Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Amy Search & Norish Bertudung Mahu Umrah Lagi



Amy Search Dah Bertaubat?
Ada sesetengah artis akan berubah selepas mengerjakan umrah dan haji. Ada juga yang sebaliknya. Malah bertambah seksi dan tak serik bikin kontroversi. Itu hal mereka dengan Tuhan. Kadang-kadang, kalau dah tersurat, hati manusia ni berubah dalam sekelip mata.

amy search

Budiey ada terbaca baru-baru ini Amy Search berubah sakan sekembalinya dari umrah pada bulan Mei 2007. Masa tu, ramai terkejut juga. Amy Search dan isterinya, Hasniza Hassan atau mesra dipanggil Norish yang dah bertudung tu pergi buat umrah. Benda tu tak pelik sebenarnya. Macam Budiey cakap tadi, Tuhan boleh beri hidayah bila-bila masa saja. Baguslah tu kan.

Amy jarang dilihat di majlis hiburan dan tak pandang sangat untuk berhibur. Tapi Showcase Search di Planet Hollywood lalu, Amy tetap jadi otai rock & roll yang funky munky. Meletop show Amy sampai dijulang oleh peminat.

isteri amy search bertudung

Dulu pernah Amy kata, “Aku manusia yang tahu rasa sedih, kecewa dan penat.” Mungkin perubahan ini yang dimaksudkannnya. Perubahan yang ketara, Amy Search banyak melakukan ibadat dan bersedekah serta berbual tentang perkara keagamaan. Kini dilaporkan Amy giat aktif berdakwah sesama rockers lain untuk buat umrah. Kiranya Amy adalah penganjur untuk rakan rocker lain. Antara yang dah bersetuju ialah Man Kidal. Wah! Ini dah bagus.

Kata Amy tentang ibadah umrahnya;

‘Dalam sibuk beribadat, masih ada orang sempat memperlekehkan insan lain. Saya terdengar perbualan seseorang mempertikaikan kehadiran saya di tanah suci. Barangkali maksudnya saya ini penyanyi, maka wang yang saya perolehi tidak halal. Alhamdulillah, saya sedikit pun tidak melenting kerana umrah urusan saya dengan Yang Maha Esa. Dia Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Bijaksana. Sama ada saya diterima atau tidak, itu hak Allah. Yang pasti, sewaktu mengambil keputusan ini dulu, hati saya sudah bulat dan saya berserah dengan apa pun dugaan yang bakal ditempuhi,’ luah Amy dalam laporan akhbar Harian Metro.

Paling seronoknya sepanjang mengerjakan umrah saya dapat sembahyang Jumaat dua kali iaitu di Masjid Nabawi, Madinah, dan Masjidil Haram, Makkah. Selama empat hari di Madinah, saya berpeluang solat di Raudhah, salah satu taman syurga. Bukan mudah merebut peluang bersembahyang di Raudhah kerana kawasannya amat terhad dan tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai,.Ia cukup indah hingga saya menangis. Selesai berehat, saya terus melakukan tawaf. Saya juga mengorbankan rambut. Malah saya berikrar mahu kekal dengan imej begini selama-lamanya kerana dengan cara ini hati saya sentiasa terkenangkan Makkah.

Mengenai doanya ketika di Makkah, Amy berkata, beliau memohon kepada Allah swt agar ditetapkan hatinya supaya tidak malas bersolat dan mematuhi segala yang termaktub dalam Rukun Islam dan Rukun Iman.

Kalau dulu orang kata Amy Search wild, buas berparti dan bersosial? Kini, tidak lagi! Alhamdulilah…

[tags]gambar norish bertudung, amy search umrah, haji mabrur, gambar artis haji, gambar artis seksi, gambar amy search konsert, fesyen bertudung hari raya, fesyen hari raya baju kebaya, makkah, madinah, rukun islam, rukun iman, man kidal, gambar man kidal, ikon rock, gambar artis party, gambar anak sheila majid khalida, gambar rita rudaini pakwe, gambar aidil zakuan dan rita rudaini, gambar siti nurhaliza terbaru, gambar norish bertudung, amy search umrah, haji mabrur, gambar artis haji, gambar artis seksi, gambar amy search konsert, fesyen bertudung hari raya, fesyen hari raya baju kebaya[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Norish Karman di Anugerah Skrin
  • Gambar Irma Hasmie Bertudung di Malam Gala ABP Rafflesia
  • Gambar Nikki Bertudung di Majlis Nikah Ning
  • Keputusan Permohonan Norish Karman 20 Ogos Ini
  • Gambar Sheila Rusly Bertudung
  • Gambar Salima AF Tidak Bertudung
  • Gambar Anuar Zain Superimpose Bertudung Tersebar di Internet
  • Ucapan Aidilfitri & Temubual Raya Bersama Norish Karman
  • Gambar Amy Search di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Gambar Siti Nurhaliza Bertudung di LOAF Grand Ceremony



    • Nor

      Syukur alhamdulillah…
      cantik isterinya pakai tudung tu…
      kan manis camtu…

    • Piah Seberang

      Aisey Bang Amy dan Kak Norish.. Piah salute you two especially bang Amy. Inilah kebesaran yg Esa. Bila telah di buka pintu hati seseorg tu ke arah keimanan, maka pelahan-lahan, kesedaran tu pun tiba.

      All the best Bang Amy.

    • Mr. Saleh B Esmarah.

      bagus lah mcamtu. jarang sekali artis kalau dah popular masih ingat tuhan.
      alhamdullilah dan tahniah buat Amy. Gua makin minat kat u.Dahlah lagu-lagu u memikat ditambah pla dengan rohani u tenang semoga u di kurniakan hidayah dan rezeki dari tuhan. Amin.

    • loudness

      bini amy dah pakai tudung, bini pak lah bila lagi?

    • zyl

      alhamdulillah……semoga kekal dgn imej baru….tak mcm pasangan celebriti…tu cerai…je tudung pun terbang…mcm tak ikhlas….

    • SIN

      LEGA DEN TGOK..GAMBAR NI..SEJUK MATA MEMANDANG..SALUTE LA ABG AMYY..HOPE BAHAGIA KE AKHIR HAYAT

    • kak ita

      “SYUKUR ALHAMDULILLAH…………”AMIN.

    • http://AS APIS

      ASASASAS
      BEST KAN DAH KAHWIN

    • comel

      alhamdulillah..manis sangat wife amy bertudung…moga2 kekal amy & norish berpenampilan camtu..bukan macam sesetengah artis tu…dan bertahun kata nak brtudung…satu malaya kecoh….nak buat baik tak perlu kecoh…yg penting niat ikhlas…

    • http://yahoo.com erwin

      aku dari negri tetengga indonesia kapan lagu – lagu malaysia datang lagi ke indonesia kami tunggu loh….thanks

    • http://yahoo.com.my jeffrey linggai anak majin

      amy kau no satu.rock luaran hakikatnya dlm diri sendiri

    • Boong

      Amy, saya sanjung tinggi perubahan Amy. Alhamdulillah. Saya akan sentiasa support Search sampai bila bila. Search forever….

    • microkernel

      kami sentiasa support bro Amy…
      Lagi Rock bro kekalkan imej cam skarang nie..Alhamdulillah
      succes!

    • http://assalammualaikumrocker!!!! mazli

      apa pun sy tetap sokong apa jua keputusan amy.tapi bagus lah kita rock2 juga kan,tapi ingat lah tuhan tu beb….

    • ejja

      sy btol2 minat dgn amy dr sy kecik lg. bile tgk die dh b’ubah hya satu ayat saja yg telintas.. ALHAMDULILLAH.. moge berkekalan hga ke akhir hayat..

    • http://afham.blogmas.com afham

      tahniah amy!!

    • Ino fahrino

      Hallo amy, saya from Indonesia. Apa kabarnya

    • http://tiblakedah.blogspot.com Teratak Impian Bukit Lala

      Besok belum pasti ada.
      “Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah necaya dia akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan akan melipatgandakan pahala baginya”

      (Maksud quraan Surah at-Thalaq:5)

    • Ena

      syukur alhamdulillah Amy…air mata saya mengalir melihat perubahan mu.

    • kid

      pweeeeettt…syukur alhamdulilah..gua caya sama lu amy..saya ni dri kecik minat kat amy..saya ni org sabah ba..bila kgi mok buat konsert di sabah???????

    • MEGATRON

      Assalamualaikum bro Amy !!

      Alhamdulillah dengan perubahan yang berlaku, semuanya dengan kehendak Allah jua, Dia berhak memberi hidayah dan rahmat pada siapa yang dikehendakiNya, Bertambah semangatku untuk lebih mengabdikan diri pada yang Esa dan melipat gandakan ibadahku……Allahhuakbar, Allahhuakbar, Allahhuakbar…..

    • suhaimi

      Tahniah amy ! tak sangka saya rockers yang begitu hebat dan tersohor di rantau ini akan berubah.teruskan perjuangan amy…harap-harap lepas ni amy dan boleh bikin satu album lagi yang menggambarkan perubahan dan kematangan amy dan search ok..rock masih rock ,tapi rock itu pada dunia saja.

    • Boy

      Salaam bro…

      Amy semakin melengkapi attitude seorang insan yang baik di alam fana ini..syukur sebanyaknya..u are still my idol!!

    • omisan

      Saya mempunyai lagu/lirik untuk amy…bagaimana menghantar lagu tersebut…terima kasih.

    • kabut

      Allahhuakbar, Allahhuakbar, Allahhuakbar… Teruskan dakwah kejalan-Nya Bro Amy…Kami sentiasa menyokong…

    • aleya

      ak mmg minat glew r dgn amy nih..dri dlu smp r skunk n insyaALLAH smp bl2.. mase anak dye kawen ari2,ak g..smpt la jmpe dye..wlupon dri dkt die ttp nmpk muda&low profile..wife die pon cun abes.. kdg2 artis ni kt tv je cantik kn..tp dowang laki bini ni mmg cantik natural..geram ak tgk..cayalah.. pheeeeeewit…

    • ilham

      salam bg amy..u mmg best grup u lahir same ngan tahun sy lahir…lagu plg best balad pemuzik jalanan….

    • sabar

      asalamualaikum………………syabas amy ,untuk kearah kebaikan kami sokong,untuk dunia dan akhirat,nak ajak amy buat show kat kampung kami sambil berdakwah

    • apai dadeh segar

      INILAH KEBESARAN ALLAH…..DIA MAHA MENGHENDAKI. SYABAS ABG AMY SBB TERPILIH OLEH ALLAH. HAMPIR MENITIS AIRMATA INI MELIHAT PERUBAHANMU.KAU TAK MAHU PUBLISITI YANG KAU MENDAPAT HIDAYAH.TERUSKAN BERSIFAT RENDAH HATI…..KAMI SUKA NGAT.

    • http://mashariadi-zuraida.blogspot.com/ mashariadi

      Aku juga peminat fanatik Amy Search. Kali terakhir aku lihat Amy secara live bukan di konsert tapi di Majidil Quba, Madinah. Kini aku jua belajar menzuhudkan diri pada ALLAH TAALA. Aku sangat gembira melihat dia waktu itu. Tp aku kecewa melihat org-org fasik dan munafik sedaya-upaya menyeru Amy buat konsert di awan biru. Aku tahu amy sedang di duga. Ya Rab, Peliharalah kami drpd Hamba2mu ZALIM ini.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK