in ,

Gambar Baby Tomok Bernama Arrianshah Akid

Penyanyi Tomok, 28, mendapat anak lelaki yang sangat comel apabila isterinya Rahayu Abbas (Ayu), 32, selamat melahirkan bayi berkenaan di Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada pukul 6.03 petang, Selasa.

Gambar baby Tomok telah pun diupload ke Facebook miliknya pada petang hari Selasa lalu. Ramai respon dari peminat dan Budiey sendiri lihat betapa bayi ini sangat sihat, sempurna dan sangat comel. Tengoklah pipinya. Tembam sangat. Sesiapa yang melihatnya mesti geram nak cubit pipi baby Tomok ni.

Bayi Tomok

Tomok atau nama sebenarnya Shah Inderawan Ismail, 28, berkata, anaknya lahir dengan berat 3.33 kilogram itu diberikan nama Arrianshah Akid Bin Shah Indrawan. Tomok bersyukur apabila proses kelahiran berjalan lancar.

“Alhamdulillah, semuanya selamat. Inilah detik paling gembira dalam hidup saya, apabila isteri dan anak saya sihat. Lebih bererti, saya diberi kesempatan untuk melihat proses bersalin sejak awal, serta diberi peluang untuk memotong sendiri tali pusat bayi itu. Ia pengalaman yang sangat bermakna,” katanya yang dipetik daripada akhbar Berita Harian.

Tambah Tomok, dia terpaksa akur bahawa tanggungjawabnya kini lebih besar dan harus memikul peranan sebagai suami dan bapa.

Inilah anak lelaki Tomok yang bernama Arrianshah Akid Bin Shah Indrawan.

“Sebagai seorang lelaki, saya tahu tanggungjawab besar saya sebagai suami dan bapa. Selain sibuk dengan kerjaya, saya akan mengutamakan keluarga dan berjanji untuk bekerja keras demi kebahagiaan kami sekeluarga. Sebenarnya kesempatan melihat kesukaran seorang isteri bersalin menimbulkan rasa insaf buat saya sehingga menitiskan air mata. Inilah pengorbanan seorang isteri yang sepatutnya kita hargai,” katanya.

Tomok dan Ayu telah mendirikan rumah tangga pada 1 Julai tahun lalu.

Bayi Tomok

Bayi Tomok

Bayi Tomok

Bayi Tomok

Bayi Tomok

Bayi Tomok

Bayi Tomok

Bayi Tomok

Bayi Tomok

Bayi Tomok

Bayi Tomok

Gambar kredit dari Instagram Isma AF7 yang juga merupakan kakak kepada Tomok. Seronok betul tengok Isma dukong Arrianshah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jojo Struys Terbit Album Untuk Menghilangkan Stress

Time Change For NTV7’s Mandarin News