Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Dato’ Siti Nurhaliza @ Pelancaran Album Lentera Timur



Semalam, Budiey telah menghadiri Majlis Pelancaran Album Lentera Timur di Dewan Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 2 petang. Dihadiri oleh suaminya yang terchenta, Datuk Khalid, ibu bapa, famili, kakaknya Saida, para penulis lirik dan komposer, pemenang dari Radio Era, para peminat dan para media, majlis yang menyaksikan album yang telah berada di pasaran sejak 26 Disember lalu dilancarkan dengan sempurnanya oleh Dato’ Siti.

Hadir dengan berpakaian lengkap hitam dan hijau gelap rekaan dari Amir Loqman, Dato’ Siti seperti biasa nampak anggun. Kali ini, pakaian Siti tidaklah menimbulkan kontroversi sebagaimana pakaian rekaan Rizman Ruzaini yang dipakainya ketika pelancaran album sebelum ini. Pakaian yang katanya berharga RM5 ribu ini disiapkan oleh Amir selama 2 minggu yang menggunakan fabric dari net, lace dan lycra yang dibeli dari Jakarta. Dalamnya dibentuk seperti T-shirt dan diluarnya pula dibuat ropolan di bahagian bawah. Sangat simple sebenarnya. Tapi yang penting ada ciri-ciri etnik. Sebenarnya, ini adalah rekaan Amir yang dipakai Siti yang mana baju yang pertama dipakai ketika video klip Spa Q 2. Tahniah la Amir, memang pakaian Amir Loqman sangat cantik dan sesuai di pakai oleh Siti.

Dato’ Siti juga turut memboikot barangan Amerika dan begitu sedih dengan kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Palestin. Siti merancang konsert meganya pada tahun ini, perancangan dan proposal telah pun siap, tinggal cari sponsor je lagi. Selain konsert amal dan makan malam, Siti juga akan buat persembahan di konsert orcestra pula selepas ini. Kepada peminat, korang tunggu sahaja lah.

Masa duduk bersebelah suaminya

Walau apa dugaan yang melanda, hanya sabar pengubat segala

Masih berseri-seri seperti dulu

Bersama barisan komposer dan penulis lirik

Bersama mock up album yang siap ditandatangan oleh komposer

Ceria dengan senyuman manis

Gelak riang

Memotong pulut kuning sempena hari jadinya yang ke 30

Bergambar dengan ibu bapa dan suami serta semua VIP

Jangan lupa dapatkan di pasaran ya!

 

Tags:

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Dato’ Siti Nurhaliza Jadi Cover Girl Majalah VOGUE
  • Eksklusif: Dato’ Siti Nurhaliza Promo Album Baru Lentera Timur
  • Gambar Saida di Pelancaran Album Lentera Timur
  • Senarai pemenang Anugerah Industri Muzik 16
  • Gambar Selebriti di Majlis Pelancaran Album ALL Your LOVE
  • Gambar Studio Kulit Album Lentera Timur Siti Nurhaliza
  • PRESS RELEASE LENTERA TIMUR ALBUM BARU DATO’ SITI NURHALIZA
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Album ALL YOUR LOVE
  • Gambar Studio Untuk Kulit Album Lentera Timur Part 2
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Pelancaran Pembukaan Lord’s Tailor



    • Tabuan

      Ummie Cute >>> Ok Ummie ok… yg berkenaan pasti bontot nyer berasap
      bila baca ayat2 mu itu.. :-P

    • ummie cute

      Assalammualaikum… Tabuan.. lamenye ambo nunggu jawapang dr mu tuh.. bkn stakat berasap je Tabuan..siap tumbuh bisul lg! wawawa

    • ummie cute

      ok la Tabuan.. Uc nak chow dulu .. nak buat apa yg patut then nak nonton muzik2 plak.. nanti2 kita continue lg ek!
      take care :D

    • pemerhati

      jgn jaga tepi kain orang lin..jg la maruah dan perangai sendiri..kita tak layak nak mengutuk. mencerca orang lain..tak smestinya kita ni terlalu baik sgt..terlalu sempuna sgt2 smpai nak ngata orang..sembahyag n doa ko orang yang ngutuk tu pun tak tahu allah nak trima or tak…kalo tak nak dapat dosa dek tagn, mata, mulut n hati yang busuk, jgn ngata,tutup mata tak payang dok nyibuk nk ngutuk orang…soal kampung..hurm…kalo takdek kampung takde la bandar..proud to b kampung…ciri2 ttp ada, tk macm kebndaran terlalu angkuh, sombong..bia asal kampung asal berjaya kerna usaha sendiri bukan kerna orang lain…allah ciptakan rezeki setiap manusia ni lain,,,begitu juga soal jodoh,,,semua telah ditentukan allah….pendek kate jgn sesekali mengutuk org kerna kita tak tahu ramai yg mengutuk kite…soal derma ikut die la nak derma berapa…laen la kite nak derma setiap sorang 50 ribu:P (pemerhati)…paece no war

    • whatever

      pehal la ckp membabi buta psl produk luar ni?? dah tu yg korang mkn McD selama ni, nk kene korek isi perut ke? ntah pape la..pasal derma pun nk kecoh..ct ckp je 2000 tapi korang tahu ke dia saje jek mention figure tu..mcm DK mention harga jam bini dia..dlm 2 3 ribu je

    • Lolipop B*y

      by the way ok jer..
      mmg bhagian bottom baju ct 2..
      x brape nk d terime la..

      naper la.. x pkai dress ala2 mcm dlm Cover Album jer?
      hmmmm… kompius…

    • http://azzwanie93@yahoo.com azZa

      btoL kate whatever…aku sokong cgt2,..

    • amar182

      Bahagian atas baju lawa n make up pon mantap tp bhgn bawah…adehh…mcm floor sweeper la plak.

      But oh well, if she doesn’t care, why must we, right? Anyway, LT is definitely good+awesome! :D

    • poyo je..

      ni namanya fesyen penyapu lantai..alahai ct, tudung kau pun dah tinggal 50% je dah..

    • FERNANDO MORIENTES

      dh nama pon anti ct,johari….mmg akn ada je yg x kene kat ct di mata dorg…sesungguhnye hanya ALLAH SWT sjela yg SEMPURNA wahai ANTI CT!!! suke tgok x suke pi la lain page!!! jgn nk tmbh dose dgn mgutuk yg bkn2…

    • shabelllina

      mcm hetty koes endang junior!

      heheheheheehheh

    • Lentera_Circus

      BEST LA ALBUM BARU SITI “LENTERA TIMUR” NI..
      ARI2 DENGAR.. LAGU BEST, SUARA POWER, COVER EXCELLENT!
      SMOGA ALBUM NI TRUS SUKSES DAN SMOGA KAK SITI TRUS BERJAYA DLM INDUSTRY NI..
      >>THANKS SITI NURHALIZA SBB SUDI MENGHIBURKN RAKYAT MALAYSIA DAN SELURUH DUNIA DGN MUZIK DAN SUARA YG SUDUH INDAH<<

    • lyla

      dress pny color is superb.combination mmg purrfect plus the pkai black shawl pinned kt dada n bring back lebihan tudung ke belakang.kemas n tutup dada whre dy pny laces kt dada actually nmpkkan dy sexxy.
      sgt elegant n exclusive as siti always love to look for.
      tp sayang kt bhagian bwh dy too many ruffles nampak serabut.kalo dy wat kembang skit shud be fine, less ruffles n slit for the ruffles or finishing off the bottom with laces yg sedondon. cutting bhgn bawah patut tmpak kemas, tp cutting dy cam gelebeh sket, x enhance siti’s shape properly.
      siti no longer nampak kg la..dy selalu dress x mcm umur dy adelah..
      tp dy ade sense of style jgk..
      n this dress NEVER look kampung.cume sepatutnye amir holds to “less is more” principle.tp mgkin siti demand design n drag sikit.siti kan.:)

    • http://www.osambas.com Andi

      Kapan mau lounching di Indonesia? Aku tunggu Siti…All the best

    • ehan.

      ct kamu memang cantik!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK