Foto Showcase Sunday Nite Live V.E di Planet Hollywood
Pada 22 April (Ahad) yang lalu, Sensasi Selebriti dijemput ke Showcase Sunday Nite Live V.E di Planet Hollywood. Ini merupakan sesi pertama V.E perform. Sesi kedua akan diadakan pada minggu hadapan, Ahad 29 April. Untuk show semalam, tidak ramai media yang datang, begitu juga dengan penonton. Mungkin ramai yang akan menunggu sesi kedua. Lagi pun, gaji pun masih belum masyuk lagi, kan. Apa-apa pun, vokal grup R&B ini memang gempak & power giler. Pukulan vokal mereka memang membuat bulu roma saya berdiri.
Sebelum ulasan lebih lanjut, kita berkenalan dulu dengan panyanyi jemputan VE. Kenal ke korang dengan penyanyi ini…?

Siapa budak ni? Peminat rancangan Mentor mesti kenal dia ni.

Inilah dia Rizal. Protege kepada Zaff (Mentor musim kedua)

Ini pula grup Kung-Fu Hustle. Ops! Silap… Junior Hustle, grup hip hop yang kini terkenal dengan lagu parodi yang ada lirik, “Pakai baju kancing la suasa, pakai mari baba la Melaka.” Tak tahu apa tajuknya. Dah la tak faham sepatah haram pun diorang nak nyanyi rap English…”

Belum apa-apa lagi, sesi mari mendera penonton diadakan. Gerun juga tengok gaya cakap ala-ala hip hop ahli Junior Hustle (kiri) dengan budak yang kena ‘dera’ (kanan). Kasar bukan main kedengarannya. Kesian tau dekat budak tu. Dia kena tunjuk aksi-aksi lasak seorang penari di atas pentas. Hadiah berupa sekeping CD Album terbaru grup itu.

Masih lagi sesi yang sama. Tapi kali ini, perempuan pula yang kena. Kekadang tak faham motif atau tujuan diorang suruh penonton menari. Saya tahu niat diorang ni nak hidupkan suasana yang lesu. Sebab penonton nampak tak bermaya. Nak tepuk pun malas. Mungkin grup ini tak popular lagi kot. Usaha mereka untuk meriuhkan keadaan tidak berjaya… selagi mana V.E tidak naik pentas… selagi itu penonton rasa cam nak tidur je.

Okay, cuba teka grup wanita yang ini pula? Kenal ke korang? Diorang buat opening untuk show kedua. Performance kira ok-ok saje for me. Suara depa pun biasa-biasa.

Dari segi pembawakan lagu, grup ini boleh dikira cemerlang sebab dapat bawa lagu-lagu R&B bernada tinggi. Cuma kolaborasi mereka tidak setanding dengan peserta dari Gangstarz. Apatah lagi, bila harmoni yang digandingkan juga agak klise dan kurang dinamik. Harap V.E latih diorang ni menjadi grup soul R&B yang lebih mantap lagi sehingga diistiharkan sebagai grup wanita paling gah di Malaysia.
Hairan saya, mengapa V.E mengajak grup dan penyanyi yang kurang terkenal untuk opening act.

Dan ini dia grup R&B paling popular di Malaysia, V.E. Apabila pentas diberikan kepada mereka, suasana yang sepi dan suram menjadi riuh dan meriah dengan sorakan & tepukan.
Klik untuk melihat foto yang lebih BESAR & JELAS:
Ulasan akan bersambung…
[tags]Planet Hollywood, V.E, Rizal, R&B, Gangstarz[/tags]
Tags: Foto Artis, Sunday Nite Live, V.E.
Tags: Foto Artis, Gangstarz, Planet Hollywood, RB, Rizal, V.EClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 24th, 2007 at 4:32 am
omg! i’m first to comment..hehe..
korang perasan ker muka si Rizal tue ada mcm Achik Spin sikit…sbb mula2 tengok tue sy ingatkan Achik..n then ada sorang member dlm Kung-Fu Hustle tue mcm ada iras2 muka Azlee Senario sikit…haha..mungkin belah tue jer kot muka dia mcm Azlee..
adui..apasal all my fav. artists buat gig time sy takde kat malaysia nie…VE tak dpt tengok, Hazami tak dpt tengok, Dayang tak dapat tengok…SITI lagilah..!! Waa…nak nangis nie…:(
April 24th, 2007 at 7:40 am
f41dh1, Muka Rizal tu lebar sikit berbanding Achik Spin yang bermuka lonjong & kurus sedikit. Tapi ada iras-iras sikit laaa… ekceli yang dalam Junior Hustle tu muka dia macam si Zaff VE. I think diorang ni ada bau-bau bacang kot.
Jom la balik Malaysia, bulan depan ada show Ferhad kat PH… if you come back, I boleh bawak tgk show Ferhad…
April 24th, 2007 at 8:24 am
yerlah, ada iras2 muka achik spin. budiey lak ada iras2 muka ryzal AF5…
April 24th, 2007 at 8:56 am
kahkah. apepun, entry kali ni bang budiey makin laser juga! ni laser2 ni knape ni? cepuk kang!
April 24th, 2007 at 8:58 am
Azuan, uik, mana ada sama laa.. aiya… manyak tak samaaa oooo… kalau dengan Andy Lau… haa yang ni baru sama. Kuang 3X.
Affanazami, hahaha tang mana laser nyer tu, alah biasa la tu… asalkan laser bertempat OK kot…
April 24th, 2007 at 9:02 am
jOm para para… moerkekekek… sengal dah bahu nie… tapi kuros dah lengan nie…
April 24th, 2007 at 9:32 am
member2ku yg budiman…sapa ada petua agar suara elok semula drpd serak yg teramat sgt? suara mazen hilang la. dah la ada p’tandingan kpdn idol 4 mei ni. pas tu 15 mei ni ada p’tandingan nasyid plak. adui… risau mazen dgn suara mazen yg mcm katak puru ni. ada petua tak?
suara mazen tak baik lg sbb minggu lalu kena demam selsema n batuk. dah la suara asal mmg mcm katak ni di up kan lg jd katak puru. he he he…
tolong bg tau ek sapa ada petua….
April 24th, 2007 at 9:38 am
planet hollywood? mazen suka b’kumpul dgn member kat situ tiap hari jumaat mlm sabtu. release tension sambil lepak2 dgn member. dapat jgk tgk karenah anak2 muda, remaja, dewasa dan tua. he he he …
tp, jgn ikut perangai yg tak senonoh tau. jadikan sempadan. kita kan ada akal fikiran. mesti tahu yg baik dan buruk.
April 24th, 2007 at 2:07 pm
Sodep, jom! Tapi tak reti la main para-para. Boleh kuruskan badan ek?
Mazen, petua mujarab: minum air asam jawa. Nak petua siti? dia makan telur mentah sama madu.
December 25th, 2007 at 7:27 pm
junio hustle sucks.!
the one named EJ lagi sucks.!!!