in

Gambar Diana Danielle di AIM17

Diana Danielle muncul di red carpet Anugerah Industri Muzik 17 lalu dengan mengenakan gaun fesyen rekaan WANPA.

Diana kini dalam proses menghasilkan ‘single’ terbarunya yang berkonsepkan ‘acoustic rock’. Dihasilkan oleh Omar K, Diana bertanggungjawab menghasilkan liriknya. Buat masa ini dia belum mempunyai perancangan untuk menghasilkan album penuh.

“Jika ‘single’ saya diterima, saya mungkin akan keluarkan ‘single’ yang lain pula. Dan apabila peminat sudah dapat menerima lagu-lagu nyanyian saya, barulah saya akan tampil dengan album penuh,”

Dalam masa yang sama, Budiey ada mendengar Diana Danielle dilamar oleh syarikat rakaman daripada Australia. Tapi sampai sekarang, Budiey tak dengar apa-apa tentang perkembangan berita ini.

Kini, Diana sedang sibuk berlakon filem Hanyut arah Uwei Hj Ashari.

“Saya menerima tawaran berlakon di dalam filem ini kerana pengarahnya. Saya memang telah lama bercita-cita untuk bekerja di bawah arahan U-Wei dan peluang tersebut saya perolehi melalui ‘Hanyut’. Tambah menarik, barisan pelakon lain yang membintangi filem ini semuanya hebat-hebat belaka dan membuatkan saya sedikit tertekan”

Hanyut’ merupakan filem yang diadaptasi daripada novel sulung Joseph Conrad, ‘Almayer’s Folly’ yang turut dijayakan oleh Sofea Jane, Chris Vance, Adi Putra, Khalid Salleh, Alex Komang dan Bront Palare.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siaran Langsung Perhimpunan Hari Belia Negara 2010

Drama Komedi Da Bomba Lakonan Elly Suriaty, Anita Baharom