Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift

Pada 21 Mac 2008, jam 9 malam, Budiey berkesempatan menonton filem pertama arahan anak lelaki Datuk Yusof Haslam iaitu Evolusi KL Drift, sebuah filem aksi lumba kereta yang memaparkan isu dan pergolakan dunia remaja. Tahukah korang, filem pertama arahan Datuk Yusof Haslam? Yea, pada usia 36 tahun, Datuk Yusof Haslam telah mengarah filem pertamanya iaitu Bayangan Maut yang dilakonkan oleh Ella, Norkumalasari dan Sabree Fadzil. Manakala anaknya pula, Mohd Syamsul Bin Dato’ Yusof Haslam mengarah filem pertama pada usia lebih muda iaitu 23 tahun.

Budiey percaya, filem ini akan berjaya mencapai kutipan box-office berdasarkan kepada citarasa muda-mudi sekarang yang inginkan filem 100% berkisarkan dengan dunia mereka.

Turut membintangi filem Evolusi KL Drift ialah pelakon dari Singapura, Aaron Aziz. Rata-rata memuji gaya lakonan Aaron yang memegang watak ketua gangster yang sangat jahat dan kejam. Penonton diajak untuk menyaksikan lakonan hebat Aaron yang memang belum pernah dilakonnya sebelum ini. Syabas untuk Aaron Aziz! You did a great job!

aaron aziz

aaron aziz

kredit foto: Skop Productions Sdn Bhd & Grand Brilliance Sdn Bhd.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sinopsis Filem Evolusi KL Drift Lakonan Fasha & Farid Kamil
  • Majlis Minum Petang High Tea Lord’s Tailor di Hotel Genting
  • Gambar Selebriti di HIGH TEA LORD’S TAILOR
  • Biodata, Profile dan Gambar Aaron Aziz
  • Poster Emil Emilda & Gambar Aaron Aziz
  • Team Toyo Drift Competition 2008 @ Speedway Plus Motorsport Circuit
  • Adlin, Syamsul, Diana Danielle, Farid Kamil @ Team Toyo Drift Competition
  • Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-21
  • Fahrin & Linda Onn Bertunang?
  • Senarai Penuh Pencalonan Lima Tempat Teratas Anugerah Festival Filem Malaysia ke 21



  • 25 Komen untuk entri “Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift”

    1. orestes kata:

      yea.. Aaron aziz memang hebat.. bakal menggegar dan mencabar kehebatan pelakon hebat sediada

    2. iwuzere kata:

      aku suka dia berlakon dalam sadiq n co.
      dalam emil emilda pon best..yg laen biase jek
      yg dalam Evolusi KL Drift ni mayb hebat kot

    3. obefiend kata:

      nice fake tats. looks real! good work make up dept.

    4. mary kata:

      pelakon yg sangat berbakat.
      kehebatan terselah dalam lakonan ‘Janji Diana’
      semoga kekal / bejaya menjadi pelakon malaysia

    5. kuceng_kaler_kuneng(3K) kata:

      aku sukeeerrrr cite nih…sukerr bangattttt coz aku minat maen game neEd 4 spEed Undrground so best arr……tak kire arr ade org ckp drift dioang meleret smpi 10 min pon aku tak kesah…huhu.but some of the technical thing should be improve 4 da next film..and the ending plus cintaku bersegi-segi tu..errmm…biase-biase je aku bleh bagi..jo,si taiko KL lakonan aaron aziz dpt two-thumbs-up drpd aku..taiko yg cool tp kejam..wahahaha.

      tapi klu korang minat drift2 ni…lumbe2 keta..ak suggest citer EVOLUSI kL DRIFT mmg best..NO CGI TECHNIC…x mcm impak maksima…wehh.pi tengok tau…nnti aku nak ajak persatuan kuceng2 sedunia yg dipresidenkan oleh mr.GARFIELD pi nengok citer nih..pastu racing ngan aku kat NFSU..kuang..kuang..kuangg…

    6. ain_nia kata:

      aaron ni berlakon best..

    7. dwi kata:

      fuiyooo.. encemnyerr aaron..
      cayalah bang aaron.. mmg gempak la kl drift

    8. ctkus kata:

      maaf la yer….
      firstly i rase ramai yang tertawan dgn muscle yang die ader….

      try suh die bkk bju…konfem pecah wayang…..

      dan lagi kan….flm n drma dato yusuf haslam nih ….
      penoh ngan ayat skema….
      btol x???

      aku plik la…..

      xbley ke ayt tu lebeh relaks n more natural….

    9. NANA kata:

      I LIKE THIS FILEM… LAKONAN Aaron Aziz dalam filem ini betul-betul hebat… i rasa dengan lakonan dia yang mantap itu, i yakin filem ini akan top habis.. pasti capai box office punye.. dalam lakonan filem “JANJI DIANA” pun dia hebat berlakon… I HARAP AARON AZIZ AKAN TERUSKAN USAHA BELIAU ITU…

      CAYOOO CAYOOO LAH YEEE….. DO THE BEST FOR YOUSELF

    10. apple kata:

      filem ni mmg best syg btol sape yg x tgok

    11. lady_carlorino kata:

      Dah tengok citer ni.. rata-rata pelakonnya berjaya membawa watak memasing dgn jayanya.. aaron memang cool je bawak watak samseng..tak over…. memang best!!!

    12. Sapphire kata:

      Power lah Aaron dlm criter nie…tak over. like a true Gangstarz.. hmm kuncu2 dia dlm film ni pun Hansem2 jugak eh. hehehe

    13. EX5 Turbo kata:

      Aku salah seorang peminat filem tempatan.
      Masa tgk preview citer ni terus berkobar nak tgk.
      Bila Masuk jer panggung lansung aku rasa buang duit jer tengok.
      Dah la citer cam hampeh,gambar lak asyik goyang jer,terus pening.tu bukan teknik camera tu,entahlah.sepanjang citer tu aku lansung tak puas.
      Jalan citer macam yang kawan2 aku kata la,mesti citer cemburu pastu gaduh antara hero ngan heroin.Aduh tambah lak pelakon UTAMA dia syamsul tu,cam samdol.heroin pun muka dah takat menyampah.nasib ader farid kamil yang hidupkan citer ni.Aaron aziz pun ok.hidupla watak tu.tapi bila tgk jer muka samdol terus bosan.Cam muka mintak tapak kasut.

      Keseluruhan BOSAN.Abih duit Aku

    14. mirul kata:

      lu mmg gempak ar blakon…ayat2 lu pun mmg best abis…

    15. jem kata:

      wwooo…gempak gilerlah lu nie bro..bro bleh aku join sekali x geng kau bro????minat giler ah aku ngan kau bro…tapi alu kau x jadi geng ster lagi smart kau bro… ha..ha..haaa

    16. hida_87 kata:

      salam..
      sye ske tgk lakonan abg aaron..
      smuanye nmpak natural..
      sye de berselisih ngan abg aaron kt tman mlati ari 2..
      cme sye x prasan yg sye b’slisih 2 abg aaron,
      mse abg arron tgh bt shooting kt dpan restrn ulik mayang..
      x thu la bla dpt jmpa ngan abg aaron lg..
      pe2 pn abg aaron the best!!

    17. Putera Castello kata:

      Caya laaa bro…. saya suka lakonan abg aaron dlm KL Drift.. Bru laaaa brutal bro..

    18. Putera Castello kata:

      Melihat lakonan bro aaron yg mantap, saya tgk citer ni byk kali….

    19. Alice di tmn khayalan kata:

      Alice dah tengok citer ni disbbkan oleh kwn baik alice
      nmnya Aqilah,dia minat sgt kat aaron sbb tu dia ajk alice untuk tengok citer ni
      ejs no.tel.la…

    20. baby kata:

      hai…..saya memang suka sangat kat aaron aziz ni….lakon pun best… macho jer…

    21. luqman kata:

      yoyoyo.. keretanya memang hebat dan tatunya pun hebat jugak.

    22. luqman kata:

      hebat lakonan yang mantap.

    23. luqman kata:

      lakonan mantap .

    24. Hana kata:

      Saya tidak ada komen tentang cerita perihal Gangster atau kejahilan. Cuma saya minta agar pihak produser menambahkan cerita sensasi yang nyata sekarang seperti anak durhaka kepada ibu , atau pengorbanan ibu tunggal yang di balas oleh anak yang tiada mengenang budi ibu tunggal. Maaf , Cerita ini banyak yang berlaku di antara kaum kita….. dan jika kita dapat menayangkan cerita2 yang menggalakan keharmonian antara anak dan kebaikan moga ianya menjadi satu tauladan yang baik sebab memandangkan ramai yang terpengaroh dengan adengan2 - anasir yang memudahkan terpengarohnya kaum kita disebabkan kurangnya pedoman.dan pandangan jauh saya Datuk Yusoh Haslam jika dapat memprodusi cerita2 yang lebeh terselah saya amat beterima kaseh sangat!

      Yang iklhas
      Ana

    25. nina kata:

      cair beb!

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK