Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Bersama Pembaca di Pra Tonton Filem CONGKAK



Sebenarnya, Budiey telah memilih 5 orang pembaca untuk bersama Budiey menonton filem Congkak di majlis pra tonton filem arahan Ahmad Idham siang tadi. Terima kasih kepada Metrowealth kerana memberikan 5 kerusi di dewan 7, Golden Screen Cinemas, One Utama.

Terima kasih kepada 3 orang pembaca yang hadir iaitu Nur Hidayah, Iyas dan Saiful. Sanggup ya korang datang pagi-pagi lagi dan sampai tepat dengan masanya. Ada yang sanggup minta cuti semata-mata nak tengok Congkak. Namun, Budiey sangat kesal dengan tindakan 2 orang lagi pembaca lagi yang mengirim SMS mengatakan ada masalah untuk datang. Bayangkan korang ni kira bertuah sebab ramai lagi pembaca yang menghantar email untuk join pra tonton pagi tadi. Entahlah Budiey nak cakap apa, tapi sangat terkilan dengan korang yang tak tahu nak bagi tau awal-awal tak dapat datang.

Budiey sempat berborak dengan Ahmad Idham dan mengatakan pada pengarah filem ini pasal ramai sangat pembaca yang nak datang sebenarnya. Lebih 50 orang yang sanggup hantar email semata-mata mahu menjadi antara penonton pertama menonton filem Congkak sebelum ditayangkan kepada umum pada 14 April depan.

Komen Ahmad Idham…“Gile ko nak bawak ko punya pembaca tu sumbat panggung nih…” Tak pe, nanti kalau ada badget kita sewa satu hall untuk korang semua. Yang penting kena sampai target 10 juta kutipan untuk filem Congkak nih. Dan itu janji David Teo yang pastinya menjanjikan pelayaran Star Cruise kepada pelakon dan para media sekiranya mencapai target kutipan 10 juta untuk Asia Tenggara!

Wah! Selepas menonton sendiri filem seram ini, Budiey rasa target 10 juta memang boleh capai. Rasanya penonton yang menyukai filem Jangan Pandang Belakang akan menjejakkan kaki mereka di panggung sekali lagi untuk menonton filem Congkak yang 100 kali ganda lebih seram dari Jangan Pandang Belakang! Seram giler beb!

TEMUBUAL BERSAMA HIDAYAH
Pagi tadi, Budiey rasa seronok kerana dapat berkongsi pengalaman menonton bersama pembaca. Menurut Hidayah yang masih lagi menuntut di bidang IT (majoring Multimedia System) di MMU ini merasakan filem Congkak lebih baik dari filem Jangan Pandang Belakang. Rasa amat takut dan teruja dengan filem lakonan Erin Malik ini, sehinggakan gadis montel ini memberikan 3.5 / 5 bintang. Baginya, pelakon terbaik dalam filem Congkak ialah Nanu Baharuddin dan Ruminah Sidek. Adegan paling seram bagi Hidayah pula ketika Opah (nenek jelmaan iblis lakonan Ruminah Sidek) ganggu ketika Kazman (Riezman), Sufiah (Nanu), Ely (Erin Malek) dan Lisa (Erynne) sedang tidur di tingkat atas rumah berhantu tu. Uish, seram siot. Budiey yang tengah tulis entri ni pun dah meremang bulu roma ingat beberapa adegan seram giler dalam Congkak. So, camna nak tulis ulasan kalau camni?

readers

Pembaca dan pelakon utama filem Congkak: Erin Malek & Erynne Erynna

TEMUBUAL BERSAMA SAIFUL
Menurut pembaca setia bernama Saiful pula, filem Congkak menggunakan sistem bunyi yang terlalu overdose dan terlalu kuat membingitkan telinga sehingga boleh membuatkan jantung anda luruh. Malah, ada beberapa scene melibatkan Nanu Baharuddin di permulaan cerita di mana kamera fokus kepada batu nisan di kawasan kubur di tepi jalan. Di situ, penggunaan sistem bunyi memang kuat dan rasanya tak perlu keterlaluan sangat. Juga ketika scene di ladang getah di mana Ely (Erin Malek) ternampak M. Rajoli ketika mengutip biji getah untuk bermain congkak dengan bapanya, Kazman. Walhal takde apa-apa pun sebenarnya.

Bagaimana pun, filem Congkak bagi Saiful adalah lebih baik daripada filem Jangan Pandang Belakang. Scene paling seram bagi Saiful ketika mana Lisa bermain congkak pada waktu malam ketika semua orang sedang tidur dan scene Kazman melihat hantu nenek tu di dapur.

Dari sudut penggunaan CGI pula, Saiful tidak bersetuju dengan penggunaan special effect yang digunakan ketika Nanu terapung-apung di atas katil dan juga ketika mana bumi terbelah untuk menelan iblis pada penghujung cerita. Saiful menambah, filem Exorcist tidak menggunakan special effect tapi masih boleh membuatkan penonton rasa seram.

Pelakon terbaik bagi Saiful ialah Erynne Erynna dan Riezman. Saiful memberikan 3.5 / 5 bintang.

TEMUBUAL BERSAMA IYAS
Bagi pembaca dari Cheras bernama Iyas pula bersetuju bahawa filem ini antara filem paling seram dan menakutkan setakat ini. Penceritaan dan keseluruhan filem ini baginya setaraf dengan filem Anak Halal. Iyas yang juga pelajar kursus perubatan di HUKM ini mengakui adegan paling seram ialah ketika melibatkan Ruminah Sidek yang menjadi nenek yang sentiasa menangis dan merintih di rumah yang baru dibeli oleh Kazman (Riezman). Iyas juga banyak dikejutkan dengan sistem bunyi yang memang malatops dan sangat ‘kemas’ dicipta dengan Dolby Digital Sound. Iyas kasi 4 /5 bintang!

Paling seram katanya, semasa Lisa (Erynne) yang menutup lampu bilik tidur dan dimarahi kakaknya, Ely (lakonan Erin). Kemudian si Lisa terus ternampak bayang hantu di luar menerusi tingkap. Memang seram masa tu sih! Susah Budiey nak terangkan kat sini. Korang kena tengok sendiri la ya 17 April nih di pawagam berdekatan.

Gambar pelakon dan selebriti di Majlis Pra Tonton akan menyusul kemudian ya. Korang datang singgah balik ke blog ni esok!

[tags]filem congkak, sinopsis, readers, blogger, how to be rich, Gadis jilbab ngentot, fesyen bertudung, gelaran datuk ditarik balik, pereka cipta kereta proton saga, lufya gossip, bersekedudukan, rita rudaini kahwin siam, ely, erin malik[/tags]

Tags: , ,

Tags: , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • MALAM PREMIERE FILEM CONGKAK DI SINGAPURA PECAH PANGGUNG
  • 5 Pembaca Sensasi Selebriti ke Pra Tonton Filem Congkak
  • Budiey Mencari 5 Pembaca Bertuah ke Pra Tonton Filem CONGKAK
  • Gambar Nanu Baharudin Pelakon Filem Congkak
  • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar Pelakon
  • Filem Congkak di Pawagam Hari Ini, Gathering, MACP Awards & APM
  • Gambar Sekitar Sidang Media Filem Congkak di Singapura
  • Filem Congkak Lakonan Erynne Erynna Akan Kaut RM 10 Juta?
  • Biodata Pierre Andre
  • Sinopsis Filem Congkak



    • http://thediacriticsaga.blogspot.com iyas

      thanks ye budi!!mmg best dpt experience sama2 crita congkak ni…hehh!hope mlm ni xle susah nak tdo yer!haha~

    • ctkus

      maap…..takt nak tgk cte seram….
      nnti kencing pon nk beteman…….

    • http://www.ahmadfaidhi.com faidhi

      aku suke tgk lakonan nur arina malik (erin)

    • http://www.myspace.com/nurliza Nurliza

      mase tgk JPB dulu trauma nak drive takot antu terobang ikot kete
      yg ni plak lom tgk so tatau la cemane heheh
      mak ni penakot sekalss badan ajer chomel opss

    • Hidayah

      hi budiey.. glad dapat tgk congkak kemarin..and u know whut…bila time nak tdo smlm..baru bebetul tringat balik cerita tu..very scary..dup dup rasa jantung ni ha.. jpb and congkak mmg akan haunt every person yg tgk kot rasenye..paling kurang sehari.paling lame seminggu.rasa2 mcm susah nk tdo lagi mlm ni.haih

    • danial

      emailerin malek ialah danial_2209yahoo.com.my

    • kawanerin

      hye…erin!!
      belakon belakon jugak tapi jangan luper pelajaran tau!!

    • sha

      thanks……………………sumer yang terlibat dlm filem congkak..
      kerna korang sumer da berjaya menghasilkan satu lagi filem yang hebet!!
      tahniah la kat korang!!
      CONGRATULATIONS!!

    • http://0177670422 lelaki macho!!!

      hye erin…awk cute lh ble brgmbar ngan pminat tu..
      ble nk ajk sy brgmbr ngan awk..swh budi ambkkn..
      but sy nk ucpkn g00d luck ats kerjya awk tu..
      mmg baek lh lkonan awk tu…mcm real…
      awk x nk ajk sy brlkon cite antu lg kerk..
      sy mmg mnat brlkon cite antu…

    • http://kucaizeo@yahoo.com qusairi

      erin saya nak my space awak boleh x anta la mesej kat my space saya..

    • sky man

      makin mnjd-jd lakonn awk tu erin…

    • amirul,kwn erin dlm friendster

      erin ttp cntik,cute pd stiap ms & dimne jue erin berada…

    • kaka

      erin,, ko x yh ar controuw cun sngat…. ko 2, bkn nya lawa… ko sama gak cam manusia len… x da papa yg istimewa kat ang lew!!!! 1 lg,, ang pom2 kn… bley kew pakai diey kat ambuwt???? pepa pown ak sukew tngok ko pnyer rmbut… lawa…(rambut) tuan pnya bdn x bapew la….

    • akku

      jelez la tu….
      betoi x kaka?

    • kaka

      swy ar!!!!! x de pasal ak nk cmbru kat minah nie……… woi akku,, ak nk kwn an ko ley x???? ak nk gsip bout erin MALEK…. adik dy,, afiqah belkon dlm drama pew???? x penah ak tngok pown!!!!!

    • Danial Isma Hakim

      Erin and the small girl are the good n best actor eva!!!!!!ROCK ON!!!!!! lau nak tengok fwendster sye…just type heartkeeper@ymail.com…..

    • http://yahoo jamal

      erin malek. saya ingin berkenalan dengan awak. kalau boleh mesej dengan saya pada nombor 013-8142341. saya dengan seikhlas hati ingin berkenalan dengan awak.

    • natasya

      haii….. erin&eryna best la tengok kamu berdua berlakon.kalau bleh saya nk berlakon gak.nurayuni22@yahoo.com

    • http://@yahoo.com que94

      erin!!!!!! i will support you until i die… insyaallah

    • http://yahoo.com tiera

      eh que94 kau ada kat sini…..

    • http://erinmaleK94@YAHOO.COM.MY akmal

      assalamualaikum.

    • http://erinmaleK94@YAHOO.COM.MY akmal

      assalamualaikum………….

    • hurm…nobody

      too erin…i like u character..awk ni comel la macam saya..saya pun ade mirip2 gak macam muka awk..tembam!!!papepun gudluck 4ever yea!!!

    • cha

      hurm…nobody.KO JNGAN PRASAN LA WEI.
      MLUAT TOWL aq tngok
      aq lg comel+++++++ tau..
      salam :)

    • http://- miecha

      erin , cntik la . erm , muk afiqah mcm penah tgk tp x ngt dlm crita apa . erin , saya tringin sgt nk bkwn ngan awak la . sbb awak ney baik hati .

    • jstme

      lakonan erynne erynna nya memang superb..congkak tak dapat tengok,only cinta dan damping malam,very talented girl,dah besar da dia,cantik pulak tu..good luck erynne..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK