Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Band Hujan, Jacklyn Perform di Astro Fest 2008



Pada tengahari Sabtu lalu, 16 Februari 2008, Budiey dan Azwan telah menghadiri Astro Fest 2008 di Astro All Asia Broadcast Centre, Bukit Jalil. Terima kasih kepada Ajami Hashim, seorang warga Astro yang prihatin dengan kebajikan blogger-blogger picisan seperti Budiey nih yang tak dapat email jemputan dari PR Astro yang tak tahu peranan dan impak dunia blog. Huhu… dah sah-sahlah kan. Nama pun blogger picisan kan… so kena akur lah dengan realiti…. walaupun jumlah pembaca blog Sensasi Selebriti sudah meningkat hingga 20 ribu sehari! Tapi tak pe, Budiey dan Azwan ke sana untuk suka-suka dan berseronok bersama 9 ribu warga kerja dan ahli keluarga Astro.

Wah! Ramainya famili Astro ni kan? Tengok macam orang yang sama je handle jadi krew belakang tabir… asyik-asyik tengok si Dollah Chanteq je yang jadi pengurus pentas.

Memang meriahlah Astro Fest 2008 kali ini. Bak kata pakcik tuh… “Macam-macam ada…” tapi pakcik tu dah lama meninggal dunia. Tapi tagline tuh masih lagi melekat di bibir kita. Sekarang tinggal makcik tuh je yang duk promote Astro kat TV… alah, yang sambut anak cucu dia balik kampung, siap menantu dia menyanyi dalam bilik air dan dia pun jadi juri macam pengkritik AF… “Pitching lari laaa…” Kelakar la jugak iklan Astro tu ek.

Setiap setahun sekali, pekerja Astro akan diraikan dengan program sebegini. Grand sampai terpaksa ditukar dengan grand dinner katanya. Kesian sungguh. Dibuat satu hari je tapi dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang tu banyak sekali acara berlangsung. Makan-makan sana sebut apa, semua ada… percuma lak tu. Cuma nak kena beratur je la. Orang sangat ramai jadi terpaksalah beratur.

Budiey seronok buat refleksologi… huhu sampai 2 round lak tu. Ye lah, percuma la katakan. Tapi satu round cuma dalam tempoh 10 minit je. Tapi kira okaylah, rasa sedap je kaki kena urut sekali sekala.

Kali kedua, urut kaki dengan pakcik ni pulok… huhu, sanggup tunggu sejam lebih tuh nak sampai giliran Budiey…

Si Azwan pulak rela menunggu seribu tahun katanya beratur sampai nak rak untuk menunggu dilakar wajahnya di kaunter Karikatur. Tapi berbaloilah katanya. Siap pelukis tu puji muka Si Azwan yang chubby tuh dikatakan unik dan berkarakter katanya.

Tapi sampai sekarang takde penerbit dan pengarah nak ambik dia jadi pelakon. Unik apa ke benda macam tuh… Tapi ada dulu si Halim Othman nak ajak Azwan jadi Chef untuk program dia kat Astro tapi terpaksa dibatalkan. Huhu….

Lepas tu, tengoklah hasil karikatur tu lukis potret Azwan… tengok sekali macam Imran Ajmain versi chubby…huhu…

Ramai sekali penyanyi yang perform di pentas utama yang mengundang Reza dan Dynaz sebagai pengacara. Budiey sempat tengok perforn Lah VE, Jaclyn Victor, Hujan, kumpulan Pria, Shawal, Danny, Zahid, Hujan, Bob, Atilia, Ivan Foo, Faizal, Mawi, Amylea dan Jinbara.

Paling power tengok bila band indie Hujan buat perform. Memang mantap habis. Budiey suka tengok Hujan ni perform sebab diorang ada stail dan ada karakter yang gila selama dan sempoi. Lagu diorang pun memang sedap macam Bila Aku sudah Tiada, Aku Skandal dan Pagi Yang Gelap. Meletop beb!

Dari kanak-kanak kecik hinggalah yang tua dewasa semua turut bergembira dan enjoy dengan macam-macam program. Untuk kanak-kanak ada zon untuk diorang main macam padang permainan fun fair. Tak lupa budak-budak nih boleh color muka diorang dengan Face Painters dan Crazy Hairstyle, atau buat tattoo tiruan. Yang muda remaja ada gerai-gerai permainan seperti Wheel of Fortune, Basketball Throw, Air Hockey dan macam-macam lagi. Untuk peminat sukan pun ada kawasan untuk diorang lepas geram nak main F1 racing, memanah dan menembak.

Yang bapa dan kaum ibu juga boleh buat urut mengurut di Rileks & Enjoy Zone.

Kepada yang main permainan tuh boleh buat cabutan bertuah di kaunter yang berpeluang memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuan yang menarik seperti TV, telefon bimbit, hamper dan sebagainya.

Pendek kata, memang yang datang tu kira dapat enjoy dan santai habis….

[tags]astro fest, 2008 astro fest, Lah VE, Jaclyn Victor, Hujan, kumpulan Pria, Shawal, Danny, Zahid, Hujan, Bob, Atilia, Ivan Foo, blog ajami, blog kak red, Faizal, Mawi, Amylea, Jinbara, iklan astro youtube[/tags]

Tags: , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar One Buck Short @ Konsert KL Indie Fest 2008
  • Appreciation Concert in Memory of Tan Sri P. Ramlee
  • Gambar Nuh Vokalis Band Hujan @ Konsert Jelajah Malaysia Peterpan
  • Rakaman Unzipped HUJAN di Ruums KL
  • Gambar Nuh Hujan di Showcase Hujan Planet Hollywood
  • Konsert Hujan VS Bunkface di KL Life Centre
  • Gambar Mizz Nina dan Noh Hujan di Karpet Merah ASK 2010
  • Gambar Farah AF2 & Isma Yusoof Dalam Drama Popular
  • Promo: Ujibakat Pengacara, Hos, Talent Astro Oasis @ Astro
  • Band Hujan Lancar Album Lonely Soldier Boy



  • 16 Komen untuk entri “Gambar Band Hujan, Jacklyn Perform di Astro Fest 2008”

    1. iwuzere kata:

      aah r gambar karikatur azwan tu ade ghupe imran ajmain sket..iras2 r..huhu

    2. syamsulariff.com kata:

      nie yg best kalau jemput blogger, sebab diaorang rajin berkongsi gambar dan pengalaman

    3. ajami kata:

      yo! bro budiey & azwan..

      i’m hepi coz korang enjoy arituh ;-)

      sori erk i blk awal coz ank bongsu masuk wad due to ‘dehydration’ bt dah kuar tadi.. so X dapek jumpa korang lelama..

      per2 hal, nx yr dtg lagik k ;-)

    4. ain_nia kata:

      karikatur tu mmg cam imran ajmain aaa… kembo ker azwan??.. hehheh..

    5. cintahatisaya kata:

      best ri2 hujan dtg uum……gmpaq

    6. Datuk k kata:

      hujan mmg best..siti dgn anak2 aku pn suka.

    7. deqni kata:

      best gler siot……bila hujan turun….

    8. jjawg kata:

      gambar band hujan x bnyk lar

    9. control kata:

      Dan sesungguhnya…hendaklah kamu menutup kepala dan rambutmu pabila hari hujan…nanti kena demam…siapa yg susah…bila hari hujan…layanlah kumpulan HUJAN

    10. nami kata:

      ambo bilo tengok band hujan ambo rasa hujan lah band yang paling best di malaysia bagi era ini ,berharap agar hujan sentiasa sukses

    11. EPA kata:

      HUJAN… band ni yg pling best skrg..HUJAN telah mgubah hidupku.. aku dah beli cd diorg..dah hafal lagu2 diorg.. n mcm2 yg aku dah tau psl HUJAN..power habis.. mcm power ranggers kot???hehe.. hatiku dah melekat untuk band HUJAN.. hidup HUJAN.. skrg aku dah minat HUJAN smpi aku suka mandi HUJAN…hahaha XD

    12. yukhwan kata:

      BAND HUJAN….ialah band yang paling terhebat di malaysia` gua respek lu HUJAN………………………………SEMAKIN MAJU BERJAYA.

    13. LORD APOLLO kata:

      Smjak aku dgr lagu hujan tido x lena,mndi x bsh,mkn xbpa nak knyang smunya bcoz of u hujan…..u all mmg style.aku ada sket cdngan for korang.pe kta klu hair style korang except noh tkar sket.i think msti lg style….klu korang bt cm tu msti bdk2 form5 murni sri badong lg minat kat band korang.trutamanya aku la………huhuhuhu………

    14. bulan kata:

      majulah hujan utk malaysia

    15. farisya kata:

      hujan bezzz gler…

    16. putri kata:

      band hujan nan9 bez bha,arap tak0w9 sukses la n9an kerjaya tak0w9 ya k…n0h,mun 9 kuch9 lak pdh k..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK