Gambar Awal Ashaari di Showcase No Black Tie Alibi Music
Kalau nak buat ranking, mengacara adalah priority utama dalam kamus karier Awal Ashaari. Kemudian, kalau ada watak yang sesuai, barulah lakonan yang menjadi tempat ke-2.
Jadi hos boleh buat duit? Ya betul. Kalau kena cara, memang pengacara adalah kerja paling senang nak buat duit. Tak caya, tengoklah Aznil Hj Nawawi. Berbanding berlakon yang terpaksa menunggu beberapa tempoh yang agak lama. Bergantung kepada artis itu sendiri.
Tapi bagi Awal, dia memilih satu lagi cabang seni iaitu nyanyian. Malam semalam, Awal Ashaari adalah antara artis lelaki di bawah naungan Alibi Music telah mempersembahkan nyanyian di No Black Tie pada jam 9 malam. Sebelum itu, pelakon Noktah Erna di TV3 ini sibuk berlatih dan ternyata usahanya untuk memukau peminat ternyata berbaloi.
Walaupun bayaran RM35 dikenakan kepada peminat, namun Budiey rasa berbaloi kerana bukan hanya Awal Ashaari sahaja yang terlibat menjayakan showcase ini malah ramai lagi artis lelaki lain seperti Nabil Damanhuri, Lah Ahmad, Sleeq, Imran Ajmain dan Adeeb The Fabulous Cats.
Awal Ashaari menyanyikan single terbarunya, Memori dan dua buah lagu evergreen dalam bentuk unplugged.
Sejak bergelar penyanyi, Awal dapat banyak feedback daripada peminat. Ada yang suka dan ada yang tak suka. Tapi itu pendapat masing-masing. Budiey dengar ada yang kata tone Awal persis seperti Broery Marantika. Fuh!… Mantap!
Foto kredit: Alibi Music




Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





Comments
Powered by Facebook Comments