in , ,

Gambar Acara Merenjis di Majlis Persandingan Scha & Awal

Selain Majlis Penyampaian Hadiah untuk pemenang Anugerah Bintang Popular pada petang ini, hari ni juga akan berlangsungnya beberapa lagi majlis atau acara. Dalam jadual bertugas Budiey sekarang ni, ada 3 lagi jemputan event yang Budiey terima iaitu Pra Tonton Filem Nongkrong lakonan Shaheizy Sam & Angah Raja Lawak, Pelancaran Impian Emas Olympic 2012 anjuran Media Prima dan Sesi Rakaman sebuah lagi program Astro Oasis iaitu Perangi Sihir.

Program ini dikemudikan oleh pengamal perubatan Islam tersohor, Dato’ Hj. Engku Ansaruddin Agus atau lebih dikenali sebagai Pak Engku. Menariknya, media juga akan turut diberi peluang untuk bertemu secara eksklusif dengan Pak Engku untuk bertanyakan masalah mereka. Menarik gak tu.

Budiey baru sahaja menerima panggilan dari seorang penyanyi yang mana tak lama dia akan digelar pelakon filem. Siapa lagi kalau bukan Tomok yang akan tampil buat pertama kalinya dalam sebuah filem aksi-sci fiksyen berjudul MANTERA.

Menurut Tomok, filem ini akan berada di pawagam tak lama je lagi. Dan esok, akan diadakan Malam Tayangan Filem Mantera. Good luck diucapkan kepada Tomok dan tahniah jugak sebab Budiey kira satu lagi pencapaian Tomok dalam karier seni beliau. Bukan senang nak berlakon dengan robot macam filem antarabangsa ni, kan?

Okaylah, cukup cukup sudah lah Budiey mengomel panjang. Sebab sekarang Budiey nak siarkan lagi gambar masa majlis menepung tawar atau majlis merenjis di Majlis Resepsi Awal & Scha. Acara dilakukan oleh kedua-dua belah pihak iaitu ibu bapa Scha & Awal dan juga saudara mara.

Acara Merenjis Resepsi Awal Scha

Acara Merenjis Resepsi Awal Scha

Acara Merenjis Resepsi Awal Scha

Acara Merenjis Resepsi Awal Scha

Acara Merenjis Resepsi Awal Scha

Acara Merenjis Resepsi Awal Scha

Acara Merenjis Resepsi Awal Scha

Acara Merenjis Resepsi Awal Scha

Acara Merenjis Resepsi Awal Scha

Acara Merenjis Resepsi Awal Scha

Acara Merenjis Resepsi Awal Scha

Acara Merenjis Resepsi Awal Scha

Acara Merenjis Resepsi Awal Scha

Acara Merenjis Resepsi Awal Scha

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sanding Doa Selamat di Majlis Resepsi Kahwin Scha & Awal

Tune Hotels Goes on Sale from RM1 A Night