in

Galaksi Raya 2011

Galaksi Raya 2011  – 2 September, 9.00 malam

Rakaman Galaksi Raya telah berlangsung di Menara Kuala Lumpur yang mempunyai suasana rumah-rumah tradisional pelbagai negeri yang terletak di situ. Kemunculan artis-artis popular seperti kumpulan lawak Sepah, Enot, Ifa Raziah, Fida, Kumpulan indie Awan Band, gitaris lagenda popular Rosli Mohalim bersama anaknya seorang pelapis generasi hero gitar tempatan iaitu Afiq, Didie Alias, Ida Moin, dan Kilafairy telah menggamatkan suasana dengan keletah spontan dan lucu mereka.

Pengacara Galaksi Ikhwan Hot FM tidak ketinggalan turut tampil mengendalikan program ini. Tarikan Galaksi Raya bukan sekadar itu, malah seperti kelazimannya dipadatkan lagi dengan paparan berita dan cerita sensasi. Eksklusif di program ini ialah rakaman detik-detik terakhir keadaan penyanyi era 60an Hasnah Harun sehari sebelum beliau dimasukkan semula ke Unit Rawatan Rapi I.C.U dan menghembuskan nafas terakhirnya di situ. Rakaman eksklusif ini dilakukan ketika majlis tahlil di rumah keluarga allahyarhamah di Johor Bahru.

Galaksi Raya 2011

Dihoskan oleh Ikhwan Hot FM

Galaksi Raya 2011

Galaksi Raya 2011

Galaksi Raya 2011

Galaksi Raya 2011

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Melodi Raya Episod 1

Filem Hantu Bonceng Lakar Sejarah