Gambar Agnes Monica Bersama Peminat Brunei
Apabila ditanya, mengapa saya begitu gila dan meminati Agnes Monica. Saya hanya mampu jawab, pertama… saya suka dengan vokal lantang dan super power dari Agnes. Kedua, Agnes Monica ada showmanship yang hebat penuh bertenaga dan stamina di mana Agnes boleh menari dengan lincah ala Rain. Tidak hairan, Agnes menjadikan Michael Jackson sebagai idola pujaannya. Ketiga, Agnes ada penampilan aura selebriti yang bertaraf diva. Agnes cantik, manis, cun dan punya mata yang sangat menawan. Walaupun ada yang mempertikaikan soal kuantiti album Agnes yang hanya dapat melahirkan dua album. Ironinya, walaupun hanya 2 buah album, namun pada saya, kedua-dua album punya kualiti. Banyak lagu pop Agnes yang menjadi kegemaran.
Antaranya, lagu irama balada, Salah Jatuh Cinta yang menceritakan tentang kisah cinta 3 segi. Penggunaan unsur-unsur gambaran seperti cermin yang telah usang dan berdebu, kapas yang putih hampa dan terkulai awan dan burung dalam lagu ini memang memberikan kesan pada pendengar. Lagu Dan Tak Mungkin juga menyentuh perasaan saya. Entahlah kebelakangan ini , sejak jatuh cinta pada seseorang… lagu balada begitu membuat hati saya jadi lebih sayu mengenang cinta yang tiada hujung. Apa-apa pun, biarlah ia menjadi kisah peribadi yang tak mungkin saya ceritakan di sini.
Kalau tonton klip video lagu Dan Tak Mungkin, Agnes Monica mengaplikasi piona sebagai ‘objek’ untuk bercerita kisah dalam lagu ini. Gabungan muzik orkestra jadi lebih indah bila lagu ini dinyanyi penuh jiwa dan perasaan oleh Agnes. Antara bait yang menyentuh hati saya… “Wajahmu, Hatimu, dan tentang dirimu… selalu kan berada di dalam hatiku. Sejak awal bertemu, aku tau rasa itu. Namun tak mungkin aku untuk memilihmu. Dan Tak mungkin untukku tuk menggapai cintamu. Walau rasa di hati ingin memilikimu.” Korusnya juga boleh tahan juga, “Cinta harus berkorban walau harus menunggu selamanya. Ku tau, kau bukan untukku.”
Doakan saya mencari cinta itu… walaupun saya tahu, saya ter-salah jatuh cinta dan tak mungkin saya akan memilikinya.
Selepas sesi sidang media, saya mengikut seorang kenalan baru dari Brunei untuk mengambil foto Agnes. Manis banget! Saya rasa sekarang ni, saya dah angau dengan Agnes. Lagu-lagu Agnes kini jadi siulan saban waktu. Semoga Agnes akan datang buat konsert di Kuala Lumpur lagi lepas. Jangan serik-serik ya!
[tags]youtube, Brunei, Darus Salam, Dan Tak Mungkin, lagu Salah Jatuh Cinta, Konsert Agnes Monica, Kuala Lumpur, Ulasan Konsert Agnes Monica, Lagu konsert Agnes, Boyz II Men, USA, Stadium Negara, penyanyi hot, seksi, And The Story Goes, Album Agnes Monica, R&B, music pop, Aquarius, Concerts, Management, Events, futsal rtm, gegeriuh, Indonesian Celebrity Gossips, Jomheboh, TV3, TV9, konsert kuala lumpur, lirik lagu, Tak Ada Logika, malaysian concerts, mp3 download, muat turun mp3[/tags]



Tags: Agnes Monika, Gambar
Tags: Gambar, Album Agnes Monica, And The Story Goes, Aquarius, Boyz II Men, Brunei, Concerts, Dan Tak Mungkin, Darus Salam, Events, futsal rtm, gegeriuh, Indonesian Celebrity Gossips, Jomheboh, Konsert Agnes Monica, konsert kuala lumpur, Kuala Lumpur, Lagu konsert Agnes, lagu Salah Jatuh Cinta, lirik lagu, malaysian concerts, Management, mp3 download, muat turun mp3, music pop, penyanyi hot, RB, seksi, Stadium Negara, Tak Ada Logika, TV3, TV9, Ulasan Konsert Agnes Monica, USA, youtubeClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:



