Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Anak Erra Fazira Hanya Boleh Diambil Masa Majlis Aqiqah Cukur Jambul



Pada jam 3 petang, 30 Mac 2009, sidang media telah diadakan oleh suami Erra Fazira di lobi Damansara Specialist Center. Namun, para media tidak dapat merakamkan gambar bayi perempuan Erra Fazira yang lahir pada 11.40 pagi atas alasan tidak mahu menganggu privasi bayi. 

Gambar bayi dapat diambil masa majlis aqiqah dan cukur jambul yang akan diadakan selepas Erra habis pantang. Erra dan Aleesya akan berada di hospital dalam tempoh dua hari ini dan dijaga oleh ibunya dan ibu Emran dalam masa dua bulan ini di kediaman mereka. Kelahiran Aleesya disambut oleh Konsultan Obstetrician & Gynaecologist Dr. Gunasegaran PT Rajan yang dipilih oleh Erra sendiri.

“Agak sulit juga untuk saya membenarkan pihak media merakamkan gambar Aleesya hari ini kerana doktor juga menasihatkan kami supaya tidak menganggu keadaan bayi demi menjaga privasinya yang masih kecil.”

Apakah perasaan apabila dah bergelar bapa?

“Saya rasa seperti ajaib lebih-lebih lagi apabila melihat satu nyawa dilahirkan di depan mata. Syukur, Erra dipermudahkan untuk bersalinkan  Aleesya dengan mengambil masa kira-kira 20 minit.”

Sebelum ini, Emran pernah bernazar untuk memotong rambut pendek selepas Erra selamat melahirkan bayi sulungnya itu. Jadi, dia akan membayar nazarnya itu pada hari ini.

Bagaimana pula dengan tawaran produser David Teo yang mahu mengambil anak Erra dan Emran berlakon dalam sekuel drama lakonan Erra, Mertua Vs Menantu yang sedang disiarkan di Astro Prima untuk musim akan datang?

“Saya rasa tak sesuai jika dedahkan Aleesya kerana dia masih kecil. Saya minta produksi supaya mencari bayi lain. Kalau boleh saya juga tidak menggalakkan anak untuk menceburi dunia seni ini. Biarlah ibunya sahaja yang menjadi artis kerana industri seni ini bukannya manis sepanjang masa. Banyak kerja lain lagi yang dia boleh terokai. Selebihnya saya serahkan kepada mak dia untuk nasihatkan. Mana tau Aleesya akan bergelar seorang pemain golf yang berjaya kerana ibunya suka bermain golf sewaktu hamil.”

Menurut Emran, Erra dijangka akan berehat selama dua bulan daripada karier seninya. [sumber]

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Anak Erra Fazira di Majlis Cukur Jambul
  • Gambar Anak Nora Danish di Majlis Aqiqah
  • Gambar Aleesya Anak Erra Fazira Terbaru 2010
  • Gambar Erra Fazira di Karpet Merah Anugerah Skrin 2011
  • Gambar Erra Fazira Serba Ungu di Red Carpet FFM23
  • Gambar Erra Fazira Diraikan Erra Arts Club
  • Gambar Erra Fazira di Fashion Show Raya 5Stars
  • Gambar Fesyen Erra Fazira Rekaan Hatta Dolmat
  • Erra Fazira Hamil Anak Pertama?
  • Gambar Erra Fazira di Karpet Merah Anugerah Skrin 2010



    • aten_zone

      xsabarnya nk tunggu erra habis pantang.. nk tgok muka baby yg tiut-miut..
      hehe.. :D

    • intan

      wah budiey,kiranya para peminat Erra dpt tengok gambar2 yg paling terawal gitu.cayalah budiey.Tulah sbbnya kami sayang awak.Anyway, seronok tengok wajah bapak budak yg happy sakan tu.Kita pun tumpang gembira gak.Memang wajar Engku tidak membenarkan popularity baby dipergunakan olih org2 tertentu.Bagus Engku.Memang Engku seorg yg tegas.

    • Ntahla….

      Wah!..seronoknya dah jd daddy ni..tp ingatlah…bermulanya cabaran menjadi ibubapa…moga dpt mmberikan didikan yg smpurna kpd anakmu kelak….

    • NONA

      KAT KOSMO ADA ULASAN PENUH BERKAITAN PROSES KELAHIRAN ANAK MEREKA…WALAUPUN AKU DAH ADA DUA ANAK N BAKAL LAHIRKAN ANAK KE 3 BULAN OGOS NANTI..DAN DAH BIASA DENGAR CITER ORG BERSALIN NIH..AKU TETAP FEEL SOMETHING ABOUT THEIR XPERIANCE..
      AKU RASA ERRA MELALUI CATATAN PERJALANAN HIDUP YG PENUH THRILL N SUKA DAN DUKA..MANIS, PAHIT, MASAM..SUMER CUKUP..N NOW SHE DESERVE IT..LUPAKAN SAJA KISAH SILAM..CAUSE MUNGKIN JUGA DIA TAKKAN BAHAGIA DGN INSAN2 YG PERNAH BERSAMANYA..ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YG TERBAIK UTK HAMBANYA..SELEPAS APA YG DIA LALUI..NAH INI GANJARAN DIA ATAS SEMANGAT CEKALNYA..MOGA ERRA KEKAL BAHAGIA HENDAKNYA..AMIN..
      HU HU..

    • NONA

      BILA LA PLAK SI UMIE AIDA NK KAWIN N ADA ANAK NIH..SI NASHA AZIZ PUN SAMA..LAMA SGT NANTI TK SEMPAT LAK NK BERANAK..HU HU..BUDIEY..KO PINANG JER LA ANTARA DUA ORG TUH..MESTI DPT ANAK YG CHINESE LOOK..

    • SPORTY

      Kita hormati permintaan mereka.Bagus Erra & Emran ni.Tak terhegeh – hegeh nak ambil kesempatan mencari publisiti dengan berita kelahiran anak sulung mereka.Malah kagum dengan pendirian mereka yang sepakat tidak mahu anak menjadi artis…..

    • tadzmahal

      tahnia buat erra dan suami. saya dah lama menunggu kelahiran anak erra dan suaminya yang hansome tu. mesti anak dia comel kan.

    • tadzmahal

      siti bila lagi? anak siti ngan datuk k pun mesti comel.

    • http://support@firstclick.com.my deq yang

      bagus la 2,lagi pown baby dowang masih kecil lg x kan nak terus amik gambar je kan…x mcam da setengah2 orang 2 cepat sangat nak mik gambar ank.tggu la besar sikit kan.yang penting erra dan husband happy..

    • hype

      “siti bila lagi?”, pls la..kalo siti mengandung nnt kecoh plak, ntah-ntah nnt siti jual gmbr anak dia..biasa la diakan nak buat kononnye dia high class celebrity ikut style hollywood..sbb tu tudung pun tak mo pakai nnt xde class dia kata.

    • NUR

      Wah cerianya tengok muka suami Erra ni..semalam dah potong rambut ye bayar nazar.Macam mana la rupa sekarang ye? hehe.Apapun memang tabik la….memang satu ‘KEAJAIBAN 4.04 KG LAHIR NORMAL’….selalu kalau besar macam tu mesti dah kena bedah..

      Menyifatkan mulut anaknya seperti mulut Erra yang muncung dan kulitnya berwarna putih dengan sedikit merah jambu, Emran masih belum boleh melihat wajah anaknya itu iras wajahnya atau Erra. Wartawan yang berpeluang melihat anaknya, akui bayi itu memiliki mulut seperti Erra dan memiliki sepasang mata yang bundar.

      Emran yang sudah bersedia dari segi fizikal dan mental sebenarnya mahu tiga atau empat orang anak. Maka memandangkan usia Erra, Emran mahu Erra lahirkan anak lagi dalam masa terdekat. “Kalau boleh jangan rehat lama sangat. Usia Erra pun bukan muda lagi,” terang Emran:-)

      sumber : Kosmo 31/3/09

    • june

      makin bulat engku ni eh..takpe ler janji bahagia…

    • NUR

      Bezakan foto masa Engku Emran ni bujang dengan dah kahwin ni.hehehe.Malah sejak Erra hamil dia pun sama naik badan dengan Erra.Xpelah…..janji bahagia.Kalau lelaki asyik bergaya je pun rimas gak tengok

    • Kea_Pattani

      Tahniah buat Erra dan Engku Emran……diatas kelahiran baby baru…he!!!!!Baby tu comel macam mum and dad dia…Dan saya doakan semoga mendapat baby …… ramai-ramai.

    • miera

      hmm x sbr nk tgk muka baby erra ngan Engku emran..dh ktenya mta bundar kulit mulus merah jambu..wah msti comel sgt…cpt la erra hbs pantang exited sgt nk tgk muka baby..smoga erra skluarga bahagia hendankye dgn klahiran aleesya..AMIN…

    • NAK KOMEN

      lambatnya rasa masa berputar…..mesti makin montel dah Engku Aleesya sekarang dah lebih 2 minggu lahir:-) Tak sabar nak tengok.Mesti sama comel macam anak Eizlan dan Yassin…..mata bulat:-)

    • SPORTY

      “Aleesya persis Erra Fazira ”

      “Saya sudah tengok anak Erra baru-baru ini. Saya lihat bibir dan mata Aleesya saling tak tumpah macam Erra,” kata seorang deejay Suria FM.

      Sumber: http://www.manggaonline.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1629:aleesya-persis-erra-fazira&catid=34:berita-selebriti&Itemid=53

    • http://zaty_gurl92@yahoo.com zaty

      woowowoowow……..
      ERRA FAZIRA AND ENGKU EMRAN..
      congrats yeaa…. dapat baby gurl
      g taw..!!! huhh… mesty baby 2 pon
      comel cam sis erra taw..!!!
      heehheehe…….!!!!! x sabar lak
      i nak tengok baby sis erra taw..!!!!
      jage kesihatan sis erra yeaahhh…
      and bro engku pon jage sis erra
      baek2…!!!!!1 sis erra… HOT MUMMY..
      LUV U SIS ERRA….

    • http://ana_muslim@homail.com ana_muslim

      assalamualaikum….apa2pun….mabruk ala kum sebab dah apat cahaya mata yang sulung…..moga bahgia selau……….wassalam…..

    • nurulema

      salam…. biarpun penantian satu penyiksaan…hakikatnya semua xsabar nak tengok erra kembali selepas bergelar ibu..love ya’ .. lovely mama…’..

    • SPORTY

      HAPPY MOTHER DAY ERRA FAZIRA:=) DAH SEBULAN LEBIH KAN BABY…BILA NAK BUAT MAJLIS CUKUR JAMBUL…..X SABAR DAH NAK TENGOK…KEMBALI BERLAKON DRAMA MERTUA VS MENANTU MUSIM 2…SEJAK DAH HABIS MUSIM 1…..DAH LAMA X TENGOK DRAMA TV..

    • mrs lee

      apa salah nya bg peminat tgok pic ank meraka kedekut sgat

    • SPORTY

      Hari ni dah habis pantang 44 hari kan ??? Bila nak buat majlis cukur jambul?? x sabar dah nak tengok baby…..

    • http://TAHNIAH su8017

      TAHNIAH,smga bahagia dgn adanya cahaya mta pertama ni.tak sbr nak tgk baby erra fazira.

    • http://comel anisa suraya

      wah gambar anak erra fazirah ni comel lah ,,,,,,,.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK