in ,

Gambar Anak Zed Zaidi

Gambar Anak Zed Zaidi. Pada jam 11 pagi tadi, Budiey telah menyiarkan satu entri tentang berita setelah menerima satu mesej pesanan ringkas SMS dari pelakon Zed Zaidi. Beliau mengkhabarkan satu berita gembira di mana isteri beliau, Natalia Natasya atau Nelly, telah selamat melahirkan bayi sulung mereka secara pembedahan kira-kira jam 9.30 pagi hari ini (27 Julai 2012), di Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Kuala Lumpur.

Pada jam 3.40 petang tadi, Zed Zaidi telah menyiarkan secara eksklusif gambar baby anak sulong bernama Ryan Ziqry di Twitter dan Facebook miliknya. Comelnya baby ni… putih melepak. Pasti besar-besar nanti, kacak macam bapanya masa muda-muda dulu kan? Ingat tak rupa Zed Zaidi masa masuk Hero Remaja? Hehe. Apa-apa pun, selamat bertugas sebagai bapa ya Zed. Tahniah sekali lagi dari budiey.com.

Pastinya tak lama lagi, ada beberapa majalah ibu bapa Pa & Ma akan datang buat shooting baby comel ni.

Gambar Anak Zed Zaidi

Gambar Anak Zed Zaidi
Isteri kepada Zed Zaidi iaitu Natalia Mustafa Kamal, 29, selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Pusat Perubatan Tropicana di sini kira-kira pukul 9.30 pagi, Jumaat.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, berkata, anak yang diberi nama Ryan Ziqry itu dilahirkan dengan berat 4.32 kilogram menerusi pembedahan.

“Ikutkan isteri saya nak bersalin secara normal tetapi doktor menasihatkan untuk melakukan pembedahan kerana saiz bayi terlalu besar. Bagaimanapun syukur Alhamdulillah semuanya telah selamat dan keadaan isteri juga baik.”

Dalam pada itu, Zed yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) memberitahu, isterinya telah dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak pukul 5 pagi Jumaat, sebelum dibawa masuk ke bilik pembedahan empat jam kemudian.

Menurut Zed, dia turut dibenarkan menemani isterinya di dalam bilik pembedahan dan menyaksikan sendiri anak pertamanya itu dilahirkan.

“Saya adalah lelaki yang paling gembira hari ini dengan kehadiran anak sulung saya dan pengalaman berada di dalam bilik pembedahan bersama isteri sukar digambarkan dengan kata-kata. Bagaimanapun saya bersyukur keadaan kedua-dua insan yang sangat saya sayangi selamat,” katanya.

Sementara itu, Zed menganggap kelahiran Ryan Ziqry pada bulan Ramadan adalah satu keberkatan buat dirinya serta keluarga dan berharap bayi berkenaan akan menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu dan bapanya.

“Alhamdulillah, Ryan dilahirkan dalam bulan Ramadan yang mulia dan pada hari Jumaat yang penuh keberkatan dan tarikh dia dilahirkan iaitu 27 Julai sama dengan tarikh lahir saya, cuma saya 27 Jun. Dia menjadi tumpuan keluarga ketika ini dan kelahirannya disambut dengan penuh rasa kesyukuran,” katanya.

Zed dan Natalia berkahwin pada 29 April tahun lalu di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mesin Sebarkan Semangat Ramadan Cola-Cola

Gambar Sekitar Majlis Berbuka Puasa MIG 2012