in

Gambar Ahmad Dhani di Pelancaran Album Muhammad Dhani & The Swinger

Pada 29 Oktober lalu, telah berlangsung Majlis Sidang Media dan Pelancaran Album Muhammad Dhani dan The Swinger di Bangkok Jazz, Chulan Square, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Inilah projek terbaru Ahmad Dhani, vokalis Dewa 19, dalam menongkah ekplorasi dunia muzik, album Muhammad Dhani & The Swinger memperlihatkan sisi berbeza muzikal Ahmad Dhani yang selama ini jarang kita dengar.

Budiey kira, apa yang membuatkan album ini special buat peminat dan juga Ahmad Dhani atau nama sebenarnya Dhani Ahmad Prasetyo adalah sebab rentaknya dalam muzik ‘SWING’ jazz.

Korang tahu kan irama SWING tu apa?

Lebih kurang macam jazz jugak sebab swing tu salah satu stail irama atau elemen dalam muzik jazz. Jadi swing ni ada sikit feel dan groove muzik jazz. Macam tu lah lebih kurang. Nak tahu, kena dengar lagu Madu Tiga dari Ahmad Dhani ni. Budiey dah post kat youtube hari tu.

Kerana minat sangat dengan muzik Swing, maka Ahmad Dhani begitu bersungguh untuk hasilkan album ini dengan duit sendiri dan sanggup menggadai duit sendiri lebih RM100,000. Kira banyak jugak tu sebab untuk muzik nya saje, Ahmad Dhani terpaksa guna khidmat 20 pemuzik dari Sydney, Australia.

Memang dah lama Ahmad Dhani nak buat album swing macam ni. Lebih dulu dari Robbie Willliam buat album swingnya, cuma pada masa tu, Ahmad Dhani takde peluang lagi.

Saat mempersembahkan lagu MADU TIGA

Selain ‘Madu Tiga’, lagu-lagu lama yang dinyanyikan semula olehnya dalam album itu adalah ‘Killer Queen’, ‘Separuh Nafas’, ‘The Best Is Yet To Come’, ‘Underneath The Apple Tree’, ‘Aku Bukan Siapa Siapa’, ‘Rahsia Perempuan’, ‘I Get A Kick Out Of You’ ‘Kasidah Cinta’ dan ‘Arjuna’.

Budiey dah dengar semuanya. Memang best gak layan.

Di majlis itu, Ahmad Dhani sempat melantunkan vokal huskynya untuk lagu MADU TIGA. Sebuah lagu nostalgia Allahyarham P.Ramlee dengan diberi nafas baru dari segi komposisi muziknya.


Jangan lupa belikan yang original di pasaran sekarang!

Juga ada pertanyaan media… tentang lagu Madu Tiga dan juga perkembangan terbaru Ahmad Dhani. Nak tahu apa jawaban Ahmad Dhani, sila tonton video ini:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Quotes of the Day: Tiada Drama Nur Kasih Musim Kedua Tapi…

Trivia: Selebriti Mana Pakai Kaca Mata Hitam Ni?