Eja nie

    9. Jambu kata:

      dh kawen kr?

    10. flzl kata:

      Eja ni mmg cantik….
      cantik dr fasha…

    11. mawar kata:

      ija sentiasa cantik, wlupn pki sesimple mna pn..suke tgk gaya die.. :)

    12. AIEDA PENANG kata:

      CANTIK LA EJA NI..GOSIP PN XDA,SOPAN LAK 2..TP SKRG SNYP JE,DIE DH KAWEN KE EA??AK SKE TGK DIE DLM CITE SEPUTIH KASEH RMDHN..

    13. putera lagenda kata:

      Eja memang cantik, cool je dari dulu kini dan mungkin selamanya. bye.

    14. shazlin kata:

      nak ty taman yg diaorg belakon cerita sepi ni kat mana ek?

    15. sani kata:

      Tidak dapat dinapikan lagi..memang cantik.bertuah kehidupan dapat jadi suami eja.banyakkan lagi gambar eja di ruangan ini.

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK