in

Gambar Akma AF & Farih Nikah

Bintang program realiti Akademi Fantasia iaitu Asiahtunakma Abdullah atau Akma, 27 tahun, kini sah bergelar isteri kepada Farih Hamshi Mohamad Fatmi, 28 tahun, dengan sekali lafaz sahaja.

Selamat pengantin baru buat Akma & suami. Semoga bahagia kekal hingga ke akhir hayat.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.30 pagi tadi (Sabtu).

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Akma iaitu Abdullah Abdul Rahim di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohammad.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Gambar Akma AF & Farith Nikah

Akma dan Farih selamat dinikahkan dengan sekali lafaz saje.

Pengantin perempuan menerima RM 300 sebagai mas kahwin dan RM15,000 sebagai wang hantaran daripada pihak lelaki.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas sembilan dulang.

Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Farih kepada Akma termasuklah jam tangan, tas tangan, kek, set penjagaan diri dan kain.

Manakala Akma membalas dengan sebentuk cincin, kasut, kemeja, set wangian, kek, buah-buahan dan kaca mata berserta pen.

Majlis resepsi disebelah pihak perempuan turut diadakan di tempat sama selepas majlis akad nikah.

Pasangan itu bakal diraikan pula disebelah pihak lelaki pada 3 Julai ini di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada pukul 8 malam.

Gambar Akma AF & Farith Nikah

Mempelai bergambar kenangan bersama ibu bapa masing-masing.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

My Hometown Short Films

Tom Cruise Katie Holmes Bercerai