in ,

Gambar Anuar Zain Giat Berlatih Persediaan Konsert

Tinggal lagi sebulan untuk penyanyi Anuar Zain bersiap sedia bagi mempersembahkan lagu-lagu popular beliau di Konsert Anuar Zain 3 Dekad. Pastinya, di saat ini, pelantun suara Ajari Aku kini sedang bersiap sedia menjalani latihan bersama dengan band dan orkestra bagi memantapkan persembahan.

[dropcap]B[/dropcap]udiey rasa ramai sekali yang dah tak sabar menantikan tanggal 16 Februari 2013 di mana Konsert Anuar Zain 3 Dekad, Muzik, Cinta dan Sanubari akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Kalau Anuar Zain tengah berlatih, Budiey juga sekarang ini sedang berlatih juga sebab dah tentu Budiey dan peminat yang lain akan menjadi penyanyi iringan Anuar Zain pada malam itu, betul tak?

Dengarnya, pada beberapa hari lalu, Anuar Zain telah memulakan persediaan latihan pertamanya dan seterusnya akan terus berlatih. Haa, ingat senang nak buat konsert mega? Mestilah kena berkorban sedikit masa dan tenaga sebab tanpa persediaan rapi, dah tentu konsert akan tak dapat dijayakan.

[pullquote align=”right”]Budiey doakan semoga segala persediaan nanti berjalan lancar tanpa sebarang masalah.[/pullquote]

Pada petang tadi juga, Budiey telah dijemput ke konti KL Pop Radio untuk bercakap tentang beberapa events yang melibatkan budiey.com dan Budiey selaku blog rasmi konsert Anuar Zain ni pastinya mahu berkongsi segala info dengan pendengar radio interaktif ini…

Haa, tak mengapalah kalau radio lain tak jemput Budiey untuk mempromosikan konsert Anuar Zain, sebab Budiey rasa sangat berpuas hati petang tadi sebab dapat promote all out kepada pendengar KL Pop Radio. Dengar-dengar jugak, yang penting semua kena beli tiket Konsert Anuar Zain ya. Kalau nak beli senang je, boleh layari: www.ticketcharge.com.my

Gambar Anuar Zain Giat Berlatih Persediaan Konsert

Anuar Zain Berlatih

Anuar Zain Berlatih

Anuar Zain Berlatih

Anuar Zain Berlatih

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khairul Fahmi Duta Brand’s Actifmynda Plus Yang Baru

Gambar Selebriti Hollywood di Karpet Merah Golden Globe Awards Ke 70