in

FOX International Channels Memilih Vineet Puri

FOX International Channels (FIC) hari ini mengumumkan perlantikan media veteran dan eksekutif televisyen, Vineet Puri, untuk mengetuai operasinya di Malaysia, berkuatkuasa 1 Disember 2014. Puri akan berpindah dari Singapura dan akan mengetuai FIC di Kuala Lumpur.

Beliau akan bertanggungjawab untuk P&L, operasi perniagaan, hasil jualan iklan yang semakin meningkat dan merancakkan lagi hubungan rangkaian dengan rakan sekutu utama termasuk Astro, HyppTV dan Telekom Malaysia.

fox-tv-astro

Puri menyertai FIC pada tahun 2012, dari ESPN STAR Sports apabila kedua-dua entiti digabungkan selepas 21st Century FOX membeli rangkaian sukan usahasamanya, di mana beliau mengetuai bahagian Jualan Pengiklanan bagi Asia Tenggara. Beliau mempunyai lebih 18 tahun pengalaman dalam media dan industri TV-berbayar di seluruh India, Indonesia dan yang terbaru, Singapura.

Puri mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas mengenai pasaran Malaysia; memainkan peranan kepimpinan sejak 9 tahun yang lalu beliau menyelia kedua-dua jualan pengiklanan tempatan dan serantau, acara-acara, sindikasi-kandungan dan media digital berkaitan fakta, hiburan, berita dan sukan untuk negara ini sebagai sebahagian daripada bidang tugas beliau di Asia Tenggara.

Mengulas mengenai pelantikan tersebut, Joon Lee, Pengarah Urusan FIC Hong Kong dan Asia Tenggara, berkata,

“Malaysia adalah pasaran yang sangat penting bagi kami dan Vineet merupakan pilihan terbaik untuk Malaysia. Beliau adalah seorang eksekutif yang serba-boleh dengan bakat semulajadi untuk membangunkan perniagaan baru dan membina hubungan serta pemahaman yang mendalam mengenai operasi tempatan. Saya tidak berasa ragu dengan pengalaman Vineet yang berpersonaliti mesra, akan membawa pasukan kami ke arah pencapaian yang lebih besar.”

“Saya gembira dan berbesar hati kerana berperanan utama dalam mengembangkan perniagaan FIC di Malaysia, pasaran penting bagi rangkaian ini,” kata Vineet Puri. “Saya berharap untuk bekerja rapat dengan rakan kongsi gabungan dan iklan jualan kami bagi membangunkan peluang-peluang baru untuk bekerjasama dan memastikan kami terus menjadi rakan kongsi yang luar biasa kepada mereka.”

FOX International Channels kini mempunyai 26 saluran di Malaysia, termasuk FOX Movie Premiums, FOX Movie Premium HD, FOX Action Movie HD, FOX Family Movie HD, FOXHD, FOX Crime HD, StarWorld, StarWorld HD, FX HD, National Geographic Channel, National Geographic Channel HD, Nat Geo Wild, Nat Geo People, SCM, SCM Legend, Star Chinese Channel, Channel M HD, Channel [V] HD, Channel [V] Taiwan, BabyTV, FOX Sports, FOX Sports 2, FOX Sports 3, FOX Sports HD, FOX Football Channel dan FOX Sports News.

Vineet Puri_FIC_Territory Head of Malaysia

Mengenai FOX International Channels

FOX International Channels (FIC) adalah perniagaan antarabangsa multi-media 21st Century FOX. FIC membangunkan, mengeluarkan dan mengedarkan 300+ milik sepenuhnya dan milik majoriti saluran-saluran hiburan, sukan, berfakta dan filem-filem saluran dalam 45 bahasa di seluruh Amerika Latin, Eropah, Asia dan Afrika. Rangkaian-rangkaian ini semua beserta pembangunan mudah alih, tidak linear dan definisi tingginya telah mencapai lebih daripada 1.725 bilion isi rumah di seluruh dunia. Di samping itu, FIC memperoleh, membangun, menghasilkan dan bersama menghasilkan pengaturcaraan skrip dan bukan skrip untuk platform linear dan digital termasuk siri yang mendapat pencalonan Golden Globes, The Walking Dead, The Bridge and Da Vinci’s Demons.

Di Asia Pasifik dan Timur Tengah, portfolio FIC termasuk 30+ jenama saluran melewati semua genre di kedua-dua platform linear dan bukan linear, termasuk FOX Sports, FOX, National Geographic Channel, dan SCM (dahulunya STAR Chinese Movies). Sebagai penyiar terkemuka di rantau ini, FIC mencapai lebih daripada 580 juta rumah dengan pejabat-pejabat di Hong Kong, China, Taiwan, Jepun, Korea, Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, India, Australia dan UAE.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foxinternationalchannels.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AWIE

Salam Takziah, Ibu Penyanyi Awie Wings Meninggal Dunia

SayWho Meriahkan Muzikal Khas Anak Dunia