in

Gambar Aaron Aziz di Sidang Media Fear Factor Selebriti Malaysia

Tahniah Budiey ucapkan kepada Aaron Aziz kerana telah dilantik sebagai pengacara program terbaru Fear Factor Selebriti Malaysia.

Budiey kira, bukan senang juga untuk mengendalikan program ini, walaupun tak melalui cabaran sebagai peserta, Aaron terpaksa berkorban masa dan kena bijak mengawal emosi peserta di samping menyampaikan dengan gaya tersendiri tanpa terlalu mengikut skrip.

Namun, bagi Aaron Aziz yang kini sibuk dengan pengambaran filem arahan Ahmad Idham di Perlis, terpaksa berulang alih untuk mengikuti Boot Camps Fear Factor selama 5 hari.

Bakal menjalani pengambaran di Cape Town, Afrika Selatan, program yang akan disiarkan di Astro Ria dan Mustika HD ini adalah yang pertama pernah diadakan di Asia.

Pada jam 10 pagi tadi, Budiey sempat singgah di salah satu lokasi latihan Boot Camp hari terakhir diadakan iaitu di Batu Caves di mana 30 orang peserta Fear Factor Selebriti Malaysia dikerah untuk menaiki tangga yang tinggi.

30 orang selebriti juga turut diperkenalkan. Kesemua mereka dibahagikan kepada 15 pasukan berpasangan.

Ikuti video temubual eksklusif Budiey bersama Aaron Aziz yang diupload sekejap lagi:

Pada yang tak tahu apa itu Fear Factor, program ini diadapatasi daripada format program popular antarabangsa yang bakal menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta. Format antarabangsa ini telah diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat di Malaysia. Apa yang Budiey dengar, program ini mencabar peserta untuk menghadapi tempat yang tinggi, air dan macam-macam lagi kecuali peserta tak akan dicabar memakan cacing, lipas dan sebagainya.

Astro memilih Aaron Aziz sebagai pengacara adalah kerana ia amat bersesuaian berdasarkan kepada karakternya yang bersahaja dan menarik. Sudah tentu, Aaron Aziz juga ada ramai peminat yang akan mencipta fenomena luar biasa di Twitter dan Facebook. Ini menepati konsep dan penonton sasaran program ini. Pihak Astro juga yakin Aaron mampu mengendalikan program ini dengan sentuhan dan gayanya yang tersendiri sekaligus memikat hati para penonton untuk terus melekat di kaca TV, tak gitu?

Gambar Aaron Aziz di Sidang Media Fear Factor Selebriti Malaysia

Fear Factor Selebriti Malaysua
Fear Factor Selebriti Malaysua
Fear Factor Selebriti Malaysua
Fear Factor Selebriti Malaysua
Fear Factor Selebriti Malaysua
Fear Factor Selebriti Malaysua

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Peserta Fear Factor Selebriti Malaysia

Lakonan Mantap Aaron Aziz dalam Drama Bersiri Evolusi KL Drift