in ,

Gambar Awie Sebagai John Dalam Filem Berani Punya Budak

Salam pembaca semua, sudahkah anda ke pawagam untuk menonton filem BERANI PUNYA BUDAK? Ya, hari ini merupakan hari yang ketiga tayangan dan pada hari Sabtu yang cerah ini diharapkan tiada halangan untuk anda keluar ke pawagam.

Walaupun Budiey percaya ramai yang suka memilih untuk duduk diam di rumah ekoran demonstrasi jalanan Bersih 3.0 sedang berlangsung dengan rancak hari ini. Namun, anda ada pilihan untuk ke pawagam di luar KL untuk menonton wayang. Budiey pun merancang untuk keluar ke pawagam Wangsa Walk sekejap lagi.

Berani Punya Budak sebuah filem yang ‘luar biasa’ kerana ianya diolah dan diadaptasi dari filem berjudul BRAVE yang dibuat pada tahun 2007 dan filem ini tidak ditayangkan di Malaysia kerana ia untuk pasaran Thailand sahaja.

VIDEO Awie Sebagai John dalam Filem BERANI PUNYA BUDAK

Namun begitu, filem BRAVE katanya telah masuk ke Malaysia secara haram (cetak rompak) yang sangat berleluasa ketika itu dan ada yang menonton filem yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan dari Malaysia yang bekerjasama dengan syarikat dari Thailand iaitu Film Frame Production ini. Jadi, tayangan Brave terpaksa dibatalkan oleh Afdlin Shauki.

Kerana itu, maka terhasillah BERANI PUNYA BUDAK yang diolah skripnya dengan sempoi dan gaya bersahaja oleh Afdlin Shauki. Sungguh kelakar dan sangat menghiburkan.

Vokalis kumpulan Wings, Awie juga turut berlakon dalam filem ini dan Budiey sempat berbual dengan beliau di majlis tayangan istimewa BERANI PUNYA BUDAK. Walaupun scene untuk Awie tak banyak, namun wataknya sebagai John pastinya diingati oleh penonton. Watak John tidak lain dan tidak bukan adalah seorang pembunuh upahan.

Tak banyak dialog untuk Awie, namun sikit sebanyak memberi cabaran juga untuk Awie kerana beliau dalam filem ini seorang seorang pengikut yang sangat taat dan setia serta mengikut segala arahan yang diberikan oleh ketuanya.

“Sebenarnya saya terbabit dalam babak-babak pergaduhan dan sebab itu dialog saya tidak terlalu banyak. Secara jujur saya sangat berpuas hati setelah melihat hasil filem arahan Afdlin ini. Paling menarik saya juga telah melakukan stunt sendiri dan banyak dibantu oleh rakan pelakon lain seperti Pairote. Namun, kalau diberi masa dua atau tiga bulan untuk membuat latihan, saya percaya dapat melakukan aksi stunt dengan lebih baik lagi.”

Jadi, untuk peminat Awie ini masanya nak tonton filem lakonan beliau. Jom serang pawagam berdekatan anda untuk menonton BERANI PUNYA BUDAK. Memang puas hati sangat sebab ia menghiburkan, padat dengan aksi & komedi dan ianya sangat santai.

Gambar Awie di Majlis Tayangan BERANI PUNYA BUDAK

Awie Berani Punya Budak

Awie Berani Punya Budak

Awie Berani Punya Budak

Awie Berani Punya Budak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Umie Aida Duta Jenama Marie France

Official Music Video Lagu Sejak Kau Ada SANTHAWAN