Gambar Bogel Christina Aguilera Untuk Album Terbaru
0Banyak perubahan yang dapat dilihat sejak Christina Aguilera mengeluarkan single Dirrty sekitar 2002. Dan sekurang-kurangnya, video pop kontroversi telah menjadi inspirasi kepada banyak bintang Hollywood antaranya Rihanna dan Lady Gaga dalam menyuntik artwork mereka untuk pasaran arus perdana.
Kali ini untuk album terbaru ditampilkan. Penyanyi berusia 31 tahun itu dikatakan sanggup berbogel untuk kulit album terbarunya Lotus yang bakal dipasarkan November ini.
Pendedahan ini dilakukan sendiri olehnya menerusi akaun Twitter miliknya yang turut menunjukkan gambar penghias kulit albumnya itu.
Dalam gambar itu, Aguilera kelihatan berdiri tegak bersama bunga teratai di samping rambutnya yang berwarna putih menutupi sebahagian dadanya.
Menurutnya, gambar berbogel yang digunakan itu amat bersesuaian dengan idea album terbarunya yang mengetengahkan konsep kelahiran semula.









