in

G-Dragon Menang Empat Anugerah Penghargaan di Golden Disk Awards 27

Semalam, Budiey dan jurugambar HazmiJapilus aka SuppaMello telah bertandang lagi ke Litar Antarabangsa Sepang untuk buat liputan secara live di Twitter, Instagram & Facebook di Malam Kedua Penganjuran Golden Disk Awards ke-27. Sangat gigih pulak Budiey rasa sebab memang nak all out untuk siar gambar GDA secara live dengan menggunakan kamera tercanggih tatkala ini iaitu Samsung Galaxy Camera.

Bukan senang nak updates dan siarkan gambar secara LIVE tapi dengan adanya Samsung Galaxy Camera, kerja Budiey menjadi lebih mudah dan cepat. Terima kasih buat semua yang sudi follower Instagram & Twitter Budiey ya. Jasa kalian akan ku kenang sampai bila-bila.

Malam kedua Golden Disk Awards ke-27 adalah malam untuk mengurniakan penghargaan bagi kategori digital yang diberikan kepada para artis dengan disekitkan persembahan mantap dari artis baru dan yang sedia ada.

Artis yang berjaya malam tadi ialah G-Dragon, di mana GD meraih empat anugerah termasuk dua Digital Bonsangs (untuk album solo dan album Big Bang). Selain itu ia juga menang CeCi Popularity dan MSN International Award (bersama Big Bang).

Congrats G-Dragon & BigBang.

Antara ucapan GD:

“Dua penghargaan untuk Big Bang, dua penghargaan untuk diri saya sendiri… terima kasih banyak. Saya ingin berkongsi kegembiraan ini dengan CEO Yang Hyun Suk dan keluarga YG Entertainment. Tunggu aktiviti kami selanjutnya tahun ini.”

G-Dragon sebelum itu menjadi artis paling lewat dan terakhir tiba di karpet merah yang berlangsung sekitar jam 5 petang. Ditemani artis wanita baru bergelar Leehi, G-Dragon mendapat tepukan dan jeritan yang kuat dari peminat.

G-Dragon tampil serba putih dengan kemeja labuh dan longgar, berkanta lekap warna biru dan berambut cacak dengan warna krim dan hitam. Stailo habis!

Berikut pemenang dari hari ke-2 Golden Disk Awards ke-27:

Digital Daesang: PSY Gangnam Style
Digital Bonsang PSY, T-ara, G-Dragon, K.Will, Secret, Big Bang, f(x), Huh Gak, 2NE1, SISTAR, miss A
Newcomer Award : B.A.P, Ailee, Lee Hi
Best Rap/Hip-Hop Award – Epik High
Best Producer Award : Han Seong Ho
Single Album Award : Teen Top
CeCi Popularity Award : G-Dragon
InStyle Fashionista Award : FT Island‘s Lee Hong Ki
MSN International Award : Big Bang

G-Dragon

G-Dragon

G-Dragon

G-Dragon

G-Dragon

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Red Carpet Golden Disk Award Ke-27 di Sepang

Video Persembahan G-Dragon di Golden Disk Awards 27