Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Gambar Deja Moss Bersanding di Kuching Sarawak

Wah, kali kedua disanding. Kali ini majlis resepsi Deja Moss dan suami dibuat dengan lebih meriah. Tahniah dan selamat pengantin baru.

kredit foto dan artikel: mstar online

Nasi Temuan keistimewaan resepsi Deja-Andy

OLEH SITI AZIRA ABD AZIZ

WALAUPUN mengalami kesukaran untuk mendapatkan pakaian pengantin, ia tidak memudarkan semangat penyanyi Sharifah Hadijah Wan Moss atau Deja Moss, 35 dan suami, Azfendy Azzuddin, 29 mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka dalam keadaan yang meriah pada 16 November lalu di Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Menurut Deja, pihak yang sepatutnya menyediakan pakaian pengantinnya bukan sahaja tidak dapat menyiapkannya, malah turut melarikan diri. “Nasib baik ada Putra Aziz dari Cosry yang menaja gaun pengantin pada saat-saat akhir,” beritahu Deja kepada mStar Online semalam. Sementara itu, pakaian suaminya ditaja oleh Julia Manja yang turut diterima dua jam sebelum pasangan ini menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kuching.

Pasangan yang dinikahkan pada 30 Ogos lalu turut mendapat tajaan pelamin yang direka khas oleh Julia Manja manakala yang lainnya diuruskan oleh ahli keluarga sebelah ibu Deja. Luah Deja, bagaimanapun dia tetap berpuas hati dengan majlis yang dikunjungi oleh 1,200 orang tetamu itu walaupun terdapat beberapa masalah.

Antara mereka yang menghadiri majlis bertemakan warna ungu dan putih ini adalah keluarga dan saudara mara kedua belah mempelai, penyanyi Anuar Zain, penulis lirik Habsah Hassan dan pelakon Rubiah Suparman.

Lebih mengejutkan, tambah Deja, ada juga tetamu yang datang melebihi daripada jangkaan. Cerita Deja, majlis yang berlangsung seawal pukul 9 pagi itu dimulai dengan upacara khatam Al-Quran, seterusnya upacara berzanji dan berzikir.

“Selepas itu, perarakan masuk pengantin dan upacara menepung tawar dilakukan oleh 20 orang. Majlis memotong kek menyusul selepas majlis makan beradap.Selepas itu, upacara pertandingan makan ‘Nasi Temuan’ iaitu adat orang Sarawak meraikan pasangan yang baru berkahwin dilakukan.

“‘Nasi Temuan’ merupakan singkatan kepada ‘Nasi Pertemuan’. Dengan menggunakan nasi putih, pengantin akan menyuap tiga kali ke mulut masing-masing. Selepas itu, pengantin akan berbalas suapan dengan pasangannya dan ia dikira mengikut siapa yang menyuap paling pantas,” beritahu Deja.

BALIK RUMAH SEBELUM SUAMI

Kini, sudah hampir empat bulan Deja mendirikan rumah tangga dengan Andy. Selepas bergelar isteri, Deja banyak meluangkan masanya di rumah. Walaupun tiada banyak perubahan yang berlaku dalam dirinya, namun sekurang-kurang Deja lebih memastikan dirinya pulang terlebih awal daripada suaminya yang bekerja sebagai Pengurus Besar DC Industries.

“Kalau saya keluar pagi, saya kena pastikan pulang sebelum suami balik sebab perlu masak untuknya. Bagaimanapun, saya masih lagi melakukan aktiviti nyanyian seperti biasa jika mendapat keizinan suami. Jika Andy ada kelapangan, dia akan mengikut saya menghadiri persembahan,” jawab Deja yang sedang sibuk menunggu resepsi kedua sebelah pengantin lelaki pada 1 Januari depan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Jadi, buat masa ini, Deja hanya menumpukan kerja-kerja menyediakan majlis resepsi kedua ini.

“Mungkin selepas majlis resepsi itu selesai baru saya sibukkan diri dengan nyanyian semula. Saya agak pada tahun depan untuk aktif dalam bidang ini. Tetapi, saya tak menolak jika ada tawaran show buat masa sekarang ini,” akhiri Deja yang turut berseloroh badan suaminya semakin naik selepas mereka berkahwin. Deja akan kembali aktif menyanyi selepas majlis resepsinya berakhir.

Mempelai dinikahkan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid, Ustaz Mohd. Nazarudi Nadzir mewakili bapa Deja, Wan Moss Wan Hamid. Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini menerima mas kahwin RM1,111 bersama sembilan dulang hantaran tanpa memberitahu jumlah wang hantaran yang diterimanya. 

Deja dan Andy disandingkan kali kedua di Sarawak.

Deja tampil jelita dengan baju rekaan Putra Cosry.

Anggun


Anuar Zain turut tidak lepaskan peluang bergambar dengan pasangan raja sehari, Deja dan Fendy.

Suap kek

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Wedding Deja Moss dan Azfendy Datuk Azzuddin Ahmad
  • Gambar Anak Aznah Hamid Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar & BF
  • Dayang Nurfaizah: Profile & Biodata
  • Gambar Sekitar HotFM Yeah Yeah Di Kota Kinabalu, Sabah
  • Ujibakat Akademi Fantasia 6: Tarikh & Tempat Audition
  • Gambar Artis di Post Party Anugerah Juara Lagu 22
  • Gisele Bundchen, Kate Moss, Heidi Klum: The Richest Model
  • Sekitar Ujibakat OIAM di Kota Kinabalu, Sabah
  • Gambar Pelakon di Screen Awards TV3
  • Ujibakat GangStarz Musim Kedua Kembali Lagi



  • 2 Komen untuk entri “Gambar Deja Moss Bersanding di Kuching Sarawak”

    1. kukuku_chantekkk kata:

      kesiannye deja ditipu designer…langsung le tak chantekk baju wedding diorang…

    2. june kata:

      wahh sanding lagi ke..tembam hubby deja heheh…bahagiaaa…

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK