in

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza @ Majlis Pelancaran Buku The Pink Book

Pada jam 4 petang semalam (27 Februari 2009), Dato’ Siti Nurhaliza hadir lengkap dengan pakaian berona merah jambu dan putih untuk melancarkan sebuah buku di Majlis Pelancaran Buku ‘The Pink Book’ di Toko Buku MPH, Mid Valley. 

Masih mampu mengukir senyuman manis

Bersama pengarang buku The Pink Book – Aziah Jasmin Azizul

The Pink Book adalah sebuah buku hasil karya Aziah Jasmin Azizul, bekas personaliti TV3 ini dijual pada harga RM45. Buku terbitan Berita Publishing Sdn Bhd itu mengenengahkan panduan asas pembentukan dan penampilan imej terbaik untuk seseorang individu. Selain itu, turut dimuatkan cara berpakaian, bersolek dan berjalan bagi menampilkan imej seseorang wanita supaya menjadi lebih berkeyakinan.

Datuk Siti Nurhaliza masih belum bersedia untuk menyanyi. Tapi malam ini, Siti Nurhaliza akan mendendangkan tiga buah lagu duet bersama Rabbani. di konsert Maulidur Rasul di Stadium Malawati, Shah Alam. Banyak show Siti yang telah ditangguh dan dibatalkan seperti Zoom In RTM, AC Di Sini dan Kelab Pop. Siti akan kembali menyanyi selepas 40 hari pemergian bapanya.

Siti Terokai Bidang Pertanian Dengan Syarikat Saldin

“Saya baru tubuhkan syarikat Saldin yang mengambil nama singkatan arwah abah dan mak, Siti Salmah yang mana syarikat itu mengusahakan bidang pertanian. Selepas ini, saya dan suami akan memohon tanah untuk mengusahakan pertanian di daerah Kuala Lipis.”

Budiey: Budiey ada dengar juga, baru-baru ini, selepas kematian bapanya, Siti telah menerima satu kejutan! Rupa-rupanya selama ini ibu dan arwah bapa Siti telah merahsiakan satu rahsia… di mana mereka telah membina satu studio rakaman untuk Siti dan artis dibawah naungan syarikatnya. Wah! Bukan main happy lagi Siti. Selepas ini, tak payah nak sewa studio kat luar lagi. Selamat maju jaya, Siti. Jangan bersedih lagi…

– kredit foto: Mstaronline

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perubahan Jadual TV1 Mulai 1 Mac 2009

Gossip: Rakaman Bunkface di Anugerah Filem Pendek Astro Kirana Dibuat Semula