• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Gambar Anuar Zain di Konsert Anuar Zain Tiga Dekad

3
  • by Budiey
  • in Anuar Zain
  • — 18 Feb, 2013

Gambar Anuar Zain di Konsert Anuar Zain Tiga Dekad

Seramai 6,000 orang peminat Anuar Zain, rata-ratanya terhibur dengan persembahan memukau penyanyi popular ini di Stadium Malawati, Shah Alam pada tarikh keramat 16 Februari lalu. Membuka tirai dengan lagu I’m The Lucky One seterusnya lagu rancak yang ditukar sedikit tempo, Bila Resah dengan iringan 26 pemuzik bersama empat penyanyi latar di bawah pimpinan Mac Chew.

KLIK: VIDEO Lagu I’m The Lucky One di Konsert Anuar Zain 3 Dekad

Semasa sidang media yang diadakan sejurus selepas berlangsungnya konsert, Anuar Zain mengatakan bukan mudah untuk menjayakan konsert ini. Pengorbanan bukan sedikit. Tekanan cukup tinggi. Satu keputusan yang berani dan beliau mampu menarik nafas lega dengan sokongan peminat seramai 6,000 orang yang memenuhi ruang Stadium Malawati. Bahkan kesukaran paling memuncak apabila tiada penaja yang sudi menaja konsert ini dan segala untung rugi ditanggung oleh Anuar Zain Network dan Universal Music.

KLIK: VIDEO Sidang Media Anuar Zain Selepas Konsert Tiga Dekad

Sudah pasti, kemunculan Anuar Zain disambut dengan sorakan gemuruh sekalian peminat yang mahukan persembahan terbaik dari Anuar Zain. Budiey dengar, ada beberapa orang yang masih tidak puas hati dengan mutu bunyi yang ada kalanya pecah dan tidak jelas menenggelamkan suara lantang Anuar Zain. Bagi Budiey, itu perkara biasa, tidak ada yang sempurna dalam dunia ini, kan?

KLIK: VIDEO Lagu Bila Resah & Temubual Bersama Peminat Anuar Zain dari Brazil 

Anuar Zain bukan sahaja genius dari segi persembahan tapi dia memang genius dalam memikat hati penonton. Lantaran itu, Anuar Zain melontarkan beberapa kuntuman bunga mawar merah kepada peminatnya (di ruang VIP seat) sebagai meraikan cinta dan kasih sayang.

Lagu rancak kedua menjadi pilihan, Selamat Pagi Sang Suria seolah mahu menggembirakan hati peminat beliau dengan paparan visual menarik dan pencahayaan yang penuh pancawarna. Yang penting, konsert untuk meraikan tiga dekad Anuar Zain dalam industri ini diterima seadanya oleh peminat. Lagu-lagu wajib yang Budiey kira menyengat seperti Jangan Bersedih Lagi, Mungkin dan Ajari Aku sudah pasti ditunggu-tunggu peminat beliau.

KLIK: VIDEO Anuar Zain Nyanyi Lagu MUNGKIN di Konsert Anuar Zain 3 Dekad 

Muzik video lagu Sempurnakan Aku ditayangkan secara eksklusif dan pertama kalinya untuk peminat yang hadir bagaikan ada kejutan di situ kerana ada babak-babak menarik yang begitu romantis dilakonkan oleh Anuar Zain bersama Nora Danish. Budiey pasti, ramai yang dah tak sabar nak tengok muzik video ni kan?

Lagu-lagu cinta terus berkumandang bersama suara peminat yang turut mengerah vokal menyanyi bersama lagu Keabadian Cinta dan lagu rancak, Kau Bunga Cintaku. Seterusnya lagu tema filem iaitu Perpisahan turut dihidangkan dengan paparan menarik visual di skrin LED, sesudah itu, lagu Ku Hanya Milikmu dan Ketulusan Hati bagaikan merasuk minda penonton yang tak henti menjerit memanggil nama Anuar Zain.

KLIK: VIDEO Vlog Budiey Interbiu & Lagu KEJUTAN di Konsert Anuar Zain 3 Dekad

Bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya ke-43 pada Jumaat, Anuar sempat mengusik menerusi lagu selamat hari lahir kepada peminat yang turut berkongsi bulan kelahiran dengannya.

Kejutan yang Budiey sendiri tidak jangkakan iaitu persembahan semasa lagu Cinta Tak Harus Memiliki di mana Anuar Zain membawa tiga penyanyi wanita bersuara mantap iaitu Adibah Noor, Dina Nadzir dan Elvira sebagai penyanyi iringan. Pergh! Memang ada kelas!

Pada set ketiga, penyanyi yang murah dengan senyuman ini menampilkan lagu pembukaan Sesuci Cintamu dengan gubahan baharu.

Bukan sekadar kekuatan vokal yang konsisten, persembahan Anuar turut diperkuatkan oleh paparan visual yang menarik pada setiap lagu.

Lagu-lagu yang menyusul antaranya Bidadari, Semua Untukmu, lagu pertamanya sebagai penyanyi iaitu Kain Pelikat, Teman Terulung dan Lelaki Ini.

Anuar melabuhkan tirai persembahan selama lebih dua jam itu dengan lagu tema filem Hikayat Merong Mahawangsa iaitu Sedetik Lebih.

Konsert yang terbahagi kepada tiga segmen itu turut diserikan dengan kehadiran kedua ibu bapa Anuar, kakaknya penyanyi Ziana Zain dan ahli keluarga terdekat.

Yang jelas, penantian para peminat Anuar terbayar dengan pakej konsert yang lengkap hampir pada setiap aspek termasuk vokal, susunan muzik, rekaan pentas dan pencahayaan.

Konsert ini bukan hanya menghiburkan dengan rangkaian lagu mengasyikkan, malah punya nilai tersendiri yang akan diabadikan para pencinta penyanyi bervokal lantang ini.

Kredit Foto: HazmilJapilus

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Komen via Facebook

Komen

Share

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Video Pesanan Anuar Zain Untuk Pemegang Tiket Konsert Anuar Zain 3 Dekad
  • Next story Erra Fazira & Fahrin Ahmad Dipilih Jadi Pengacara FFM25

ENTRI BERKAITAN

  • International Secretaries’ Week With Anuar Zain 25 Mar, 2009
  • Anuar Zain Trending di Singapura 26 Dec, 2011
  • ZIANA & ANUAR ZAIN, MEET UNCLE HUSSIN, 6IXTH SENSE, ELYANA KONSERT FENOMENA 28 Sep, 2008
  • EKSKLUSIF Gambar Sebalik Tabir Sesi Photo Shoot Promo Konsert Anuar Zain 15 Dec, 2012

3 Comments

  1. nigina says:
    Monday, February 18, 2013 at 10:49 am

    konsert sabtu lps memang konsert sangat terbaik…tp dr sound system bagi memang terbaik…tak dengar pun cacat cela…..yg dengar mungkin segelintir tp sy dengar music itu sangat perfect….. Tersangat sangat terhibur dengan persembahan yg sangat memukau itu.

  2. sha isa says:
    Monday, February 18, 2013 at 11:16 am

    naiss sangatttt… :) xdpt g tgk.. sedeyy hehe

  3. catgirl says:
    Monday, February 18, 2013 at 6:28 pm

    One of the best concert performed by Malaysian Artist so far.. I was one of the lucky 6,000 fans in the stadium and I truly enjoyed myself throughout the concert. Terima kasih Anuar Zain!! Fans forever..:)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • MAYA KARIN – BINTANG SYURGA

    Bintang Syurga
  • SEARCH

  • TERKINI

    • Apa Perubahan Baru Dalam Anugerah Industri Muzik ke 20
    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Zahiril Adzim & Shera Aiyob Dapat Anak Lelaki
    • Betul Ke Hani Hatim & Aidid Marcello Hos Baru Hip TV?
    • Air France Taja Tiket Terbang ke Paris Untuk Pemenang GM2
    • Imam Muda Asyraf Lancar Album Nasyid Pertama
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangUlasan Konsert Mega Bintang Trinity All-StarTuesday, June 18, 2013
    • linkinKonsert Jelajah Dunia 2013 Linkin Park Living Things Di MalaysiaMonday, June 17, 2013
    • sharifah-ainiSebab Kenapa Malam Amal Bersama Tiga Diva DitundaFriday, June 14, 2013
    • pesawatGood Vibes Festival 2013Wednesday, June 12, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Top Niaga on:Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • fatehahjalani on:Noraniza Idris Lancar Program Pelancongan Sanggar Budaya
    • muhammad aisy aniq nabihan bin ahmad fadzil on:Marion Caunter Hamil Anak Kedua
    • zulruzaini on:Noraniza Idris Lancar Program Pelancongan Sanggar Budaya
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    22Jun2013

    G-Dragon World Tour: One of a Kind

    Dari 08:00 PM hingga 11:30 PM

    di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

    Find out more...

    23Jun2013

    Showcase Dayang Nurfaizah @ The Venue

    Dari 08:30 PM hingga 10:30 PM

    di The Venue, Pavilion KL

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Apa Perubahan Baru Dalam Anugerah Industri Muzik ke 20
    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Zahiril Adzim & Shera Aiyob Dapat Anak Lelaki
    • Betul Ke Hani Hatim & Aidid Marcello Hos Baru Hip TV?
    • Air France Taja Tiket Terbang ke Paris Untuk Pemenang GM2
    • Imam Muda Asyraf Lancar Album Nasyid Pertama
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
  • KALENDAR

    June 2013
    M T W T F S S
    « May    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan Di Sini

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.