in

Gambar Anak Ke-3 Fazley Yaakob Bernama Piyush

Penyanyi dan pakar motivasi berjaya, Fazley Yaakob telah mengumumkan tentang kelahiran anak yang ke-tiga hasil perkongsian hidupnya dengan isterinya Azrene Soraya pada semalam, 9hb September 2011 (bersamaan 11 Syawal 1432). Budiey.com mengucapkan tahniah buat Fazley dan isteri atas kelahiran anak ke-3 ini.

Bayi lelaki berlesung-pipit di pipi ini diberi nama timangan ‘Piyush’ dilahirkan 9 September di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Berat ‘Piyush’ dirakamkan pada 3.3kg.

anak fazley yaakub puyish

Kelahiran bayi ini lebih istimewa kerana ia merupakan anak ke-tiga dan juga anak lelaki ke-tiga untuk Fazley yang berusia 33 tahun ini. ‘Piyush’ merupakan cucu ke-empat kepada Dato Yaakob dan Datin Ummi. Mereka sekeluarga juga bakal menimang cucu ke-lima dalam beberapa jam lagi. Isteri kepada adik ke-tiga Fazley, iaitu Faizal, akan melahirkan untuk kali pertama hari ini juga.

Adik ke-dua Fazley, Faradilla juga kini mengandung untuk kali kedua. Ia bakal menjadi cucu ke-enam untuk kedua orang tua Fazley. Fazley mempunyai satu adik bongsu, Nadia, yang masih di bangku sekolah.

Ini merupakan anak Syawal kedua untuk Fazley selepas anaknya yang pertama Ahmad Fariedz (Payish) yang berusia 2 tahun 11 bulan yang turut dilahirkan pada bulan Syawal. Anak kedua Fazley, Ahmad Fieradz (Piyash) kini berusia 1 tahun 5 bulan.

Semua keluarga Fazley teruja sejak malam tadi kerana menanti kedatangan dua anak Syawal secara serentak.

Nama penuhnya ‘Piyush’ akan diumumkan hanya setelah didaftar kelahirannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Cinta Elysa & Jiwa Lara

Album Kompilasi OMG Gempak