in , ,

Gambar Anuar Zain di Sidang Media Malam Gala Hari Ibu

Pada jam 3 petang semalam (14 Mac 2012), Anuar Zain telah hadir di Sidang Media Bersempena Malam Gala Hari Ibu atau dalam bahasa Inggerisnya, MOTHER’S DAY GALA NIGHT DINNER WITH ANUAR ZAIN yang diadakan di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur dianjurkan oleh Dream Music & Dream Chorus Sdn Bhd.

VIDEO SEKITAR SIDANG MEDIA

Anuar Zain dipilih kerana aura dan bakatnya yang sangat kuat diyakini dapat menarik ramai peminat untuk datang menonton persembahannya. Konsep persembahannya sangat santai dan kasual di mana penonton bebas untuk berhibur bersama menghayati alunan suara eksklusif dari Anuar Zain.

Untuk info peminat Anuar Zain sekalian, penyanyi ini akan buat persembahan istimewa MOTHER’S DAY GALA NIGHT DINNER WITH ANUAR ZAIN di One World Hotel, Petaling Jaya pada jam 8.30 malam. Anuar Zain akan menyanyikan lebih kurang 8 buah lagu popular beliau dan beberapa lagu lain termasuklah lagu Ibu. Persembahan selama 45 minit itu akan diiringi oleh pemuzik Faizal Uzair.

Majlis akan diserikan lagi dengan cabutan bertuah dengan hadiah lumayan bernilai lebih RM10,000. Sesi bertemu peminat secara eksklusif juga turut disediakan. Budiey dikhabarkan, ada banyak peraduan akan dianjurkan oleh penaja untuk memberikan tiket percuma kepada peminat Anuar Zain.

Kepada yang mahu menempah tiket, bolehlah berbuat demikian. Harga tiket sangat berpatututan ya. Tiket dijual pada harga RM1,000, RM600 dan RM500. Jualan meja berbentuk penajaan yang berharga RM100,000, RM40,000, RM20,000 dan RM10,000 juga ditawarkan kepada syarikat korporat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dreammusic.com.my atau berhubung terus dengan sekretariat Dream Music di talian 03 – 2171 1220 / 2181 (Farida/Shikin).

Mahalkan tiket tu? Okay tak apa, Budiey dikhabarkan oleh Anuar Zain yang dia akan mengadakan persembahan santai bersama peminat dengan tiket yang semurah RM40 pada masa akan datang. Namun, segalanya masih dalam perancangan.

Anuar Zain tampil kacak, segak bergaya dengan suit lengkap berwarna perak. Smart!

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eksplorasi Mak Yong Puteri Jerijit Emas

Kemunculan Semula IZ Dengan Balada CINTA AKHIR