Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Azwan Ali Buat Umrah Di Mekah



Ini dia gambar Azwan Ali masa buat umrah bermula 7 hingga 24 September lalu. 18 hari 16 malam, cuma ada masa 5 hari je kat Madinah, selebihnya dihabiskan dengan beribadat di Mekah, pastinya satu pengalaman yang indah. Budiey dapat tahu, Julia, penyampai Suria FM pun turut serta dalam rombongan ini. Untuk Julia, kalau ada ole-ole untuk Budiey, hulur-hulur la ya. Hehehe.

Khabarnya, Azwan Ali dah bertaubat dan sikit sebanyak kerja umrahnya membawa kesan positif yang dapat memberikan perubahan. Azwan Ali dah tak mahu lagi disamakan dengan Azwan Ali yang dulu. Awal-awal lagi, beliau telah memaafkan segala fitnah dan gossip yang melibatkan dirinya.

Dalam pada itu, Azwan Ali bersyukur ketika berada di hadapan Kaabah, dia dapat menyebut nama-nama musuhnya dengan jelas dan berulang kali termasuklah 10 orang wartawan yang pernah dimaki hamunnya. Jangan salah anggap pula, tujuan Azwan Ali sebut dengan terang nama-nama itu supaya Allah memberikan hidayah, bukan minta Tuhan kasi bala ke apa.

Pengalaman paling bermakna?

“Di sana saya banyak mengalami kejadian yang unik di mana rama-rama Kaabah terbang keliling saya dan yang paling menyentuh hati saya pada pagi Syawal, ketika sedang sembahyang raya dengan para jemaah yanglain, rama-rama tersebut telah hinggap di dahi saya selama satu jam setengah. Saya amat tersentuh pada waktu itu dan saya anggap itu adalah nikmat dari Allah s.w.t untuk diri saya. Ketika saya bersama rombongan yang lain melawat sebuah bukit yang diberi nama Bukit Magnet di Madinah juga kami dapat lihat satu lagi nikmat Tuhan yang orang lain tidak dapat lihat. Saya jadi kagum, dengan kuasa Allah, bas yang kami naiki tersebut boleh berjalan 140 km sejam tanpa dihidupkan enjinnya. Ketika kami berhenti untuk mengambil gambar di sekitar bukit tersebut, kami dapat lihat bas yang kami naiki bergerak sendiri seperti ditarik dan ditolak sedangkan tiada sesiapa yang melakukannya.” [sumber]

Pulang sahaja dari umrah, Azwan Ali tak sabar untuk menyaksikan telemovie muzikal komediterbitannya ‘Cak Cak Raya 2009, Dodol Si Dol Dol’ yang akan disiarkan pada 27 September ini pada jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Tags:

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Pelakon Ashraf Muslim Nikah di Mekah
  • Azwan Ali Gedik?
  • Azwan Ali Blogger Laser Project Alpha Season 2
  • Gambar Azwan Ali di Anugerah Skrin 2009
  • Hafiz Hamidun Sertai Pakej Umrah Eksklusif Awal Ramadhan
  • Gambar Azwan Ali @ Anugerah Juara Lagu 23
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Roslan Shah Pengacara No.2, Azwan Ali Makan Hati?
  • Gambar Zoey Mengerjakan Umrah di Mekah
  • Eja, Arash mohd Drama Hijab di Kalbu



    • Honeybee

      Alhamdulillah .. semoga mndapat hidayah yg brkekalan .. insyaAllah

    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      bas yang kami naiki tersebut boleh berjalan 140 km sejam tanpa dihidupkan enjinnya. Ketika kami berhenti untuk mengambil gambar di sekitar bukit tersebut, kami dapat lihat bas yang kami naiki bergerak sendiri seperti ditarik dan ditolak sedangkan tiada sesiapa yang melakukannya.

      don’t lie. the buses are just quiet due to using hybrid engines. don’t make up stories like this. its embarrassing.

    • Anita Yusof

      >>the buses are just quiet due to using hybrid engines.
      May be he simply didn’t know about the technology :)

    • mawar biru

      korang nih.. cuba baca ayat dia seterusnya.. bas tu bergerak macam kena tarik dan tolak.. sedangkan tak der orang buat.. tu yg dia nak cerita ha.. harap lah agar Azwan Ali beroleh ketenangan dalam hidup dia stelah menjejakkan kaki nya ke tempat paling suci di dunia..

    • nor

      Alhamdulillah…Mudah-mudahan dapat kekalkan sifat dan perbuatan yang baik2…

    • Was-seetu

      Apesal lah nak cerita pasal bas…? Tapi Alhamdulillah sampai sudah Azwan kesana…

    • Hamba Allah

      Setuju dgn mawar biru & nor…
      Janganla berprasangka buruk kat dia. Semoga Azwan Ali beroleh ketenangan dan perubahan yg baik sekembalinya beliau ke tanahair nnt! no more enemies…ok!

    • http://ghazaaz.blogspot.com/ Ghaz

      Actually … memang benar apa yg Azwan Ali katakan itu …

      Di kawasan Bukit Magnet di Madinah, memang kita boleh alami yang kereta atau bas akan bergerak sendiri seperti di tarik …. that is why kita panggil dia bukit Magnet ….

    • NONA

      setuju ngan mawar biru n hamba allah..sekali sekala cubala berprasangka yg baik2 ckit pasal azwan nih…org tk pernah pegi ketempat tu..memang la rasa mcm2…aku pun insyaallah..satu hari nanti nk pegi ke tempat yg suci tu..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK