in

Gambar Dr. Sheikh Muszaphar Shukor di Pelancaran Superstar Libra

Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor terpaksa hadir bersama dengan anaknya, Bella di Sidang Media dan Pelancaran Pakej Pelancongan Bersama Angkasawan yang diadakan pada hari Khamis lalu. Ini kerana tiada siapa yang dapat menjaga anaknya ketika itu sementara isterinya pula ke tempat kerja.

Pakej percutian berharga RM1999 selama 4 hari 3 malam ni dikendalikan oleh Cuti Bagus Holiday Sdn Bhd, bermula 2-5 Desember 2012. (Ahad hingga Rabu).

Kepada pembaca yang nak join pelayaran bersama Angkasawan Negara ini, Budiey rasa korang kena mohon cepat-cepat sebab tempat hanya terhad kepada 100 orang peminat yang terawal. Budiey juga insyaallah akan turut menyertai pelayaran ini walaupun pernah ke sana bersama dengan krew 8TV.

Antara tempat yang dilawati semasa di Phuket dan Krabi ialah Tiger Cave Temple, Khao Khanap Nam, Jeeatau Prodok Otop dan berkelah di Ao Nang Beach.

Para peserta akan diterbangkan dari LCCT Sepang ke Penang dengan AirAsia kemudian belayar dari jeti pelabuhan Pulau Pinang dengan kapal mewah sepanjang 216 meter dan 33 meter lebar dengan berat 42,276 tan itu pelbagai aktiviti santai yang dilalui mampu meninggalkan kenangan manis terutama bagi yang pertama kali melalui pengalaman tersebut.

Rasanya murahla RM1999 nih sebab korang boleh mengenali Angkasawan Negara dengan lebih dekat selain ada aktiviti menarik menanti anda di sana.

Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pakej Belayar Bersama Angkasawan Negara

Jom Bercuti di Korea Bersama Iqram Dinzly