Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Akhil Hayy dan Waheeda Bersanding



Tahniah! Terpancar di wajah pasangan selebriti ini begitu bahagia walaupun kontroversi yang datang hanyalah bersifat sementara. Akhirnya, keduanya telah disandingkan dalam satu majlis resepsi yang begitu meriah. Syukur!

Tak lewat kiranya untuk mengucapkan selamat pengantin baru buat Waheeda dan Akhil Hayy. Semoga terus bahagia hingga ke akhir hayat.

Akhil dan Waheeda menadah tangan kesyukuran di majlis resepsi perkahwinan mereka di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam.

RIAK ceria kedua mempelai, penceramah bebas dan penyanyi Akhil Hayy dengan penyanyi dan pelakon Waheeda menggambarkan mereka sedang berbahagia melayari bahtera perkahwinan ini. Pasangan yang dinikahkan pada 16 Ogos lalu ini nampak begitu mesra dan manja antara satu sama lain ketika majlis resepsi perkahwinan mereka yang berlangsung di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam, semalam.

Walaupun perkahwinan mereka sebelum ini berlangsung penuh ‘kontroversi’, namun majlis itu tetap meriah dengan kehadiran lebih 2,000 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, sanak saudara dan rakan taulan. Dengan konsep pelamin ‘stail Moroccan’ yang diilhamkan oleh kawan baik Waheeda iaitu Aim dari Magical Touch, pengantin perempuan bergaya dengan jubah hitam bersama tudung dan ‘veil’ kuning serta solekan nipis dengan sentuhannya sendiri manakala penganti lelaki segak dengan jubah seluar hitam.

Secara gurau bertanya di mana kopiah Akhil, dengan selamba dia menjawab ‘pakaian bukan melambangkan keimanan seseorang’. Namun begitu baginya, ‘inilah sebenarnya perkahwinan sebab dulu saya dan bekas isteri hanya bernikah sahaja dan tiada majlis resepsi seperti ini’.

“Ikutkan kami hanya nak buat majlis nikah dan makan-makan tetapi atas permintaan kedua-dua belah keluarga, kami akhirnya bersetuju untuk melakukan majlis resepsi ini. Kami bukannya bersanding tetapi lebih kepada mengeratkan silaturahim dan pelamin sekadar untuk bergambar,” tuturnya mengenai majlis yang turut dihadiri oleh penyanyi dan pelakon Mawi bersama isterinya, Ekin.

Secara spontan, Akhil mengusap lembut pipi Waheeda ketika temubual dilakukan dan isterinya itu hanya membalas dengan senyuman manja.

Tambah Akhil, “saya bersyukur sebab dia menjadi ‘ibu segera’ untuk anak-anak saya. Saya ambil dia sebagai amanah…

“Kami faham apa yang kami lalui sebelum ini dan bertuah juga kerana mempunyai keluarga yang turut memahami kami. Selepas berkahwin sekarang, saya tetap ‘maintain’ macam dulu dan mendambakan keluarga bahagia seperti orang lain..kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.”

Waheeda pula menyimpulkan dirinya lebih ‘terkawal’ setelah berkahwin dengan Akhil.

“Kalau dulu, iman dan nafsu saya berbolak-balik tetapi sekarang banyak yang saya pelajari dari suami seperti tanggungjawab kepada Allah, suami dan keluarga,” beritahunya dalam nada gembira.

Akhil tidak berniat memisahkan anak-anak

Ketika majlis itu berlangsung, hanya dua anak Akhil dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal yang berada bersamanya. Jelas Akhil, memang Siti Nur Maisarah, 12 dan Mohd Syarif Idayatullah, 11, tinggal bersamanya dan Waheeda di Damansara.

Ditanya tidakkah tindakannya itu boleh membuatkan dua anaknya itu terpisah dengan dua beradik lain, Mohd Syatiri Idayatullah, 2, dan Mohd Syakir Idayatullah, 8, yang kini tinggal bersama Maiza.Akhil sebelum itu memohon maaf terlebih dahulu kerana takut ada pihak lain yang terasa. Yang penting dia menjaga anak-anak yang berada di depan matanya dan biar Allah menentukan segalanya yang akan berlaku kemudian hari.

“Tiada bapa yang tidak ingat anak-anak.. perpisahan hanya berlaku antara ibu dan bapa, bukannya dengan anak-anak,” ujarnya ringkas.

Waheeda pula menambah, “Kami izinkan dua beradik itu untuk berhubung dengan adik-beradik yang lain kerana silaturahim itu penting.”

Penyanyi popular lagu ‘Wassini’ ini juga bersyukur kerana kedua anak Akhil menerima dirinya seadanya dan memanggilnya ‘mama’.  

“Alhamdulillah, saya terharu dengan penerimaan mereka. Setelah menjadi ibu kepada dua anak ini, saya semakin sibuk mengendalikan makan minum dan aktiviti harian mereka sehingga langsung tidak terfikir untuk kembali ke bidang seni. Walaupun mereka bukan anak kandung saya, saya tetap memberikan kasih sayang yang sama rata. Letih macamana pun, saya terpaksa berkorban demi kebahagiaan anak-anak ini,” beritahunya disusuli dengan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu menjayakan majlis ini termasuk Nasyid. Com.

Majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan dilangsungkan di Gopeng, Perak pada 7 November ini. [sumber]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Ustaz Akhil Hayy Kahwin Senyap-Senyap Dengan Waheeda ?
  • Penyanyi Waheeda dan Akhil Hayy Kahwin Pagi Ini
  • Gambar Maizawati Zainal Isteri Akhil Hayy
  • Quotes of The Day: “Cukuplah Menghukum Waheeda” – Akhil Hayy
  • Isteri Akhil Hayy Mahu Berpisah Tapi…
  • Akhil Hayy Akan Saman Blogger
  • Sekitar Pelancaran Album Akhil Hayy Nasyid Legenda 2
  • Gosip Ustaz Akhil Hayy Tidak Berdisiplin?
  • Akhil Hayy Jadi Pengacara Program Cubaan Astro Oasis
  • Gambar Waheeda dan Akhil Hayy Kahwin



    • bayubangang

      fuck ur assssssss bayuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..ko ngan akhill ngan waheeda boleh masuk kandang ba…………… sekali

    • anti bayu

      bayu……ko ada bakat jadi akhil hayy junior la…..cayalah

    • bayu

      antibayu- terimakasih! mudah mudahan, Insha’Allah Ta’ala minal’aminin. terimakasih di atas doa awak! :-)

    • ct kentut

      bayu….aku pun lawyer gak tp x penah free of charge….apa2pun aku emang menyampah tahap gaban pd pasangan ini….ckp x supe bikin….
      bayu….kau ni akhil ke wahida…..ganas semacam je jawapan komen2 kau….rileks ler….t

    • SitiTanjung

      To ctkentut….aku gelak baca komen hang yg hang ni lawyer – sempat hang tulis kat sini. Tapi aku setuju dgn hang pasal pasangan ni dua – naik menyampah, sudah terang ramai sgt tak suka mereka berdua ni.

    • al-keranji

      semuanya kerana sekeping tanah. aku pun takkan lepaskan peluang. rezeki datang bergolek. puaskan nafsu anda. memang kejadian manusia. barang baik be. tak payah naik feri ke Batam atau naik bas ke Hadyai. buat tambah dosa. ada sekeping tanah………kerjakan. syurga itu milik Allah. dan jangan lupa kita pun ada anak perempuan. teringat lagu lama: Mari kita ke ladang. tahniah ustaz………sekarang anda boleh START. kerjakan -Persatuan Untuk Kaum Ibu – tak payah makan nasi bungkus macam aku.

    • gua

      Pesan Rasulullah S.A.W, bersederhanalah dalam apa2 perkara sekali pun

      Kalau nak membenci, janganlah dibawa sampai ke mati
      Kalau menyanjungi, janganlah disanjung sehingga ke langit

      Setiap manusia ada kelemahannya, ada juga kelebihannya…

      Mungkin anda yang sekarang mengutuk ustaz dan waheeda merupakan salah seorang peminat fanatik mereka pada suatu masa dahulu… Mana tau kan.. Wallahu’alam…

      Sudah2lah…

      *segala apa yang saya tulis andai menyakiti hati sekalian harap dimaaf*

    • mat jelutong

      Kali pertama aku mengenalimu
      Mahu bersama
      Mahu bersama
      Raut wajahmu bersih
      Meyakinkan hati ini
      Aku terpaut

      Semua dusta palsu
      Aku tertipu
      Keperibadianmu
      Berubah menurut nafsu
      Panggilanmu gelaranmu
      Baru ku tahu

      Chorus
      Lakon layarmu hebat
      Terpukau ku melihat
      Isi hati murahan
      Sampai bila
      Kau mahu tersesat
      Tidak kau penat
      Hidup penuh muslihat
      Mahkotamu Raja Drama

      Kau masih berpura-pura
      Kata-katamu hanya propaganda
      Mengejar hijau ungu
      Mata kelabu
      Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
      Panggilanmu gelaranmu
      Baruku tahu

      Ulang Chorus

      Panggilanmu gelaranmu
      Baru ku tahu
      Kau bertapa
      Bagai maharaja di atas lembah
      Lakon layarmu yang terhebat
      Memukau mata melihat
      Tidak kau penat
      Hidup penuh dengan tipu muslihat
      Sampai bila Raja Drama
      Sampai bila Raja Drama

      Tidak kau penat
      Hidup penuh dengan tipu muslihat
      Sampai bila Raja Drama
      Sampai bila Raja Drama
      Tidak kau penat
      Hidup penuh dengan tipu muslihat

    • qaseh

      inilah yg dikatakan lumrah hidup…yang sempurna hanya Dia.. jgn biar amarah menguasai diri..Akhil dan waheeda juga manusia biasa… begitu juga maizawati.. Jika ini pilihan akhil mungkin juga ujian buatnya… jika ini ketentuan maiza mungkin ini juga ujian buatnya… Allah Maha Pengasih dan Penyayang… Kebahagiaan tidak semestinya manis dan kesengsaraan tidak semestinya pahit…

    • hamba ALLAH

      kite sebagai orng ISLAM harus sentiasa bersangka baik sesama manusia
      kerana kita adalah sam2 makhluk yg d ciptakan ALLAH. xperlu lah nk menghukum seseorg dn menghina sedemikian.. dah la berdosa hina,kutuk lagi… korang mmg baik,krn mmberi mereka pahala yg xperlu mereka lakukan..
      ingat la,kite ni manusia,die pun manusia,musuh kite semua same.. tahukan musuh kite sape?
      ermmm, bile kite memehami ape itu ISLAM, kite akan memahami ape itu kehidupan..

    • leydza anna

      aku dulu miiinat sgt kat waheeda nie…tp bila dia dah kawin ngan suami org tu yg buat aku dah x minat kat dia nie…buat malu ja lah….dia belum rasa lg mcmana rasanya klu suami kawin len….huh….dia x kecian kat ngan anak bekas bni laki dia tu ka….pikae kn prasaan sendiri ja dia nie….

    • tinazack

      sem0ga sejarah x berulang kembali..doakn yg tbaik utk yg teraniaya…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK