Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Funny Girl Istimewa Hari Raya di TV2



FILEM KLASIK ”FUNNY GIRL” ISTIMEWA HARI RAYA INI DI LAYAR TV2

Syawal diraikan seluruh umat Islam di Malaysia turut dikongsi sama kemeriahannya bersama bangsa lain yang tinggal di negara kita. Selain menghidangkan program-program bertemakan Aidilfitri, RTM menghadiahkan filem klasik terkenal yang pernah dicalonkan di anugerah Oscar sekitar penghujung tahun 1960 an iaitu filem berjudul ”Funny Girl” untuk tontonan istimewa hujung minggu anda.

Filem muzikal klasik arahan William Wyler ini dilakonkan oleh barisan pelakon popular Barbara Streisand, Omar Sharif, Kay Medford dan Anne Francis.

Funny Girl menghiasi slot Sunday Daytime Special menerusi saluran TV2 yang dijanjikan siarannya pada 27 September 2009 (Ahad) bermula jam 3.00 petang di TV2 ini diinspirasikan dari kisah kehidupan sebenar seorang biduanita dan pelakon terkenal Fanny Brice yang sangat terkenal sekitar tahun 1960 an. Filem berlatarkan genre muzikal ini mengetengahkan tentang kehidupan tawa ria dan suka duka Fanny Brice dalam melalui pelbagai masalah, cabaran serta pelbagai rintangan sepanjang kehidupannya bergelar pelakon wanita terkenal sekitar tahun tersebut. Walaupun filem ini berkisarkan tentang kisah benar namun ia bukan sebuah filem biografi sebaliknya filem fiksyen yang mengetengahkan jalan cerita seorang biduanita.

Berkisarkan tentang Fanny Brice iaitu anak ketiga dari empat bersaudara yang dijaga oleh ibunya Rose Borach. Selepas perceraian, salun terkenal yang telah diusahakan bertahun lama milik keluarganya di New Jersey, mengalami kerugian dan terpaksa dijual akibat sikap bapanya yang sangat boros, gemar berjudi dan merupakan seorang kaki minum. Mereka sekeluarga memulakan hidup baru dengan berpindah ke Brooklyn dan Fanny seterusnya telah mengahwini Frank White, seorang tukang gunting di kawasan kejiranan mereka.  Semasa di Brooklyn, Fanny memulakan kerjaya seninya sebagai penyanyi solo amatur disebuah teater. Pelbagai onak duri sebagai anak seni dihadapinya sehingga beliau pernah dibuang kerja hanya kerana dia dituduh tidak pandai menari untuk satu scene dalam persembahan teater bertajuk Talk of The Town.
 
Saksikan filem klasik inggeris ini yang pastinya akan menghiburkan anda dengan lakonan dan lagu-lagu nyanyian Barbra Streisand dan pelakon-pelakon yang lain yang pastinya membuai mood raya anda bersiaran pada 27 September 2009 bermula jam 3.00 petang menerusi TV2.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Temui Sunny Girl Wu Chun di 8TV
  • Kad Raya Dari Staff Metadome
  • Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Erul AF9
  • Nieyl Mentor Perlu Masuk Sekolah Balik?
  • E-Kad Raya Aidilfitri 2011
  • Video Alpha Project Kenny Sia Funny Sexy
  • Kad Raya Dari Kimi
  • DVD Karaoke Sinar Lebaran
  • Hamper Biskut Raya Dari NTV7 Saluran Ceria Anda
  • Sambut Aidilfitri Bersama Stesen Radio RTM



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK