Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Anak Kembar Ziana Zain



PETALING JAYA: Penyanyi Ziana Zain selamat melahirkan sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, sekitar pukul 10 pagi tadi. Pengurus Ziana, Lisa Aryanti Tahir memberitahu mStar Online yang Ziana Zain telah melahirkan anak kembarnya secara pembedahan (caesarian).

Kata Lisa, “Menurut kata doktor, Ziana sepatutnya melahirkan anaknya pada pertengahan Ogos tetapi terpaksa diawalkan kerana Ziana mengalami tekanan darah tinggi. Walau bagaimanapun, kedua-dua anak Ziana sihat. Anak pertama adalah bayi lelaki yang beratnya 2.1kg dan yang kedua perempuan, 1.7 kg.”

Lisa berkata, suami dan keluarga Ziana berada di sampingnya ketika pembedahan itu. Kebetulan suaminya, Armin sedang bercuti. Ketika ditanya, adakah Ziana bersedia menunjukkan wajah bayinya kepada umum, Lisa berkata:

“Ziana seorang yang cukup berdisiplin. Gambar baby tidak akan ditunjukkan bawa masa ini. Hanya apabila dia sudah bersedia, barulah dia akan tunjukkan babynya. Dan Ziana akan berpantang 100 hari. Selagi dia belum habis pantang, dia tidak akan tunjuk muka pada media.”

Kata Lisa, Kak Ziana kemungkinan besar tidak akan mengandung lagi memandangkan usianya sudah 41 tahun.

“Ziana juga belum memikirkan nama anak kedua kembarnya.” [sumber]

Ini pula dipetik dari harian metro:

PENYANYI pujaan ramai, Siti Roziana Zain (Ziana Zain), 41, selamat melahirkan sepasang bayi kembar (lelaki dan perempuan) tepat jam 10 pagi, semalam, di sebuah hospital swasta, di Shah Alam.

Pengurus Ziana, Lisa Aryanti Tahir berkata, bayi yang belum diberi nama itu, dilahirkan melalui pembedahan dan berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah, melalui informasi yang diberikan suami Ziana (Armin Zaharin) ibu dan anak-anak berada dalam keadaan stabil dan sihat. Cuma Ziana masih lagi berehat kerana baru saja menjalani pembedahan. Bayi lelakinya seberat 2.1 kilogram manakala perempuan (1.7 kilogram).  Saya sendiri belum sempat melawatnya kerana ingin memberi laluan kepada keluarga kedua-dua belah pihak melawat dan meraikan hari cukup bermakna ini,” katanya.

Lisa menambah, Ziana sepatutnya bersalin pertengahan bulan Ogos tetapi tekanan darahnya sering tidak menentu sepanjang proses kehamilan kali ini.

“Sewaktu mengandung anak sulung, Aiman dan kedua, Ammar, dia tidak pernah mempunyai masalah itu. Justeru, semalam (Rabu) Ziana masukkan ke hospital dan doktor yang memeriksa keadaannya memaklumkan, penyanyi itu boleh melahirkan anaknya jika mahu. Tambahan pula keadaan bayi juga sihat. Mujurlah suaminya yang baru pulang dari Paris minggu lalu, sedang bercuti dan berada di sisi Ziana ketika ini,” katanya.

Apapun kata Lisa, sebagaimana sedia dimaklumkan sebelum ini, sebarang fotografi tidak dibenarkan buat masa ini dan dia sendiri berusaha untuk mengedarkan gambar bayi mereka itu kepada media demi berlaku adil pada semua.

Ziana yang melonjak menerusi lagu Madah Berhelah dan Anggapanmu selain dikenali sebagai pelakon berbakat besar, mendirikan rumah tangga dengan ketua Pramugara Sistem Penerbangan Malaysia, Armin Zaharin pada 2 Mei 1998.

Sebelum kehadiran pasangan kembar itu, pasangan ini terlebih dulu dikurniakan dua cahaya mata lelaki Muhammad Aiman, 8, dan Muhammad Ammar, 5. Kelahiran kembar ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ibu Ziana sendiri adalah pasangan kembar tetapi mereka kembar seiras. Istimewanya, bayi yang baru dilahirkan ini kembar sepasang.

“Sebagai teman yang rapat dengan Ziana, saya anggap bayi ini rezeki buat Armin (suami Ziana). Sebabnya, setiap kali berbual pasal anak, dia selalu cakap dia mahukan empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan. Apa yang dihajatkan nampaknya dimakbulkan Yang Maha Esa. Lebih istimewa, mengikut kalendar Islam bayi kembar itu lahir pada 1 Syaaban dan kebetulan abang mereka, Amar juga lahir pada bulan sama,” katanya.

Gambar anak kembar Ziana Zain tidak dapat disiarkan lagi sebab tidak mendapat keizinan daripada Ziana Zain. Agak-agak, apakah nama sesuai untuk anak kembar Ziana Zain ini?

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ziana Zain Selamat Melahirkan Anak Kembar Lelaki dan Perempuan
  • Gambar Bayi Ziana Zain Diperkenalkan Pada Januari 2010
  • Gambar Ziana Zain di Anugerah Industri Muzik 18
  • Gambar Ziana Zain Bertudung Bersama Jejaka Mana Ni?
  • Gambar Terbaru Ziana Zain di Majlis Ulangtahun Murai
  • Apa Dah Jadi Dengan Tangan Ziana Zain?
  • Leya Hot FM Akan Timang Anak Kembar
  • Gambar Ziana Zain Hamil
  • Sneak Preview Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain
  • Ziana Zain Gayakan Gaun Hitam Syaiful Baharim



    • Lily

      Hai~

      Alhamdulillah….
      sy sgt HEPYYYYYYYYYYYYYYY!!!!!
      sy sgt hepy bile dpt tau kak ziana n babies slmt
      semoga sihat selalu n xsbr nk tgk gmba babies tuuu
      hehe

    • http://tiada APAapa ajela

      Congratulation to kak ziana…peminat setia ..

      Saya doakan akak dimurahkan rezeki dan sihat selalu.

      Nanti jgn lupa letak gambar anak tuh yer…mengidam nk tengok..mesti cute cam mak die…

    • http://orangedobi.blogspot.com IzzahJaslenda

      nampaknye aku ketinggalan.. xtau pun bila kak ziana ngandung.. hehe.. tau2 dapat kembar.. ahakz.. congrats neway..

    • chu-are_che’e

      sye happy sgt bla baca berita kak ziana dapat kembar sepasang..tambah2 plak dapat baby girl..mesti kak ziana dan keluarga happy..taniah..nanti tunjuk la gmbr baby.

    • SITI ZABEDAH

      seandainya………dapat ku lari……jauh ku pergi membawa diri…..
      sebenarnya ……..langkah terkunci antara kasih dan juga budi….
      eeeeeeeeeeeeeee ! geramnya ngan kak ziana ni .tiba2 saja dah bersalin.
      anak kembar lak tu.pandainyeeeee berahsia! anyway!tahniah kepada kak ziana sekeluarga.semoga kak z gembira bersama the whole family. kalau saya datang melawat will you allow me?

    • umifir

      alhamdulillah……..tahniah buat kak ziana.bestnye dapat anak kembar. ngandung sekali je,tp dpt 2.wow!!!!

    • hayatie_leo

      salam,,kepada kak ziana, tahniah yatie ucapkan kerna dapat baby kembar
      yatie peminat setia kak ziana dari dulu sampai sekarang..

      hope kak ziana n family happy hendaknya.

    • lya

      haa..ltak upin dan siti ipin bole ke?
      neway..congrats kak ziana:D

    • Damia Adha Safiyyah

      bestnye…kalu saya setiap kali pregnen dapat kembar je, dua kali pregnen cukup la dapat 4 orang. bleh tutup kedai..bleh pasang badan…hehehehehhe

    • pemerhati

      Tahniah kak Ziana dan alhamdulillah semuanya selamat.. EEE seronoknye keluarga dah lengkap. Ada suami yg setia, ada anak2 lelaki, ada anak perempuan kembar sepasang lak 2. Semoga rumahtangga kak Ziana berkekalan hingga akhir hayat dikelilingi anak2 yg soleh. Semoga tuhan makbulkan doa saya utk mngandung pd masa terdekat ne, tak dpt kembar mcm ziana pun tak apalh.. Saya dh msuk 5thun mnunggu still blum ada tanda2 nak berisi..

    • http://kiahariana.blogspot.com Kiah_Ariana_2009

      congratulations kak ziana….dapat baby twins sekali gus!!mesti comel sgt2!yang bestnya kak ziana ni,dia x pernah munculkan diri kat mana2 majalah mencanang satu dunia atau ala2 pose masa dia mengandung…mmg x pernah ada pic ziana tgh mengandung untuk dirakamkan…bile abis pantang,beliau akan muncul ngan bentuk badan yang meletop..even lagik cantik,dan ironinya kalu ziana masuk ajl mesti dia sedang mengandung!
      tahniah kak ziana…kalu yg pertama aiman,yg kedua amar,yg ketiga mesti adam..yng pompuan ariana…cutenyer!!

    • qaseh

      harap hepi sokmo deh

    • LIN

      Congratulation to kak ziana…
      semoga kak ziana sekeluarga dimurahkan rezeki.

    • aimannnnnn

      tahniah kak ziana,sy juga ada adik kembar lelaki perempuan.harap kak ziana
      banyak bersabar dlm membesarkan ank kembar kakak.

    • ISTERI

      sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sgt ziana zainnnnnnnnn…nk baby kembar gaks mcm ziana……ahaksss :)

    • sweet

      syukur alhamdulillah bt kak ziana
      bestnyaaaa dpt ank kembar…
      sy pun teringin gak ank kembar..hehhe
      smoga kak ziana hepy di sisi ank2 tersyng

    • http://- Pemerhati

      Salam… Tahniah kak ZZ….saya minat giler kat akak…skg umur dah 29 thun.. minat akak masa darjah 4 lagi…pada saya kak zz adalah penyanyi no 1 malaysia..tiada tandingan…..cuma yg cemburu jer kutuk akak kesayangan aku ni… Semoga kak ziana sihat brsama bayi2 comel… bila nak kuar album baru ni…………rindu sangat dah nak dengar alunan suara merdu power kak ziana

    • ema

      akum kak ziana. syukur alhamdulullah akak selamat melahirkan anakdengan sihat. tahniah…sy dari kecils sampai skrg ni peminat setia akak ziana. akak no1 bg sy….ape pun akak jaga kesihatan baik..sy sentiasa doakan kesihatan akak dan anak2….semoga akak berbahagia selamanya….salam syang rindu dr sy yg jauh. mmmuuuaaahhh

    • khairul

      assalamualaikum…..hai kpd semua peminat kak GeE….sama2 kita doakan semoga kesihatan kak gEE n anak2 sihat selalu…….semoga kak GEE cepat2 sihat dan kembali aktif…rindu suara kak gEE…..dan xsabar nk tgk kak GEE belakon dlm “MAGIKA” bersama maWi………..harapan saya…kak gee sentiasa happY dan ceria2 slalu…..

    • ajaq

      Alhamdulillah,. syukur ke hadratNya yang kak ziana selamat melahirkan anak kembar. semoga sihat ketiga-tiganya…….dan kami sentiasa menantikan kemunculan terbaru……sentiasa merindukan alunan suara akak……

    • zainuni zin

      tahniah kak ziana…..bestnyer dapat kembar….

    • faiz

      sayang gile kt ziana zain
      cptla kuar album br… xsbr nk tggu
      bila bt cmeback nnt biar meletop tau
      buat sehabis baik
      klu bole menang album terbaik kt AIM n AJL
      xnk kuar single lg… trus kuar album penuh br puas
      muuaaaah

    • zue@81

      congratulation!!!!!!!!!!!!!!!!!semoga akak n family chat slalu.

    • dell

      xsbar nk tgok twin kak G kitew..

    • dell

      love kak ziana

    • sazwani

      congratulations…syukur pd yg esa,amin.saya peminat setia ziana zain yg top anggun jelita.kalau lah dapat tengok ziana n baby kembar kat tv best comel saya suka kakak ziana…idola mama

    • http://www.publicmutual.com.my Honeybee

      Budiey .. any latest news frm Kak ZZ? Nk tgok gmbar da twins.. plizzz…

    • aliaa

      MANA GAMBAR ANAK DIE!!!!!!!!!!!!!!

    • zizieyan

      asalamualaikum,kak ziana i like u coz u very a good singer in industri,andd i hope u succes in u carier.kak ziana congratulation coz u can twin children in your life……i hope u can happy always in u family …..
      k la kak ziana take care always and u dont give up in industri

    • farah puchong

      nape tak tnjok pic ank dyer…..

    • farah puchong

      haha jom knal2….
      farah suka karoke lagu kak ziana…….
      hope ank dia mcm mama dia…..
      amin……..
      sape nak kinal2 juz call ek…
      alow stakat main mizcall2 takde mse nak lyan………… 0126379562

    • NONA

      tahniah kak ziana…nona sendiri baru jer melahirkan anak yg ke 3 pd 14 Ogos lalu…baby girl…moga bahagia sepanjang hayat bersama anak2 dan suami tercinta…love kak ziana…

    • http://google hotmummy

      tahniah atsas kelahiran anak kembar kakziana.mesti kak ziana tengah busy menguruskan anak anakkak ziana kan……hehehe anyway take care

    • sharmiesha omar

      tahniah kak ziana…tentu best kan dpt ank kembar..bila nak siar pic ank2 kak ziana?..hrp2 1 hr nti pun sya akn dpt rezki spt kak ziana..pa pun semoga bahagia disamping ank2 dan suami yang setia…

    • alin

      tahniah kak ziana zain…..aku mmg mnt giler kt akk ziana zain.Aku rsa x sbr nk tgk muka ank akk ziana zian kite nie..

    • chuwa

      tahniah kat akk zz…aku mmg mnt giler kt akk zz

    • http://nil lynn sunny

      salam tahniah buat ziana dan suami serta kedua2 belah pihak keluarga… alhamdulillah syukur kehadrat Allah dgn lahirnya Anak kembar ziana akan menambahkan lagi keharmonian rumahtangga kalian.. begitu juga dgn kedua2 datuk dan nenek mereka pasti terhibur dgn gelagat mereka bila dah membesar… semuga anak2 kalian semua dlm keadaan sihat dari yg sulung sampai si kembar.. Semuga tiada yg gangu keharmonian dlm keluarga anda… Tahniah sekali lagi… harap sentiasa happy dan senyum2lah selalu… hehehe…dari saya lynn sunny @singapura..

    • azura@noi

      tahniah kak ziana, taksabarlah nak tengok gambar anak kak ziana.. mesti comel… semoga baby chat ye & diharap family kak ziana akan bahagia dan rezaki kak ziana akan bertambah selalu….. amin….

    • rozi

      tahniah………………………..

    • syfigee

      tahniah wat kak ziana moga2 baby sentaisa sihat.saya pun sama cam kak ziana gak wat

    • http://youtube Siti Rahimah Abd Hassim

      Tahniah wt kak ziana…..cz dpt baby twinn..cute sgt2222…cm kak ziana baaa,..love u so much! moga bahgia hingga ke anak cucu……!

    • http://FAZLINDA ZIANA ZAIN

      HAI APA KHABAR ANAK COMEL

    • Haliza

      tahniah sy ucpkn sy dr dlu meminati ziana tk kira apa pun org nk kta sy ttp sokong ziana

    • http://Google Mixlisiana

      Terima kasih ya allah,keranamu ziana zain selamat melahirkan bayi yang kembar.ziana jangan jadi nenek kebayan lagi tau.nanti baby mu pasti jadi nenek.*

    • http://Google Mixlisiana

      Terima kasih ya allah.kerana ziana zain selamat melahirkan.

    • http://Google Mixlisiana

      Maaf kak ziana zain kerana ucap kakak nenek kebayan jangan ambil hati kak.tahniah kak ziana.semoga kakak ziana panjang umur.kak ziana mesti cepat siarkan gambar baby kak ziana k.kerana saya nak download ni.kak dah bagi nama kah baby kak ziana.semoga baby kakak jadi pelakon macam kakak ziana zain.tahniah……….saya peminat kak zain.kalau kak ziana nyanyi pasti ada banyak peminat.

    • http://Google Helen

      Tahniah

    • http://Google Cute sal

      Kak ziana cepatlah pamerkan baby kembar kak ziana tu pasti cute.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK