Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430H



Pada 28 Februari 2009 lalu telah berlangsung Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430H (MSM 1430H) buat kali kedua di Stadium Malawati, Shah Alam. Konsert anjuran Rabbani Productions (M) Sdn Bhd ditaja oleh Telekom Malaysia dan kerjasama penyiar TV3, diadakan untuk mendidik masyarakat supaya mengingati kelahiran, perjuangan dan jasa Nabi Muhammad s.a.w.

Bukan sekadar berzanji, bukan sekadar marhaban dan juga bukan sekadar bernasyid serta berceramah, namun apa yang penting memperkasakan ingatan dan kasih sayang umat Islam terhadap Rasullullah SAW.

Dipersembahkan tanpa henti membabitkan lima elemen utama persembahan iaitu nyanyian, qasidah, tazkirah, pentorama dan persembahan multimedia. Selain stesen TV3 menjadi penyiar rasmi konsert ini buat kali kedua, penyerahan tabung TV3 Bersamamu juga diadakan pada malam itu

Apa yang menarik, konsert ini ada empat segmen iaitu peristiwa imbas kembali sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, penghijrahan sehinggalah kewafatan Baginda. Selain Rabbani juga turut mengundang artis seperti Amy Search untuk lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur. Manakala, Dato’ Siti Nurhaliza berduet bersama Rabbani untuk lagu Ketika Cinta (sebuah lagu tema untuk filem Perempuan Berkalung Sorban) dan lagu Junjungan Mulia secara ramai-ramai di samping mendendang secara solo untuk lagu Kudus Sinarmu.

Ini adalah persembahan sulung Siti menyanyikan lagu Ketika Cinta di hadapan khalayak ramai.

Biarpun masih bersedih dengan pemergian bapa yang dikasihi, Tarudin Ismail, tanggal 15 Februari lalu, namun Dato’ Siti Nurhaliza menyampaikan lagu dengan penuh tenaga.

Rakaman konsert ini akan disiarkan di TV3 pada hari ini (9 Mac 2009) pada jam 3.30 petang.

Tampil bertudung litup, seperti adanya Dato Siti Nurhaliza kelihatan sangat manis.

Gambar dikreditkan kepada: [Minaq Jinggo]

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1430H (MSM 1430H) kepada semua pembaca budiman.

Tags: ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1430H / 2009M di Masjid Negara
  • Gambar Nuraffenda Mohd Ibrahim Pengacara Malam Sinar Maulidurrasul 1430H
  • Dato’ Siti Nurhaliza Cari Sponsor Untuk Konsert
  • Drama Ihsan Sempena Maulidur Rasul di TV3
  • Gambar Siti Nurhaliza Bertudung di Konsert Sinar Maulidurrasul
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sirah Junjungan
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Tahun 1997
  • Gambar Bibik Orang Gaji Dato’ Siti Nurhaliza?
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat



    • june

      aikk biar betul ni…mata ceq kero ke apa eh…bertudung litup ikut majlis ke…hmmm…

    • airien

      manisnya kak siti pakai tudung litup..harap2 lepas ni berkekalan la pakai mcm ni..

    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      hippo hippo hippo hippo hippo

    • MiRotic

      Cantik nye siti.. look so sweet!
      siti, u alwys be my fav.. :)

    • Tabuan

      Ni lah dia trend tudung fesyen baru bernama :

      KEJAP ADA KEJAP TAKDE…..

      CT u look much better if bertudung macam ni… :-(

    • me, myself and i

      wah! siti ni mmg cantik la.. terserlah keayuannya
      siti Nurhaliza = queen of music all time!

    • http://suffyanrazzaq.blogspot.com/ suffyanrazzaq

      alangkah baiknya andai dato ct terus berpenampilan seperti di dalam majlis yg tersebut di atas…lebih manis, lebih ayu, lebih sopan dan lebih sesuai…

    • june

      mcm mempermain mainkan jer..

    • http://selangor2u.com mazuki selangor2u

      kan lagi cantik datuk siti pakai tudung macam tu…ke dia rasa xcantik ek??

      siti-sti…

    • Tabuan

      Siapa yg cipta lagu Siti Situ Sana Sini ?

      Harap2 pencipta lagu dan lirik lagu tu akan mencipta lagu baru bertajuk..

      Siti Kejap Ada Kejap Takde :-)

    • akulaMD

      Heh!

      Pompuan lain pun banyak jugak yang aku tengok pakai buka tudung ni ikut kesesuaian majlis. Tambah2 bini2 VIPs. Tak payah la nak mengata sangat.

      Korang2 yang pompuan kat sini pun tak payah la dok mengata CT ni sangat. Takkan la dia nak pakai tudung sebab korang sibuk mengumpat/mengata dia kan.

      Pompuan yang pakai tudung ni pun bukan boleh harap sangat. Pakai tudung je elok tapi kena ayat sikit habis tudung ke mana. Tudung tu sekadar nak cover perangai, tapi gatal yang lebih.

    • prettysunshine

      Siti -Siti…

      Bek ko pakai jew tudung camtu pegi mane p0nn…

      Lgi cnTek & ayu…

      Pastu mentepati hukum aUrat yG sben0r…

      Kalo staKat pKai slendang & hnYa mnutup sbhgian rMbut…

      Nak wat pew…?

      Tak riMas kew paKaiy sLendang…?

      Siti…

      Pakaiy tUdung lgi el0k…

      Cute ada…

      Comey ada…

      Cantek ada…

      Tul errkk…??

      Brubah lah…

      Pikir yG loGik…

      Pkai seLendang x mMbawa mKNa…

    • shaliza

      Siti klu pakai tudung sempurna mcm ni kan cantik dan ayu dipandang tentu lagi ramai yg suka

    • ju

      budiey ko mmg minat siti ek..slalu updates psl dia..artis lain kureng aku tgk..adil la sikit..

    • chikut

      ct..biarla dia wat decision seniri~ jangan memaksa keh,

    • Dia

      betul ler budiey ni peminat totok ct.apa aje pasal ct mesti besar2 citernya. Ct pun kan ada cakap dia selalu masuk sini baca.Kalau ct masuk komen sini, ketahuilah ct, ko tu lebih manis,cantik dan berseri bertudung mengikut hukum tambah title hajjah ko tu.Cukup2lah jadi hippo ct…

    • zarin

      lebih cantik, ayu , anggun dan manis bertudung begini… tak payah risau nak set rambut ikut fesyen mana… ct nampak lebih muda dan berseri … percayalah lebih ramai yg akan mendoakan ct agar lebih bahagia dan berjaya… amin

    • ctkus

      indahnyer ciptaan tuhan..obefiend?? ewwww u haven’t change at all…

    • Azran Arshad

      bagusnya kalu siti pakai tudung macam gini..kan lebih manis…aku doakan aje.

    • Nuranie

      Sitti pakai ape tudung sekali pun,memang lawa..

    • ema

      cantiknya….harap siti dapat kekalkan imej bergini.

    • adekepatut

      Siti cam manapun tetap lawa. Kat luar tu org yg suka ngan tak suka siti ni lebih kurang sama jer jumlahnya…

    • Lisa

      Aku ras siti nie cuma nak ikut imej datin2 yang pakai tudung separuh je…
      baru sesuai gan taraf dato K tu…
      coz dato2 atau menteri2 lain isteri2 mereka kan pakai tudung separuh je…
      :-?

    • http://www.nuruladriana.blogspot.com Nurul

      siti cantek sgt..maniss sgt..

    • http://www.myworld2u.portalniaga.com IzzahJaslenda

      cantik if ct pakai tudung mcm 2.. nampak ayu je.. x perlu dedahkan jambul pun tetap cun.. coz sememangnye dia cun n ayu…

    • jiha

      manis, ayu, cantik, lembut, sejuk mata memandang
      dan paling penting..
      mengurangkan umpatan.

    • http://www.yahoo.com ah loy….

      camnilaaa baru dikatakan tudung….
      manis siti pakai tudung camni….

    • http://www.yahoo.com choco gurlz

      cakap la pa pun kat DCT ni, dia cantik pakai litup kaa, cantik pakai style mak datin kaa…janji dia dengan cara dia. rata-rata semua suka tengok dia pakai tudung litup tapi berbuih mulut cakap pun bukan jadi paa, dia tetap pakai style mak datin…pakai litup camni pun sebab majlis pun ala-ala dakwah. tak susah pun nyanyi pakai litup camtu, kan? bukan apa, teringat dulu hubby dia habaq, DCT pakai style mak datin sebab nak senang bila nyanyi…tapi mustahil la kalau susah nyanyi bila bertudung litup…hmm…tak faham la org sekarang ni…sat gi cakap ni, sat gi cakap tu…kalau takat nak ikut imej mak datin, habis la…cuma nambahkan dosa ja la…

    • qistina

      sudah-sudahlah mengata benda yang tak datangkan faedah pun kt kita semua.ct bertudung atau tidak itu adalah hak dia dan yang menghakiminya adalah ALLAH, bukan kita manusia yang sudah tentu lagi banyak kelemahannya….tiada manusia yang sempurna, yg penting sempurnakan diri kita dahulu sebelum kita berusaha menyempurnakan insan lain…kita hanya mampu melihat tetapi yang akan mengadili setiap perbuatan adalah ALLAH,,,,ingat2 lah wahai manusia yang hidupnya hanya sia-sia kerana dihabiskan dengan umpatan dan kejian semata-mata…wassalam

    • http://www.yahoo.com choco gurlz

      hmm…dah nama pun ‘Sila tinggalkan komen anda di sini’…kita cuma berikan pendapat serta komen, bukan mengata…kalau camtu, mintak la En. Budiey tutup jaa homepage ni…abis cerita… :-(

    • ntahla….

      …ala choco gurlz..biasela tu…peminat2 fanatik CT ni bknnye blh kita komen cik ct payung diaorg tu..mulalah nk melinting x tentu fasal…kalau blh nak puji memenjang je walaupun……….

    • peminat ct

      bila tgk pic siti ni rasa teruja je nak tgk dia bertudung mengikut syarak…harap2 siti belaja ilmu ugama dan hukum hakam agar setiap perbuatan siti nanti tak dipersoalkan allah kerana setiap perbuatan siti menjadi ikutan….sekurang2nya siti ambil lah peluang selagi masih bernyawa ni untuk memberi sesuatu yang berguna kepada masyarakat dan bukan sekadar nyanyian semata2…saya juga peminat setia siti cuma harapkan yang terbaik tuk kehidupan siti dunia dan akhirat….walahhualam

    • http://www.yahoo.com choco gurlz

      kalau fanatik pun, jangan la nak dok sound org camtu…faham bahasa melayu ke dak…dah nama pun ‘Sila tinggalkan komen anda di sini’…apa hak dia nak sound kita lagu tu? kita cuma tinggalkan komen, silap haribulan, dia yg kena komen…huh! bukan kita tak sedar yg kat dunia ni takdak satu pun yg sempurna…lepas ni buat artis-artis di Malaysia ni, jangan la nak dok berjanji…bila dah janji, ini la jadinya…

    • Tabuan

      HARAP2 ADA PENCIPTA LAGU BUAT SATU LAGU UNTUK DI NYANYIKAN CT…

      Berjudul……………………………………

      JANJI HANYA TINGGAL JANJI ……

      :-(

    • G HaD’s

      betulla…siti lg manis n t’amat cantik bile btudung mcmni…K.siti..do smthn le,dh smpai mase utk HIJRAH….mybe arwah abah siti akan lg tenang di sane…puny anak yg solehah..cantik…n boleh jd roles utk seme….ll pray 4 u kak siti…..insyaallah…

    • Siti’s Fan

      Dear Siti, please keep this image…you look so sweet…~

    • jena

      kalo sweet, kite komen sweet lh……tapi len kali bile kite ubah komen len jgn lh ade yg naik angin satu badan plk……..sbb tukar2 image len plk hasilnye.

    • Asiah

      Aih..aih… anggun sangat ka siti ku itu…..
      pokokke kak siti is the best…:-}
      @};—

    • june

      sila jer komen jgn takut..berani kerana benar..takut sbb…

    • http://www.yahoo.com choco gurlz

      a’a jena…tu yg malas ceq nak habaq tu…dia tak tau kaa ruangan ni pun dah ada tempat khas ‘Sila tinggalkan komen anda di sini’…LOKLAK SUNGGUH!

    • still_MisteRy..

      Cian kak siti nampak tak ceria..

    • lolololo

      korg, x baik tau, x baik korg mngtuk ke, menghina ct, lg2 mlbtkn dosa pahala, ckup lah kta sekadar nasihat menasihati sesama umat islam, dan bukan untuk memburukkan lagi org lain, yg dok mengutuk ct tu lg kta x tau…

    • obefiend

      minat nye siti nurhaliza
      dari dulu smpai skrg sentiasa cantik. suka la dgr vokal siti!
      mmg artis terbaik malaysia
      siti sentiasa jd artis no 1 malaysia!!

    • amar182

      pakai tudung kena kutuk, x pakai tudung kena kutuk..

      x paham laa ngn manusia mcm ni…nak suro die wat ape lagi?

      pakai purdah??? abaya????

    • Tabuan

      Pakai WIG !

      WAHAHAHAHHAAH !

    • ntahla….

      …Hahaha Tabuan…..nnt mrh lak hakim2…tiru identiti diaorang….

    • Tabuan

      emang aneh sih… tapi siapa sangka ct yg dulunya aktif n tomboy, skarang berubah jd bidadari rupawan nan anggun serta lemah lembut…

    • Tabuan

      Tabuan Palsu >>> Wahai Tabuan palsu…

      Kamu ni bukan lagi pengampu but more to…

      BARUAH….

      :-)

      Ko ni ada confused nationality ke …… ???

      Sekejap bobal indon.. sekejap malaysia..

      Takpe lepas ni bobal Uganda k…

      :-) kekekekeke !!

    • ct

      alhamdulillah,sme2 la kte berdoa smge sme golongan artis akan banyak mendorong msyrkt ke jln Allah..k.ct lbh cntk n mnis bertudng cmni,u look so nice n more beautiful,muslimah moden,trendy but still jge aurat.

    • ct

      k.ct..trs la pki camni,mesti rmi yg ske,k.ct nmpk lbh mns..dgn cara ni k.ct dpt attrac gol teengr tuk ttp aurt..dg trnd tdng k.ct b4 this nmpk cm ade kecelaruan identty..jgn pedulikn apa orng kate..be urself..right



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK