in

Gambar Baby Amber Chia Ashton Wong di Full Moon Party

Semalam, Budiey telah dijemput oleh Amber Chia, seorang supermodel terkenal untuk menghadiri Full Moon Party anak lelaki sulungnya yang bernama Ashton Wong di Nusantara Ballroom, Sheraton Imperial KL. Thank you, Amber Chia!

Selain ditemani suami tercinta, Adrian Wong, party itu juga dihadiri oleh sahabat, selebriti dan keluarga di kedua belah pihak. Full Moon party dianggap satu majlis yang memperkenalkan baby Ashton Wong yang kini berusia 1 bulan kepada kenalan, keluarga dan media.

Party Full Moon itu dianjurkan secara ekslusif oleh S2 Slimming, sebuah syarikat kecantikan dan slimming yang telah menaja pakej menghilangkan lemak kepada Amber Chia. Sebagai info, Amber Chia merupakan duta produk syarikat pelangsingan badan ini.

Pengarah Urusan S2 Slimming, Stella Lim juga turut hadir bagi meraikan majlis itu. Beliau juga turut bercerita tentang proses pengurusan badan Amber Chia yang dilakukan oleh S2 Slimming. Amber menjalani treatment yang dipanggil SuperMom Post Natal Treatment selepas beranak. Sekarang, berat badan Amber Chia dah turun dari 69.5kg kepada 55kg dalam masa sebulan sahaja!

Budiey diberitahu Amber yang dia terlalu banyak menerima penajaan semenjak bergelar ibu. Dari produk penjagaan bayi, pakaian hinggalah kepada hal penjagaan ibu. Cuma susu sahaja tak dapat penajaan sebab Amber Chia memang kasi susu badan kepada baby lelakinya.

Ketika mana berbicara tentang anaknya, Amber Chia nampak sangat teruja dan excited untuk bercerita pengalaman pertamanya. Kalau sebelum ini, beliau tak berapa nak pandai tentang cara nak jaga baby, tukar lampin, itu dan ini, kini Amber Chia dah pakar untuk buat semua tu.

Berat Ashton Wong kini dah mencapai 5 kg. Amber kasi breastfeed baby sulungnya itu sebanyak 7-8 kali sehari. Ashton suka dimanja dan bermain dengan daddynya.

Menurut Amber, kalau boleh dan ada peluang, dia nak anak perempuan selepas ni. Tapi kena rehat la setahun. Mungkin 3 tahun lagi baru dapat beranak lagi. Kini, Amber Chia kembali untuk fokus kepada kariernya sebagai peragawan dan perlu mengekalkan berat badan idealnya.

Dihoskan oleh sahabat Amber sendiri iaitu Daphne Iking, grand Full Moon Party ini mendapat perhatian jurugambar dan media untuk melihat baby lelaki Amber Chia (Ashton Wong) dengan lebih dekat lagi.

Amber Chia

Amber Chia

Amber Chia

Amber Chia

Amber Chia

Amber Chia

Amber Chia

Amber Chia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Ngangkung

Dokumentari Seven Wonders