Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Gambar Betty Benafe di Festival Samrah Bintang Walk

Pada jam 8 malam tadi, telah berlangsung satu persembahan khas Betty Benafe sempena Festival Samrah di Bintang Walk, Jalan Bukit Bintang.

Penyanyi dan pelakon kacukan Arab-Melayu-Jawa, Betty Banafe, ditaja Celcom untuk mengadakan persembahan di Festival Samrah yang berlangsung pada Julai sehingga September 2008. Peminat dapat menyaksikan persembahan hebat dan gelek Betty Banafe sepanjang Julai ini. Imej padang pasir Betty Banafe sangat bersesuaian dengan kempen Celcom mempromosikan perkhidmatan telekomunikasi bagi kegunaan pelancong dari Timur Tengah sepanjang mereka berada di Malaysia. Tidak hairanlah Betty Banafe dipilih menghiasi iklan-iklan Celcom sepanjang tempoh kempen festival ini.

Betty Banafe sememangnya terkenal di Negara Arab dan lagu-lagu Betty turut diputarkan di radio Middle East Broadcasting Corporation dan radio-radio tempatan sekitar Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi, Kuwait, Bahrain dan Egypt. Masyarakat Arab melihat Betty Banafe sebagai anak seni Malaysia yang sudi memperkayakan budaya mereka. Muzik Betty Banafe memberi nafas baru pada industri musik di Timur Tengah yang sememangnya dahagakan sesuatu yang baru.

Sesiapa sahaja pastinya tertawan dengan penampilan Betty Banafe pada setiap persembahannya di Festival Samrah. Busana digayakan Betty adalah rekaan pereka fesyen Calvin Thoo dan Aaron Von Jolly. Beberapa pereka fesyen lain turut menyatakan kesediaan mereka menaja pakaian Betty pada malam festival Samrah ini.

Eksklusif! Pelanggan yang menggunakan khidmat perayauan Celcom sepanjang tempoh promosi ini berpeluang memiliki CD dan poster album sulung Betty Banafe “Ibtisam” (pelancong hanya perlu membuktikan mereka menggunakan khidmat perayauan Celcom). Semoga pihak media turut memberi sokongan dan sudi membuat liputan persembahan Betty Banafe di Festival Samrah pada 18,19,25,26 atau 27 Julai, jam 10 mlm sehingga 11mlm.

Betty Benafe sememangnya pilihan tepat Celcom bagi memeriahkan lagi Festival Samrah di Bintang Walk, Jalan Bukit Bintang. Selain Betty Banafe, anda juga dihiburkan oleh barisan penyanyi jemputan Rifki Amelia (Jakarta), Fahmi Makawi (Surabaya), Iqwal Awath Bamajbur (Jakarta), Sidiq Mohamad (Malaysia), Febri Weliyanti, Kareema dan Fahd An-Nahdi. Mereka diiringi oleh orkestra Gambus Al-Ikhwan, gabungan pemuzik dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Festival Samrah
Festival Samrah adalah usaha Majlis Tindakan Pelancongan KL untuk menarik minat pelancong dari Timur Tengah melancong di Kuala Lumpur. Ini adalah penganjuran kali kedua selepas dengan jayanya berlangsung pada 2007. Keraian berkonsepkan padang pasir diharap mampu menarik perhatian pelancong Timur Tengah merasakan seolah mereka berada di tanahair sendiri, malah memilih untuk menetap lebih lama di Kuala Lumpur. Celcom adalah penaja bersama selain DBKL, Kementerian Pelancongan. Tiada bayaran yang dikenakan. Ia adalah konsert yang diadakan di tempat terbuka untuk hiburan semua.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Betty Benafe Kahwin VIP?
  • Foto Aishah Sinclair, Betty Benafe, Belinda Chee di Pelancaran Road Home With Smiles
  • Saki Baki Foto & Gambar Selebriti Anugerah Bintang Popular 2006
  • Majlis Ramah Mesra Bersama Artis Aquila Emas
  • Azizan Nin, Daphne Iking, Hannah Tan Dalam Road Home with Smiles
  • Sekitar Pelancaran Road Home With Smiles di Sri Pentas Courtyard
  • Profile Pelakon dan Penyanyi Betty Banafe
  • Filem Haru Biru: Sinopsis
  • Gambar Aishah Sinclair @ Launching of TM Interactive Billboard
  • Chermin To Be Screened At Italian Film Festival



  • 3 Komen untuk entri “Gambar Betty Benafe di Festival Samrah Bintang Walk”

    1. ck kata:

      ERRRR…betulke dikenali diMiddle east countries?..I was in KSA,Bahrain and Dubai tak pernah dengar pun nama pompuan nih..kwang kwang kwang…apalah Budiey, nak buttering pun biarlah betul….ishk ishkk

    2. obefiend kata:

      well what do u expect from paid nbloggers. hey can’t blame him. he needs to pay the bills. godo for you budiey. i a want to be just like you. make money from blogs. im jealous. lowl

      back to story

      betty looks pretty fine… yummy

    3. watwillbe kata:

      kak dok kat dubai tapi ta pernah pun dengar suara dia kat radio situ….penyanyi arab kan lebih fasih sedap dan lawa dari dia…she s not popular at all lah…if msian ada exhibition kat dubai dia baru datang nyanyi kat hall tu…dats abouta all lah…lepas tu kak tengok mcm 2 dia bagi kat

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK