Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Dafi & Shila @ Sidang Media Kempen CAMNI-LAH



Pilih saja Konsert apa pun, di mana saja di seluruh dunia bersama Coca-Cola, “Camni-lah!” 

Jika anda mampu melakukan sesuatu mengikut keinginan anda, semestinya anda akan menghargai peluang menonton konsert pilihan anda, di mana-mana saja di dunia ini; kerana itulah cara yang sepatutnya. Perkara sebegini jarang-jarang terjadi di dunia sebenar, tetapi jika ia berlaku, anda sepatutnya menjerit “Camni-lah!” (slanga rakyat Malaysia untuk Macam inilah!).     

Nampaknya sekarang anda boleh melaungkan “Camni-lah!” kerana Coca-Cola bakal menghadiahkan peluang menikmati pengalaman muzik menakjubkan kepada dua rakyat Malaysia bertuah dengan semua perbelanjaan perjalanan untuk dua orang ditaja sepenuhnya  ke apa-apa konsert, di mana-mana saja di dunia ini – Anda Pilih, Anda Tentukan. Anda juga mungkin berpeluang pergi ke belakang pentas dan berkenalan lebih rapat dengan penyanyi kegemaran anda.   

Pengalaman sekali dalam seumur hidup ini bakal berlaku bila seorang insan bertuah menjumpai Tin Coca-Cola Menyanyi “terpilih”.  Jika tin Coca-Cola itu boleh menyanyi (ia akan melagukan “Camni-lah!”, andalah pemenang hadiah utama!) sebaik saja anda membukanya, dengar dengan teliti cara bagaimana anda boleh menebus hadiah anda itu.    

Tin istimewa ini, berserta seribu lebih tin yang lain, bakal dikeluarkan ke pasaran di negara ini tidak lama lagi dan sedia untuk menyanyi di saat penutupnya ditarik. Ribuan lagi hadiah menarik lain sedia untuk dimenangi seperti telefon bimbit Nokia 5800 XpressMusic ihsan daripada Nokia Malaysia, iPod Nanos (8 GB) dan iPod Shuffles (1 GB). 

Tempoh promosi adalah antara 1 Mac hingga 30 April 09.  

Butiran lanjut boleh didapatkan dari iklan di televisyen dan radio, material tempat jualan di kedai-kedai dan di www.coke.com.my.

Promosi hebat ini adalah hasil kerjasama empat jenama terbesar dan paling berharga di dunia: Coca-Cola, Nokia, Universal Music dan Apple.   

“Hadiah-hadiah hebat yang ditawarkan ini adalah cara Coke untuk mendorong rakyat Malaysia, kami cuba terbabit dalam acara tempatan dan global yang mempunyai kesan kepada hidup mereka.  Ia adalah suatu pandangan positif ke depan dan kempen “Camni-lah!” ini merupakan satu jemputan untuk menikmati hidup dengan sisi yang positif,” kata pengurus jenama Coca-Cola, Lin Jo-Yi.

Coca-Cola juga turut akan memperluaskan kempen muzik Camni-lah!” dengan antem Coca-Cola yang menampilkan lirik yang positif dan menaikkan semangat, yang memanifestasikan hidup dengan Coca-Cola Side of Life. Lagu dan video muzik pengenalan muzikalnya yang menarik bertajuk “Rentak Optimis”dilantunkan oleh Shila (The 8 Unit & Monkey Bone) dan Dafi (KRU Music), dua penyanyi Malaysia yang sedang meningkat naik dan menjadi pujaan ramai. 

Lagu ini pada asalnya dikonsepsikan oleh agensi kreatif McCann Erickson – digubah oleh Adelaine Hoh, lirik ditulis oleh Tun Khalidah dan skor & terbitan original oleh Iskandar Siva. Persembahan akhir  disusun semula dan diterbitkan oleh dua nama besar dalam industri muzik tempatan –  Ahmad Izham Omar dan Audi Mok. Kedua-dua lagu dan video muzik “Rentak Optimis” boleh dimuat turun dari www.coke.com.my.          

Video muzik “Rentak Optimis” yang menampilkan Shila dan Dafi akan diadaptasikan menjadi iklan televisyen dan bakal disiarkan di stesen-stesen TV tempatan bermula 1 Mac 2009. 

Kempen Coca-Cola “Camni-lah!” dicipta khas pada tahun lalu untuk pasaran Malaysia, merangkumi budaya dan bahasa tempatan dengan mesej optimistiknya dan memandang hidup dari sudut yang positif, sejajar dengan tema jenama ini iaitu “Live on the Coke Side of Life”.  

“Kempen “Camni-lah!” disasarkan untuk mendorong rakyat Malaysia kerana apabila orang merasa terdorong, mereka merasa positif dan  itu memperkasa mereka untuk menghargai hidup mereka sendiri,” tambah Lin di majlis pelancaran yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Shila Amzah di Sidang Media Program MANIA
  • Gambar Dafi AF5 di Anugerah Era 07
  • Gambar Shila Amzah di Anugerah Industri Muzik 18
  • Gambar Dafi di Fiesta Aidilfitri 2008
  • Gambar Shila Amzah di Pelancaran Konsert Inspirasi 2011
  • Gambar Dafi di Majlis Pra Tonton Apa Kata Hati
  • Gambar Shaarnaz & Shila Amzah di Karpet Merah ASK 2011
  • Gambar Dafi di Rakaman Raya Nona & Wanita Hari Ini
  • Faizal Tahir Duta Kempen Kemanusiaan TV3
  • Gambar Selebriti di Sidang Media AIM18



  • 14 Komen untuk entri “Gambar Dafi & Shila @ Sidang Media Kempen CAMNI-LAH”

    1. nurais kata:

      Maaf nak tanya…masih boikot israel ke tak?

    2. shin chanz kata:

      AK minum coke sjak umo 5 thon tp x penah dpt pape..huhuuhi..

    3. Wati kata:

      suke tgk shila ni comel sgt…suara best ada gaya…vogue de vazz la dia ni

    4. ntahla.... kata:

      ..Apelah..kate suruh boikot brg2 amerika n israel..tp siap promote lak..camne ni!!!…….

    5. fariesya kata:

      ak pn dh lme mnum air coke tp xprnh dpt pe2 pn….air coke 2 laa favorite ak…….

    6. aidi kata:

      MasyaAllah!!!!wahai insan..tahu x maksud coca cola tu aper???klo kmu bli air botol coca cola…kmu buka plastik yang membaluti botol tu n terbalikkan.. kmu akn tgk satu keajaiban…coca cola(LA MUHAMMAD LA MAKKAH) yg bererti TIADA MUHAMMAD TIADA MEKAH!!!!! jd klo kmu benar2 ISLAM boikotlah barangan israil..kerana setiap barangan itu ada erti yg terselindung…ALLAHUAKBAR!!!!!!

    7. aidi kata:

      klo akulah ditempat dafi dan shila…sah2 aku tolak jadi duta mender haram cm ni…sbb duit yg korg dpt tu dh sah2 HARAM!!!!!xyah laaa igt nk kutip duit jer..nk jd duta pun tgk2 la mender aper yg nk dpromote…BONGOK!!!

    8. syazleen kata:

      # aidi kata:
      April 20th, 2009 at 12:09 am

      MasyaAllah!!!!wahai insan..tahu x maksud coca cola tu aper???klo kmu bli air botol coca cola…kmu buka plastik yang membaluti botol tu n terbalikkan.. kmu akn tgk satu keajaiban…coca cola(LA MUHAMMAD LA MAKKAH) yg bererti TIADA MUHAMMAD TIADA MEKAH!!!!! jd klo kmu benar2 ISLAM boikotlah barangan israil..kerana setiap barangan itu ada erti yg terselindung…ALLAHUAKBAR!!!!!!

      syazleen kata :

      Nak tengok kat mana……………? Nie tengah tengok la nie………….

    9. ixal kata:

      hm. rasenye x kan bejaye boikot coke nye. imagine la satu dunia kot layan coke. haha.

    10. zaty kata:

      heypp… dafi and shila…!!!!
      wahh.. dah jadi dute coco-cola
      larh pulak en..??? hauhh….
      congrats yeah guyz,,, kowang
      memang sesuai larh..!!!
      same2 cute..!!!!!

    11. shila kata:

      bukan saya minta untuk menjadi duta coke ni. sebagai seorang artis saya terpaksa menerima untuk mencari rezeki……i’m sory…..

    12. ili ayuni kata:

      kmi ske air coke..it is delicious for we..kak shila wat cam 2 sbb nk cri rezeki..kan kak shila..kak shila ngan abg dafi mmang sesuai..

    13. era kata:

      cute btl lah you all tu…………..

    14. era kata:

      x pa lah terima kasih

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK