in

Gambar Aril AF7 di Pelancaran Muzik Video Lagu HANYA

Semalam, pada jam 2 petang, Budiey sempat untuk hadir di Majlis Pelancaran Muzik Video Lagu HANYA yang dinyanyikan oleh Aril AF7. Kalau nak tahu, lagu HANYA ni adalah lagu runut atau lagu tema untuk filem TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK (Panjang sangat tajuknya terpaksa disingkatkan jadi TAAP.)

Acara santai yang berlangsung di Red Box The Garden itu juga turut dihadiri oleh pengarah muzik video Hanya iaitu Shuhaimi Lua FDAM dari Tanah Beris FIlm Productions.

Secara kasarnya, kisah video klip ini diambil daripada filem TAAP yang akan berada di pawagam pada 7 Julai 2011. Ianya bercerita tentang Aril yang berkenalan dengan pontianak yang menyerupai seorang wanita cantik. Selain menyanyi, Aril turut tampil sebagai stand in untuk watak utama iaitu Boy yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim. Dikatakan Aril ada iras-iras dengan Zahiril Adzim dan kalau tengok betul-betul dalam video klip ni, penampilan Aril dibuat serupa dengan imej watak untuk Boy yang lurus bendul & loser dalam TAAP.

Video Klip Hanya disiapkan dalam masa sehari di Teratak Angah, Kemensah, Ulu Klang, Selangor. Tonton video klip di bawah ni.

Ternyata pengarah Shuhaimi Lua kira dah berjaya mencipta watak karakter lurus bendul yang dilakonkan oleh Aril. Cuma rasanya antara lakonan Aril dan scene-scene dalam TAAP terpaksa diseimbangkan untuk memberi gambaran dan promosi kepada filem ini.

Selepas berlakon beberapa buah drama & muzik video Hanya ni, Aril mengidam untuk berlakon filem pula. Eloklah tu, masa muda-muda dan tengah laris ni, masa ni lah nak buat duit dan cuba bidang baru. Budiey yakin Aril boleh berlakon dalam filem. Menurut Aril, dia tak kisah watak apa sekali pun asalkan dapat mengasah bakatnya dan membuktikan pada umum yang Aril ada bakat berlakon.

Cita-cita Aril ingin jadi pelakon profesional. Kepada penerbit dan pengarah, selepas ni kalau ada watak-watak yang sesuai bolehlah hubungi Aril. Dia sedia untuk berlakon sekarang ni.

Party Costume Filem TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK

Pada 3 Julai depan, Budiey akan bekerjasama dengan Tayangan Unggul untuk mengadakan Party Costume Filem TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK yang akan diadakan di Menara KL jam 2 petang. Budiey akan menjemput 120 orang pembaca Sensasi Selebriti untuk hadir di party costume ini dan kepada yang terpilih diwajibkan untuk memakai apa sahaja kostum. Yang penting, selain dapat makan dan bertemu dengan pelakon TAAP, ada hadiah untuk korang semua yang memakai kostume paling menarik. Nantikan pengumumannya di budiey.com.

Aril AF

Aril AF

Aril AF

Aril AF

Aril AF

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ADV: CIKSUCATALYST BUAT PROMOSI HEBAT & FREE POSTAGE

Budiey di Ruangan Zass Profile SINAR HARIAN Hari Ini