Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Dr Sheikh Muszaphar Dr Halina Bertunang



Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha selamat mengikat pertunangan dengan Dr Halina Mohd Yunos (29 tahun) di Hotel Allson Kelana pada 1 Januari 2010, Jumaat lalu.

Majlis yang berlangsung jam 4 petang itu berlangsung sederhana tetapi meriah dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu jemputan terdiri daripada anggota keluarga, sanak saudara, rakan-rakan rapat dan wakil media. 

Dr. Halina, 29, adalah anak jati Negeri Sembilan yang kini bertugas sebagai doktor bius di Hospital Selayang dekat sini.

Dr Sheikh Muszaphar, 37, segak berpakaian baju Melayu kelabu dan bersamping merah muda dan bersongkok dengan diiringi bapanya Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan ibunya Datin Zuraidah Sheikh Ahmad.

Sementara Dr Halina, 29, yang tampak manis berpakaian baju kurung moden  merah muda diiringi bapanya Mohd Yunos Mohd Ali dan ibunya Habibah Endan.

Dr Halina menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan membalas dengan lima dulang hantaran.

Zuraidah kemudian menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Dr Halina sebelum Habibah pula menyarungkan cincin ke jari manis Dr Sheikh Muszaphar.

Pasangan itu memilih tarikh 10 Oktober 2010 untuk majlis perkahwinan mereka sempena ulang tahun ketiga detik Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007.

Dr. Muszaphar, 37, mengaku tidak sabar untuk menempuh satu lagipengalaman baru bersama gadis pilihan serta mendapat restu keluargakedua-dua pihak.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Dr Sheikh Muszaphar yang mengenali Dr Halina sejak lapan tahun lepas berkata:” Saya sangat gembira impian untuk merealitikan hubungan yang sekian lama terjalin kepada ikatan rasmi”.

Ditanya jumlah wang hantaran yang akan diberikan kepada bakal isterinya, beliau berkata: “biarlah rahsia” dan menurutnya tempat majlis perkahwinan belum ditentukan tetapi yang pasti akan diadakan di Kuala Lumpur.

Dr Halina pula mengakui tidak keberatan berkongsi perhatian bakal suaminya itu dengan rakyat Malaysia.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Nikah Kahwin Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Dr Halina
  • Journey To Parenthood.my by Sheikh Muszaphar & Dr. Halina
  • Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Berbual
  • Dr Sheikh Muszaphar Shukor Angkasawan Pertama Malaysia
  • Gambar Sheikh Muszaphar Shukor dan Tunang di Majlis Hari Jadi Siti ke 31
  • 3.2 Juta Penonton Majlis Persandingan Sheikh Muszaphar
  • Gambar Majlis Pertunangan Pelakon Puteri Chichi
  • Penyanyi Ezlynn Bertunang
  • Pelakon Zul Yahya Bertunang?
  • Majlis Kahwin Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Dr Harlina Ahad Ini



  • 20 Komen untuk entri “Gambar Dr Sheikh Muszaphar Dr Halina Bertunang”

    1. pakar superimpose kata:

      bolehla…

    2. suesue kata:

      cantiknyer……..

    3. karL NiZaM kata:

      cepat-cepat kan la kawin bro pasni boleh selalu gi “bulan”, tak yah “via” roket russia… malaya pun boleh! ; )

    4. qilah kata:

      cantek!!

    5. DEARzaty kata:

      wooww… congratulation dr.sheikh muszaphar and dr.halina.. :)

    6. Peminat SB3 kata:

      Comey….sama padan

    7. ZA kata:

      CANTIK SGAT2

    8. Hamba Allah kata:

      Congrats….sama cantik sama padan.
      Semoga ikatan yg terjalin tak akan terlerai di tgh jalan…

    9. melati kata:

      apalah makna bertunang skadar adat… tak dapat beza dah menikah dan bertnang.. sedang bercinta pun seolah dah berkahwin.. mungkin bijak pandai ‘doktor’ kedua-duanya.. tapi halal haram kena bijak dan pandai bezakan.. aurat..dan slagi muhrim bijak pandai harus tau apa halal nya..apa yg haramnya..

      mengajak budak mncintai sains..sedangkan sahsiah ?

    10. malimara kata:

      semoga berkekalan hingga ke hjung nyawa ;)
      doakan kami berjaya dlm PMR 2010 dan seterusnye dpt m’jadi angkasawati pertama . HAHA ;DD

    11. faeza88 kata:

      Ape melati nie melalut.xde kaitan dgn cite nie pon..

      ikatan rasmi tu maksudnyer dia dah terbuka ngan hubungan dia ngan dr halina tu..ye laa sblm nie stkt mkwe pkwe jer skrg dh ada ikatan pertunangan…

    12. ina kata:

      cntk nye…….smga bhgia hnga ank cucu….

    13. along kata:

      bgai pinang d belah dua

    14. NONA kata:

      BETUL KATA FAEZA…KALO NK KAIT PASAL AGAMA KT SINI..MASUK KT PAGE NI PUN DAH DOSA…BYK HAL ARTIS KAN..KALAU NK KIRA HARAM, AWAK TK DE BUAH HATI KER ?, TAK BERCINTA ?, TK KUAR NGAN KEKASIH ?…ANAK2 AWAK ESOK CAMANA PLAK…ADIK BERADIK AWAK…KALAU LETAK GAMBAR ORG TELANJANG BOLE LA CKP BYK…MMM KARL NIZAM…NAIK “BULAN” YE….BETUL 3x TAHNIAH KEPADA KEDUA2NYA..ORG YG BYK “SOSEK2″ TU DENGKI JER…HIPOKRIT JE LEBIH…MENTANG2 KITA TK TAU SAPER DIA…

    15. NONA kata:

      MAKSUD AKU SI MELATI TU,,,NTAH APA2 NTAH….AKU SOKONG CKP FAEZA

    16. nur fatihah kata:

      assalamualaikum dr….saya,nur fatihah .. pelajar tingktn 3..tahniah atas pertunangan anda..saya juga ingin mengucapkan trima kasih kerana memberi saya inspirasi…DOAKAN KEJAYAAN SAYA DUNIA AKHIRA…

    17. nur fatihah kata:

      PADA KORANG2 YANG NK HANTAR KOMEN… HANTAR LA YG BAIK2…JGN SALAH GUNAKN KEMUDAHAN YG ALLAH BERI UNTUK LEPASKAN GERAM KORANG………………..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    18. bella..ila kata:

      tnniah atas pertunang dr sms and thanks because give me support .you are my idol forrever.the most thing is you are my star in my heart.last word i love your book.

    19. mimi maresma tdk97 kata:

      salam,

      congrats lina, 1st2 xpose dulu, ingatkan angkasawan kita dengan siapa la uah hatinya..alih2..kawanku sendiri..hehe..kalau dah jodoh x kemana..moga kekal ke akhir hayat..mg snts dlm jagaanNYA..

      bibarkatillah….

    20. Florida kata:

      Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. sama cantik sama padan…

      GOD BLESS U ALL

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK