Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Aizat dan Faizal Tahir di Sidang Media Konsert Satu Suara



Hadir dengan lengkap memakai baju sut ala military rekaan kreatif Rizman Ruzaini, dua orang penyanyi yang baru menang AJL24 ini hadir di Suasar Pualam, Istana Budaya untuk sidang akhbar Konsert Satu Suara.

Ternyata, mereka berdua berdebar-debar menantikan saat di mana mereka perlu mengerah keringat untuk perform selama 3 malam berturut.

Faizal Tahir yang masih lagi bertongkat dan Aizat dengan keadaan kesihatan yang kini sudah stabil setelah dimasukkan ke hospital beberapa hari sebelum hari jadinya yang lalu… ternyata tidak memberi halangan untuk mereka memberikan yang terbaik untuk peminat.

Apa yang menarik minat Dato’ Siti Nurhaliza mengambil mereka untuk konsert pertama terbitan SNP?

Mereka bukan saja dah menang dalam AJL… oh itu kebetulan saje ya. Tapi menurut Siti Nurhaliza, bakat semulajadi mereka, di mana mereka bukan saje ada bakat buat lagu tulis lirik tapi mereka juga boleh bermain alat muzik. Profil mereka pun memang dah mencapai high class artis kerana dah banyak menang anugerah dan pengiktirafan. Ikut kata, Faizal Tahir yang mengaku dirinya dah tua, Aizat masih jauh perjalanannya dalam industri muzik.

AIZAT NAFI SAKIT SEBAB SEDUT LEMAK

Bercakap pasal Aizat, di sidang media itu juga Aizat telah menyatakan sebab dia dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri beberapa hari lalu. Aizat secara tegas menafikan beliau sakit sebab buat pembedahan sedut lemak atau (liposuction).

Katanya:

“Pada awalnya saya hanya sakit perut, namun selepas ke hospital doktor beritahu saya mempunyai masalah pembuangan air besar dan terpaksa melakukan pembedahan kecil.

“Tapi ia tiada kaitan dengan diet yang saya amalkan. Doktor beritahu ia berkaitan dengan pemakanan saya, ditambah dengan tidak cukup rehat dan tidur.

“Selain itu, saya akui tekanan semasa membuat persiapan Anugerah Juara Lagu (AJL) juga memberi kesan kepada kesihatan saya.”

“Ini kali pertama saya masuk hospital dan kali pertama sambut hari jadi di hospital, Insya-Allah selepas ini saya akan lebih menjaga kesihatan.”

Semua ini satu pakej yang dinilai. Mungkin akan datang, SNP akan mengambil artis lain pula. Bukannya mereka ini anak emas SNP. Sebenarnya, tulang belakang projek ini adalah pengurus Dato’ Siti Nurhaliza sendiri iaitu Kak Rozi. Beliau yang banyak mengerah keringat memastikan konsert ini jadi nyata.

Aizat dan Faizal Tahir diberikan segmen solo untuk masing-masing perform. Kemudian ada segmen di mana vokal mantap mereka bertiga digabungkan dalam satu – dua lagu. Juga kalau korang nak tengok Aizat dan Faizal Tahir nyanyi lagu Siti, hah… dalam konsert ini mereka bikin satu kejutan untuk peminat.

Dato’ Siti Nurhaliza yang sekadar penampilan khas hanya nyanyi 4 buah lagu secara medley.

Good luck buat ketiga-tiga bintang ikon ini. Semoga konsert ini sukses dan PECAH PANGGUNG!

Tiket Konsert Satu Suara ini telah mulai dijual dengan harga RM80, RM120, RM180, RM250 dan RM300.

Dan tiket pada malam Yayasan Aeon Malaysia iaitu pada 12 hb Februari dengan harga RM180, RM161, RM241, RM335 dan RM402.

Insyaallah, kalau takde aral melintang, Budiey pun akan ke Istana Budaya pada malam akhir iaitu 14 Feb untuk tengok lihat sendiri Aizat kasi gegar IB, Faizal Tahir pulak bikin gempak dengan superpowernya dan Siti pula tentu sekali akan tampi penuh pesona!

Korang dah beli tiket?

Tags: , ,

Tags: , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Aizat di Konsert Satu Suara di Istana Budaya
  • Siti Nurhaliza Terbit Konsert Aizat dan Faizal Tahir di Istana Budaya
  • Gambar Aizat di Majlis Pelancaran Album CTKD
  • Karnival & Konsert Suara Kami Anjuran Astro
  • Gambar Faizal Tahir di Konsert Satu Suara
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sidang Media Konsert Satu Suara
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Konsert Satu Suara
  • Faizal Tahir Tak Yakin Menang Separuh Akhir Muzik Muzik 25
  • Faizal Tahir, Aizat & Dato’ Siti Nurhaliza Fesyen Military Ala Michael Jackson
  • Rakaman Raya Fenomena Faizal Tahir Ahad Ini



    • sayang BB@FT

      terima kasih budiey

    • peminat

      Budiey… sy harap sgt konsert ini dilanjutkan ke 15hb

    • faith

      Terima kasih Budiey kerana mengongsikan gambar-gambar Faizal Tahir. Sangat dihargai. FT looks so sweet…

    • NONA

      THANKS BUDIEY..COZ FINALLY DPT GAK AKU NENGOK GAMBAR FAIZAL N AIZAT NIH..TUA YE FAIZAL..BUT STILL ENCEM N ROCK IN..PERCATURAN CT MEMANG TEPAT UTK BIKIN KONSERT DIA ORG NIH..HARAP FAIZAL (XPECIALLY) N AIZAT (BUDAK BAIK) SUKSESS DLM KONSERT TU NANTI…

    • Hamba Allah

      For FT: Tua2 anda ibarat sebiji kelapa…..makin tua makin berlemak dan banyak khasiatnya…
      For CT: Congrats coz berjaya gabungkan artis2 hebat dalam konsert anda…
      For Aizat: Kasi gegar beb…

    • Reen

      yeah dpt juga tix RM 80 di bhgn tepi depan stage…xsabar nk tgk konsert padal malam tu…

    • ain cute

      somoga aizat terus sukses…!!!!!!!!!!!!!!!!

    • http://faizanabeela.blogspot.com Beela RC

      yeah…Faizal Tahir, setua-tua anda, anda juga lah yg mwarnai prsada seni muzik tanah air..i love ur music.. i salute u,bro.. =)

    • http://cheka_fiz@yahoo.com cheka

      Aizat..Faizal Tahir….
      dua2 berbakat,dua2 suara merdu,dua2 ada kelebihan masing2..
      heee…sbb 2 aku suka sgt dgn korg berdua ni..
      klu di bagi peluang nak sgt jumpa..
      boleh tak aku kawen ngan korg.. jadi madu huhhuuu…..

    • ain_aizat

      aizat..love u



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK