in ,

Gambar BigBang di KLIA Malaysia

KLIA Huru-Hara!: Peminat Mengamuk, BigBang Tak Muncul

Gambar BigBang Tiba di KLIA Malaysia

“Geram! Kecewa! Rasa tertipu! Sampai hati mereka! Rasa macam tak nak pegi konsert! Benci! Benci! Benci! Kenapa mereka kecewakan kami?!”, itu antara luahan emosi spontan sebahagian besar peminat BigBang gara-gara kempunan untuk menjadi antara peminat terawal yang mengucap ‘Selamat Datang’ kepada kumpulan idola terhangat Korea itu.

“Betul ker mereka dah pergi (hotel)? Kecewanya! Marah tau! Tak nak pergi konsert lah macam ni!”, kata salah seorang peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Mai dengan nada yang sangat kecewa.

Bagaimanapun sebahagian lagi peminat berkata, sebelum datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka sudah bersedia dari segi fizikal dan mental, sudah berserah dan bertawakal seandainya mereka tidak berkesempatan bertemu dengan kumpulan kegemaran mereka itu.

BigBang di KLIA Airpot Malaysia

BigBang di KLIA Airpot Malaysia

BigBang di KLIA Airpot Malaysia

BigBang di KLIA Airpot Malaysia

BigBang di KLIA Airpot Malaysia

BigBang di KLIA

Jumpa! Beberapa orang peminat berjaya menemui TOP, Seungri dan G-Dragon di KLIA.

“Tak apa lah tak jumpa. Kami memang dah ready dah. Dah bertawakal. Tak ada rezeki, nak buat macam mana. Tapi kami tetap akan menyokong BigBang di konsert mereka nanti”, kata seorang peminat yang mahu dikenali sebagai Misakomicky, dengan tenang. Dia mula menunggu bersama tiga lagi rakannya sekitar jam 5 petang.

“Macam ninja lah mereka! Berjaya ‘lepaskan’ diri daripada kami”, kata seorang lagi peminat yang sekadar mahu dikenali sebagai Amir.

Beberapa jam sebelum itu, nama kumpulan ini menjadi trending di Twitter dengan #SELAMATDATANGBIGBANG apabila para peminat mula tweet, mengalu-alukan kedatangan mereka.

BigBang yang dianggotai TOP, G-Dragon, Taeyang, Daesung dan Seungri sepatutnya dijadualkan tiba dari Filipina pada jam 6.40 petang tadi. Namun disebabkan faktor cuaca, penerbangan mereka lewat dan dijangka tiba jam 8 malam.

Bagaimanapun, kira-kira jam 8.45, suasana KLIA yang mulanya tenang meskipun dibanjiri ratusan VIP’s (gelaran untuk peminat setia BigBang), tiba-tiba bertukar huru-hara apabila peminat mula berlarian ke bahagian kanan dan kiri perkarangan balai ketibaan KLIA kerana mereka mula mengesyaki kelibat lima idola kesayangan mereka itu dikatakan telah keluar dari pintu ketibaan. Keadaan nyata tidak terkawal apabila peminat mula berasak-asak dan menjerit kerana teruja.

Namun keterujaan mereka hanya seminit dua. Keadaan berubah apabila mereka dikhabarkan yang BigBang sebenarnya telah lama meninggalkan KLIA menuju ke hotel penginapan mereka, sejak jam 8 malam lagi.

Keadaan semakin tidak terkawal apabila terdengar jeritan fans yang menjerit, “Itu Big Bang!!!”, namun yang muncul sebenarnya adalah kumpulan rombongan yang terdiri daripada kru juga penari-penari BigBang.

BigBang di KLIA

Tambah kelam kabut apabila ada yang mendapat tahu yang BigBang keluar dari arah pintu lain (pintu laluan VVIP-yang mana tak mungkin dapat ditemui). Lebih gamat apabila ada seorang dua peminat yang mula tweet gambar tiga daripada anggota kumpulan itu yang dikatakan telah keluar dari pintu VVIP (maklumat semakin menyakinkan).

Maklumat bercanggah, para peminat keliru, suasana KLIA haru biru! Namun dalam keadaan sebegitu, masih ada peminat yang setia menunggu di depan balai ketibaan (gigih sungguh mereka).

Hadir buat pertama kali sebagai BigBang, Malaysia merupakan destinasi persinggahan kelima dalam siri konsert jelajah Asia- BigBang Alive Tour 2012. Sebelum itu, mereka mengadakan persembahan di Singapura, Thailand, Indonesia dan semalam di Filipina. Terdahulu, tiga daripada anggotanya iaitu TOP, G-Dragon dan Seungri pernah berkunjung ke sini bagi menjayakan konsert Korea Music Wave pada tahun 2011.

Pada hari Sabtu (27 Oktober) ini, BigBang akan menamatkan penantian selama enam tahun para peminatnya dengan konsert mega pertama mereka. Mengambil tempat stadium Merdeka, BigBang sekaligus bakal mencipta sejarah merealisasikan konsert ‘outdoor’ pertama mereka yang akan berlangsung, jam 8 malam.

Konsert BigBang Alive Tour Live in Malaysia dibawakan oleh YG Entertainment dan Live Nation dan diuruskan oleh Running Into The Sun.

Relaks VIP’s, anda semua memang bersemangat waja! Tak apa tak jumpa di KLIA, boleh jumpa mereka di konsert. Kepada VIP’s yang beragama Islam, selamat Hari Aidiladha semua!

BigBang di KLIA

BigBang di KLIA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Itu Safi Balqis Perfect 10

Gossip Nadine Alexandra Buat Seks Dengan Pelakon Wanita