in

Futsal Tournament Minyak Worldwide With Erul Fan Club

1st ANNUAL FUTSAL TOURNAMENT MINYAK WORLDWIDE WITH ERUL FAN CLUB AMPANG SPORT PLANET

PRO Aggressive Event menganjurkan Pertandingan Futsal di Ampang Sport Planet pada 24 hingga 25 Mac 2012 Sabtu & Ahad dari jam 9 malam – 1 pagi.

Penganjuran utama pertandingan yang julung kali di adakan ini akan melibatkan penyertaan sebanyak 12 buah pasukan dari 3 buah negara iaitu Malaysia, Australia dan Macau.

Penyertaan dari dua buah negara luar dalam pertandingan yang berskala besar seperti ini menunjukkan bahawa semangat kesukanan antara tiga buah negara yang mengambil bahagian ini begitu erat dan atas slogan majulah sukan untuk negara itu dibuktikan dengan penyertaan 9 buah pasukan dari Malaysia, 2 buah pasukan dari Australia & sebuah pasukan dari Macau.

Senarai pasukan dari Malaysia ialah EOCM (Proton Exora Club), PIOM (Proton Inspira Club), PNCM (Proton Neo Club), Artis Malaysia, White Shark, Erul Fan Club, Team Parlimen Jerantut, Eliminator A dan Eliminator B, manakala Pasukan Australia di wakili oleh JJ United dan Muita Calma. Macau dengan 1 pasukan sahaja iaitu Chiba United.

Sepak mula pertandingan ini pada 24hb Mac jam 9 malam, dan mendapat liputan dari media sepanjang pertandingan ini berlangsung. Manakala sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh YBM Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, Ahli Parlimen Jerantut pada hari ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Konsert MANIA Minggu Pertama

@Ceriapagisuria Follow @NajibRazak