in ,

Gambar Awie Wings di Sidang Media Cuci The Musical 2

Selesai sahaja buat temubual eksklusif bersama 3 Macan jam 3 petang semalam, Budiey sempat singgah di Sidang Media & Pelancaran Cuci The Musical Musim ke-2 di Istana Budaya, Kuala Lumpur . Sudah tentu pelakon-pelakon teater yang akan dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 27 Julai 2010 hingga 8 Ogos 2010 ini akan hadir.

Termasuklah tiga pelakon baru yang diserap masuk iaitu Nabil yang memegang watak C’Tan yang menggantikan AC Mizal, Jaclyn Victor sebagai Jessy serta Rehman Rashid sebagai Tan Sri Ariffin.

Berita baik untuk semua penggemar teater CUCI, untuk musim ke-2 ini, harga tiket dikurangkan lebih 30% dari harga tiket musim pertama.

Selain itu, Budiey juga sempat mengambil gambar potret untuk pelakon yang sememangnya lawak dan kadang-kadang serius ni… siapa lagi kalau bukan Awie, vokalis Wings. Siap pakai baju kemeja dikemaskan lagi dengan sepasang sut kelabu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cut Tari Terlepas Hukuman Gara-Gara Video Lucah

Behind The Scenes Temubual Eksklusif Bersama 3 Macan