in ,

Fouziah Gous Sah Jadi Isteri Zhafran

Pelakon Fouziah Gous sah bergelar isteri kepada Md Zhafran Md Yusof, 30, dengan hanya sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini, pada Sabtu.

Akad nikah disempurnakan Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling, Ustaz Muhammad Sujak Mohd Dasuki. Ia diwakil walikan oleh abang pengantin perempuan, Abdul Wahab Mohd Gous, kira-kira pukul 9.40 malam.

Selamat Pengantin Baru Fouziah Gous!

fouziah gous nikah

Mas Kahwin & Hantaran

Fouziah, 30, menerima mas kahwin sebanyak RM1,112 manakala wang hantaran RM50,000. Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah Sirih Junjung, set barang kemas, set wangian, senaskah Al-Quran, cek hantaran, beg tangan dan kaca mata, manisan dan coklat.

Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah sirih junjung, sebentuk cincin, jam tangan, kaflin dan kaca mata, tali pinggang, pen dan cluth, set wangian dan penjagaan kulit, manisan strawberi dan manisan kurma.

Sementara itu, majlis resepsi persandingan bagi pihak perempuan akan diadakan pada 29 September ini di Hotel J.Marriot, Putrajaya, manakala sebelah lelaki pada 5 Oktober depan di kediamannya di Bukit Jelutong.

Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu.

fouziah gous nikah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza

Interview With Robert Joe – I Wouldn’t Go In There Malaysia: Haunted Museum